Followers

Tuesday, 26 June 2012

Herpes dan Kehamilan



Herpes di sebabkan olih Herpes simplex (HSV) virus type 2 yang menyebabkan 70% infeksi genital. Ianya merebak melalui hubungan seksual.Masa inkubasi  adalah 2 hingga 7 hari. Walaupun seseorang tidak mempunyai simtom-simtom infeksi,tetapi mereka masih bolih menyebarkan virus ini kepada orang lain.

Apakah simtom-simtom primer infeksi HSV?

Jangkitan primer bermaksud jangkitan buat pertama kalinya. Secara amnya jangkitan virus buat kali kedua,ketiga dan seterusnya(jangkitan sekunder) adalah berlainan dan semakin lama samakin kurang simtom-simtom. Ini disebabkan olih immunisasi yang terjadi selepas jangkitan primer.
Jangkitan primer HSV adalah yang paling serius:
·         Demam sederhana  seperti mendapat selsema
·         Bengkak kelenjar limfatik di kelangkang
·         Radang bibir faraj dan menyakitkan dan bolih menyebabkan kesukaran kencing
·         Terdapat vesikel-vesikel kecil/gelumbung air dibahagian bibir faraj/vulva yang amat sakit.

Apakah risiko-risiko kepada ibu?

Semasa hamil,jangkitan primer bolih menjadi teruk kerana komplikasi:
·         Meningitis/radang otak
·         ‘Sacral radiculopathy’ yang menyebabkan tidak bolih kencing dan buang air besar.
·         Transverse myelitis
·         Infeksi merebak

Apakah risiko-risiko pada bayi didalam rahim?

Infeksi primer bolih menyebabkan:
·         Keguguran
·         Kelahiran pra-matang
Nota: Tidak dikaitkan dengan kecacatan kongenital

Apakah risiko-risiko neonatal?

Semasa hamil ,kadar transmisi virus kepada bayi adalah hampir 50% semasa bersalin normal. Ianya berkurangan(<5%) jika jengkitan ini berulang(recurrent). Herpes neonatal terjadi semasa 2 minggu pertama umur bayi dimana:
·         25% terhad kepada mata dan mulut sahaja
·         75% jangkitan akan merebak seluruh badan yang mana
o   60-70% akan meninggal
o   Survivors akan mengalami masalah jangka-panjang seperti kecacatan mental.
Rawatan:
1.       Ubat Aciclovir dapat mengurangkan ‘severity’ dan durasi jangkitan primer jika diberi dalam masa 5 hari bermulanya simtom.
2.       Jika bersalin berlaku dalam masa 6 minggu jangkitan primer, pembedahan  caesarean akan dilakukan dengan syarat air ketuban tidak melebihi 4 jam.
Bagi kes-kes berulang/recurrent ayng mempunyai vesikel-vesikel aktif,risiko-risiko pembedahan perlu di imbangi dengan risiko infeksi neonatal yang kecil

7 comments:

  1. salam..doc..saya nak tanya tapi x berkaitan dgn entry yg ini..brapakah suhu badan bagi org preggy???

    ReplyDelete
  2. sama seperti yang tidak pregnant i.e 37.5 celcius. masa pregnant ibu akan berasa panas macam demam bukan disebabkan olih virus atau bakteria tetapi disebabkan olih hormon pregesteron yang tinggi semasa hamil.

    ReplyDelete
  3. maksudnya suhu bdn org preggy akan above 37.5 ka doc???...suhu bdn saya skrg mmg sentiasa 37 ke atas x pernah bwh 37...adakah normal sbb saya x hamil n x demam???...lagi satu baru2 ni saya mengalami kegatalan tapi rupanya bukan seperti herpes ni...dia bulat2 n kalo di garu akan menjadi berlekuk di tengah...adakah itu juga di namakan herpes doc?saya ada sapu ubat utk jangkitan fungus n alhamdulillah ia cepat kering n hilang...seumur hidup saya doc saya x pernah mengalami masalah begini n ini membuatkan saya risau...dr segi kebersihan saya sering mencuci bahagian miss v saya dgn teliti menggunakan sabun mandi n kerap menyalin panties...kenapa masih terjadi hal sebegini ya doc?minta pandangan doc..tq doc

    ReplyDelete
  4. normal temp 37.0 samaada pregnant atau tidak.org pregnant berasa demam tetepi suhu badan 37.0 juga. biasanya allergy. herpes anda akan menangis kerana sakit sangat. basuh dengan pencuci khas seperti lactasyd. jangan sabun.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..gatal2 tu da ilang dalam masa 2,3hari selepas di sapu ubat doc...anyway..thanx for ur reply doc

    ReplyDelete
  6. Adakah jangkitan ini dapat disembuhkan atau adakah penyakit ini berbahaya?

    ReplyDelete
  7. Doc. Setelah sy baca, sy dapati symptom ini ada pada sy. Utk maklumat doc pada nov 2013 sy pernah di tahan hospital selama 5 hari kerana diserang serangan primer seperti doc nyatakan diatas. Dan selepas itu sy masih diserang serangan sekunder seperti ulser di bahagian bibir faraj / sekitarnya, pada setiap bulan terutamanya selepas datang bulan. Sehingga hari ini masih diserang ulser. Masalahnya sy sendiri taktahu apa penyakit sy sebab doc tak nyatakan apa penyakit sy dan sy sendiri tak berpeluang utk tanya memandangkan itu adalah hospital kerajaan dimana perkhidmatannya tidak sama seperti hospital swasta. Ada juga sy buat pemeriksaan darah di hospital lain tapi semuanya okay. Adakah lain pemeriksaan utk mengesan penyakit ini doc ? Sy benar2 tertekan dan sentiasa mencuba menyelesaikan masalah ini tapi masih belum berjaya. Sy harap doc dapat membantu sy.

    ReplyDelete