Followers

Sunday 6 May 2012

"Doc.bila saya nak bersalin dan bila patut pergi ke hospital"


Assalamualaikun dan Salam Sejahtera
Terima kasih atas sokongan anda semua dan saya dapat merasakan  blog ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu sekelian.Perbezaaan masa dari segi kaunseling dan soal-jawab diantara pesakit dan pakar sangat jauh berbeza diantara kerajaan dan swasta. Kami mempunyai lebih sikit masa untuk mendengar dan menjawab semua pertanyaan. Tetapi di swasta pun ada doctor pakar yang mempunyai ramai pesakit sehinggakan mereka berasa seperti di klinik kerajaan. Itu terpulang kepada ibu-ibu sekelian untuk membuat keputusan.OK, apa yang saya hendak bincangkan disini adalah satu soalan “cepu mas” yang sering ditanya oleh si ibu atau si  bapa.
Soalannya begini: “ Doc,bila isteri saya/ saya nak bersalin?”
Doc: “ Eh… saya pun tak tau. Allah saja yang tau bila baby nak keluar. Tapi selalu ada petanda-petanda awal yang boleh digunakan ”.
Bila kita patut bersedia?
1.       Apabila kandongan telah mencapai 38 minggu:  Mengikut perkiraan statistic, 80 hingga 90 % wanita akan bersalin dalam jangka masa ini iaitu 2 minggu sebelum tarikh bersalin/due date. Kalau tarikh due date kita menggunakan tarikh ultra sound ianya mungkin lari sedikit mengikut bila ultrasound itu dilakukan.
Contohnya: a) jika ultrasound dilakukan dibawah trimester pertama( bawah 12 minggu), ketepatan jangka bersalin adalah hampir tepat dengan perngiraan mengikut haid. Larinya pun dalam beberapa hari. Kalau haid tidak menentu,kita tak ingat atau masih susu badan semasa mengandong eloklah lakukan ultrasound diperingkat awal kandongan.
                      b) jika ultrasound dilakukan diantara trimester 1 hingga 2 ,ketepatannya lari dalam seminggu atau dua minggu.
                      c) jika ultrasound dilakukan lebih dari trimester ke 3, tarikh tidak boleh dipakai kecuali benar-benar tidak ada tarikh lain dan si ibu datang terlalu lewat untuk booking.
     2. Kontraksi bila menghampiri waktu bersalin
 a) akan menjadi lebih kerap(frekuensi).Misalan dari sekali dalam sehari ke beberapa kali dalam sehari
b) lebih lama(duration) dari beberapa saat hingga ke minit
c) bertahan lebih lama setiap episod kontraksi. Misalan dari beberapa minit hinggakan sampai sejam dua sebelum berhenti.
d)Kesakitan dengan kontraksi semakin ketara(strength)
3. Banyak berlaku discaj jernih putih seminggu dua sebelum bersalin
4. Tekanan/pressure pada pundi kencing,belakang dan kelangkang. Mereka mengalami kerap kencing,sakit belakang dan sukar berjalan kerana sakit dibawah.Perasaan semacam ada yang nak keluar.

