Followers

Friday 25 May 2012

Part 2: Perdarahan semasa hamil: Placenta Praevia


Part 2: Apakah Plasenta Praevia?

Plasenta praevia adalah bilamana plasenta/uri berada secara keseluruhan atau sebahagian di segmen bawah rahim. Ok, sebenar rahim semasa hamil, bolih dibahagikan kepada dua bahagian.
1.       Segman atas  dimana uri akan melekat secara semulajadi dan ianya adalah normal. Segmen atas ini adalah bahagian yang paling aktif berkontraksi semasa bersalin.Segmen  penuh dengan otot-otot rahim yang dipanggil myometrium.
2.       Segmen bawah rahim, secara anatomi adalah bahagianrahim yang berada dibawah pundi kencing . Segmen bawah, uri tidak bolih melekat disini kerana ianya terlalu rapat dengan lubang pintu rahim atau jalan keluar bayi. Jika uri melekat dikawasan bahaya ini ianya dipanggil plasenta praevia. Sudah tentu anda bolih agak apa yang bolih berlaku sekiranya semasa bersalin. Betul! Perdarahan.
Apakah komplikasi-komplikasi Plasenta praevia?
Dalam banyak-banyak pembedahan, pembedahan caesarean kerana plasenta praevia adalah satu-satunya pembedahan yang mempunyai risiko tinggi terhadap ibu dan juga bayi. Olih kerana itu seua pembedahan caesarean untuk plasenta praevia mesti dilakukan olih pakar di hospital yangblengkap dengan kemudahan darah sekira berlakunya pertumpahan darah semasa pembedahan.
1.       Perdarahan semasa hamil ,semasa dan selepas caesarean.
Perdarahan bolih jadi serius sehinggakan tekanan darah merudum dan pesakit bolih ‘collapse’. Ini amat menakutkan jika tiada berkalan darah di hospital. Ibu bolih meninggal dunia disebabkan tumpah darah. Olih kerana risiko ini maka semasa hamil, ibu-ibu akan dimasukkan ke hospital sehinggalah caesarean dilakukan. Sama ada pesakit plasenta praevia dibenarkan duduk dirumah bergantung kepada beberapa perkara seperti jarak dari rumah ke hospital,mempunyai kenderaan jika perdarahan berlaku, mempunyai talian komunikasi dan ibu bersetuju dan faham risiko jika berada dirumah .
2.       Plasenta ‘accreta’.
Ini satu lagi komplikasi plasenta praevia yang merbahaya. Plasenta ‘accreta’ adalah dimana akar-akar uri tertanam jauh kedalam lapisan myometrium/otot-otot. Akibatnya ialah uri tidak bolih dikeluarkan selepas bayi dialhirkan. Anda dapat bayangkan pertumpahan darah yang bolih berlaku ketika itu. Jalan yang paling drastic kami ambil untuk nyawa itu adalah pembedahan histerektomi/pembuangan rahim secara kecemasan.


3.       Kedudukan bayi tidak betuk seperti songsang atau melintang
Jika kedudukan bayi tidak betul seperti songsang atau melintang maka semasa pembedahan,untuk mengeluarkan bayi agak sukar. Beberapa manipulasi perlu dilakukan dan bolih mencederakan bayi.

Apakah tanda-tanda plasenta praevia?

1.Tiada tanda atau simtom
Pada zaman sekarang olih kerana penggunaan secara meluas ultrasound, maka majority plasenta praevia diketahui sebelum perdarahan berlaku.Ini kelebihan ujian ultrasound jika dapat dilakukan kepada semua ibu-ibu hamil. Kita dapat mengetahuinya lebih awal dan kaunseling dapat diberikan.
2.Perdarahan
Perdarahan plasenta praevia selaunya berlaku bila sedang berihat dirumah. Episod pertama perdarahan selalunya sedikit dan ibu tidak mengalami kontraksi yang kuat. Bila segmen bawah rahim terbentuk  semasa kehamilan,kontraksi-kontraksi kecil bolih mengoyakkan uri dari dinding rahim. Ini menyebabkan perdarahan.
3.Kedudukan bayi tidak betul seperti songsang atau melintang.
4.Kepala bayi tidak ‘engaged’/tidak masuk

Bagaimana diagnosis plasenta praevia di buat?

Menggunakan ultrasound. Melalui ultrasound kami menggredkan plasenta kepada 2 gred utama iaitu :
·         Major –gred 3 dan 4
·         Minor-gred 1 dan 2
Greding plasenta ini hanya penting dari akademik sahaja dan tidak pada praktikaliti. Gred 3 dan 4 bermakna plasenta menutupi pintu rahim  dan sementara 1 dan 2 pula ,plasenta berada di segmen bawah rahim atau di tepi lubang pintu rahim.
                Rawatan plasenta praevia
                Setiap rawatan plasenta praevia adalah khusus untuk ibu tersebut. Banyak perkara-perkara yang lain perlu dipertimbangakan sebelum keputusan dibuat.
·         Berapa banyak darah yang tumpah.
Pertumpahan darah yang terlalu banyak sehingga bolih membahayakan nyawa ibu,caesarean akan dilakukan dengan segera tanpa mengira kematangan bayi. Nyawa ibu adalah nombor 1 perlu diselamatkan.
Pertumpahan yang sedikit dan kemudian berhenti, rawatan secara konservatif diberikan. Ianya bermakna ‘Tunggu dan lihat’ sehinggalah bayi mencapai tahap kematangan yang sesuai untuk dikeluarkan. Kalau bolih mahu bayi mencapai 36 minggu.
·         Suntikan steroid jika bayi dibawah 36 minggu.
·         Dimasukkan kehospital sampai di bersalinkan dengan cara caesarean.
·         Kalau ibu Rhesus Negatif, suntikan anti-D diberikan.
Disini anda dapat fahami betapa seriusnya kami menjaga ibu-ibu yang mengalami plasenta praevia kerana risiko perdarahan amat tinggi. Olih itu rawatan dihospital besar berkemudahan seperti tabung darah adalah amat penting.

Nota:
Part 3: Apakah Plasenta ‘abruption’ dan komplikasi-komplikasinya?
Susulan 

10 comments:

  1. salam dr, saya nak tanya, apakah simptom2 yang menyebabkan 'xbuka jalan' untuk baby keluar semasa bersalin selain baby songsang?

    dan apakah kesan minum air selusuh sebab semasa saya kat hospital nurse marah2 pada pesakit yang minum air selusuh.katanya sebab minum air selusuh susah nak beranak, betul ke dr? ada kaitan ke bukaan jalan dgn air selusuh tu?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Qema, tiada siapa tahu pintu rahim sudah terbuka atau tidak melainkan pemeriksaan vagina dilakukan. Wanita yang sudah mempunyai anak ramai, banyak pintu rahim sudah sedia terbuka walaupun tiada kontraksi. Tapi kami kebiasaannya kalau kepala bayi tidak engaged dan tiada berlaku kontraksi yang kerap, mungkin jalan tidak terbuka. Tetapi tidak semestinya betul. air selusuh bagi saya adalah air 'biasa'. Selagi ianay tidak membawa kemudaratan saya tidak kisah bila nak ambik. Saya juga suruh minum air selusuh kalau mereka dapati susah nak teran. Mungkin ada mujarabnya,tetapi sekurangnya bagi psokologi untuk si ibu untuk teran kuat-kuat. kadangkala saya suruh suami bagi air dalam botol sahaja sambil bacakan selawat ke ayat kuran untuk minta pertolongan.

      Delete
    2. Terima kasih atas penjelasan dr:)

      Delete
  2. Assalamualikum Dr, saya berumur 48 tahun sekarang saya nak share pengalaman saya, iaitu sewaktu saya berumur 27 tahun saya melahirkan anak, selepas baby keluar uri saya lekat sehingga 4 jam dan selepas itu doktor keluarkan uri saya tumpah darah, 2 pain darah dimasuk kan selepas itu kemudian saya melahir kan anak bongsu saya sewaktu berumur 30 tahun kali ini uri saya lekat selama 5 jam, tapi tidak berlaku tumpah darah. Doktor suruh saya ikat tapi saya tak nak sebab saya masih muda waktu itu jadi saya pakai IUd sehingga lah sekarang.

    Saya cuma nak tanya kenapa berlaku masalah uri lekat dan apakah ia boleh diwarisi oleh anak perempuan saya nanti. Saya tanya soalan ini sebab dulu doktor ada tanya saya adakah ibu saya punya masalah yang sama sewaktu melahirkan dan bila saya tanya ibu saya dia kata ada sewaktu melahirkan abang saya yang ke 6.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam puan,setakat ini uri melekat tiada mempunyai kaiatan dengan keturunan. Kita tidak tahu siapa akan dapat. sebab ianya bolih terjadi kerana akar-akar uri telah masuk jauh kedalam dinding rahim. Ianya kami tidak pasti. kebiasaanya akar-akar ini tahu berapa jauh kedalam untuk mendapatkan darah.

      Delete
  3. Assalamualaikum Dr,

    Saya mempunyai 2 soalan:

    1.saya mengalami pp type 3/4 semasa kandungan yang pertama dan anak saya sudah pun berusia 2 tahun 7 bulan, soalan saya, adakah pp ini akan berulang pada kehamilan seterusnya?

    2. adik saya yg masih belum berkahwin dan berumur 25 tahun dikenalpasti mempunyai fibroadenamia. Dr di KPJ menasihati agar ianya dibuang melalui pembedahan, soalan saya, adakah ianya berbahaya dan perlu dibuang, jika dibuang adakah ianya akan berulang?

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Ya,mungkin bolih berulang lagi disebabkan pernah caeserean dulu. Pencegahan? tiada. Berdoa semuga Allah jauhkan dari ini terjadi.
      2.Jika fibroadenoma payudara ianya idak kanser makna tak perlu nak buang. ada juga wanita buang sypaya lain kali tidak perlu kuatir tentang ia lagi. buang awal kita bolih pastikan ianya tidak kanser.

      Delete
    2. thanks Doc

      mengenai fibroadenoma tu, saya ada terbaca yang pengambilan supplement seperti vitamine dan primrose oil dapat membantu megecutkannya. apakah mendapta Dr?. terima kasih

      Delete
  4. Saya mengalami simptom2 sperti org mengandung cntoh nya mual muntah, sakit kpala, bgkak n skit pada payudara, terasa mngidam mkn buah yg msam2 dan skit prut pda ari2 ttapi sblum sya smpat check pt sya dtg haid yg awal smiggu dri trikh biasa..adakah itu drh haid ataupon drh kguguran..sbb haid sya tdak menentu dan mncapai kitaran sehigga 53 hari dan sya mmrlukan bntuan application pda tlifon untuk mngetahui trikh haid sya..dan kdgkla dlm sbuln dua kali sya dtg haid..mcam mna sya nk kira wktu kesuburan sya sbb sya ingin mengandung..

    ReplyDelete