Satu lagi soalan: “Doc , bila masa saya perlu bawak isteri/saya kehospital? Kami duduk jauh”
Bila masa perlu ke hospital?
Disini ada beberapa factor lain yang perlu diambil kira:
1.       Anak keberapa?
a)      Anak pertama- Anak pertama ini kami relaks dan cool aje sebabnya mereka ini lambat. Kadar pembukaan pintu rahim adalah 1 cm/jam kalau dibandingkan dengan anak kedua keatas pada kadar 2 hingga 3 cm/jam. Jadi kalau si ibu masuk ke hospital pada pintu rahim bukaan 3 cm, maka logiknya saya masih sempat lagi pergi Ipoh untuk makan tengah hari dan balik semula ke KL!
b)      Anak kedua dan keatas- Yang ini tidak boleh main-main kerana kadar pembukaan pintu rahim dua kali lebih laju secara amnya. Jadi anak kedua dan keatas perlu datang ke hospital lebih awal dari anak pertama.
2.       Berapa kuat,kerap,lama kontraksi-kontraksi berlaku?
Proses bersalin adalah satu proses yang dinamik dan progressif. Apa maksudnya? Bilamana kontraksi berlaku, kontraksi-kontraksi ini akan berubah karektor dari jarang menjadi kerap, dari kecil kekuatannya menjadi besar, dari sekejap menjadi lama dan dari tidak sakit menjadi sakit. Kalau ciri-ciri ini tiada pada kontraksi anda maka ianya bukan “labour’ lagi. Dari segi obstetric pula kami tambah lagi iaitu kontraksi-kontraksi ini mestilah yang dapat dapat membuka dan menipiskan pintu rahim setiap jam.
a)      Anak pertama- Bilamana kontraksi-kontraksi berlaku satu dalam setiap 20 minit. Perlu di ingatkan ini bukannya yang mutlak yang ibu kena datang bila kontraksi berlaku hingga tahap ini. Kalau ibu berasa tidak selesa kerana sakit,air ketuban telah pecah atau pun turun darah ataupun rumah jauh dari hospital dan trafik jam semua ini perlu diambil kira.
b)      Anak kedua dan keatas- Kalau disuruh datang bilamana kontraksi berlaku satu dalam 2o minit, ini mungkin tidak sempat terutama kalau mereka telah ramai anak dan bersalin yang dahulu terlalu laju dan mudah. Saya selalu cadangkan bilamana si ibu mula merasa kontraksi sudah mula regular,tidak berhenti-henti dan mula sakit. Mereka tidak perlu menunggu sehingga kontraksi menjadi kuat takut ter bersalin dalam kereta! Maknanya mereka perlu cepat datang kalau dibandingkan anak pertama mereka. Ada kes-kes yang bersalin satu atau dua jam selepas air ketuban di pecahkan di hospital.
3.       Ada turun darah atau tidak?
Turun darah bukan bermakna bersalin sudah terlalu hampir. Ianya menandakan yang pintu rahim telah mula terbuka. Ramai ibu-ibu yang bersalin tidak mengalami turun darah, Maknanya turun darah bukannya petanda utama. Bagi saya kekerapan dan kekuatan kontraksi dan kontraksi yang tidak berhenti-henti adalah penting daripada  turun darah. Kebiasaannya darah turun/show berlaku  bila kontraksi telah ada tetapi ada juga show sebelum kontraksi. Kalau show turun sebelum kontraksi,,ibu boleh tunggu sehingga kontraksi terjadi dan baru datang kehospital. Lagi sekali ini hanya pedoman sahaja dan saya pandukan dari segi pengalaman. Kalau ibu takut atau kuatir datang sahaja ke hospital. Ramai juga yang datang kerana darah turun tetapi pintu rahim masih tertutup atau diperingkat awal bersalin.
4.       Adakah air ketuban telah pecah?
Diantara ketiga-tiga petanda bersalin iaitu kontraksi,turun darah/show dan air ketuban pecah,petanda yang ketiga ini lah yang teramat penting!
Kenapa ye?
Kita tahu vagina mempunyai  environment yang penuh dengan pelbagai kuman-kuman.Oleh kerana vagina bukannya steril maka potensi untuk kuman-kuman ini menyerang bayi didalam rahim adalah tinggi. Komplikasi bila kuman telahmasuk ke bayi,bayi boleh mengalami sepsis,pneumonia,meconium dam macam-macam lagi. Oleh sebab itu amat pentingbagi  ibu segera datang kehospital samaada ada atau tidak kontraksi terjadi.
Ini adalah satu-satunya petanda bersalin yang seakan-akan emergency.
OK, secara kesimpulannya seseorang itu akan bersalin selepas 38 minggu mengikut pengiraan tarikh dari mula haid, kontraksi akan semakin kerap dan kuat lagi dekat nak bersalin dan bila tiba waktu bersalin kontraksi-kontraksi ini akan lebih kerap,lama ,kuat dan tidak akan berhenti berserta dengan darah dan akhir sekali air ketuban pecah. Bagi anak pertama kita tidak perlu  panic kerana anak pertama kita ada banyak masa tetapi kandongan yang kedua dan keatas mereka perlu datang awal sedikit dari anak pertama.

14 comments:

  1. Sekarang baru saya tahu ibu yang melahirkan anak kedua ke atas dua kali lebih cepat bukaan yer.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya iela begitulah. sebab itu kalau anak dah ramai kami offer induce supaya tidak terjadi tak sempat sampai

      Delete
  2. first time blogwalking here.. ade byk info kt cni... tq so much doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you ieeaan for blogwalking into my blog. I'm trying to help whatever I can.Elmu kena share.

      Delete
  3. terima kasih atas nasihat doktor.
    untuk pengetahuan sy di masa depan..
    skrng br sorng je..tp lama benor nk bersalin..(udah terlebih tarikh 4hari dr jangkaan)pastu ketuban dipecahkan..dr 11 pg smpai 8.30mlm br brsalin...maybe next anak awl sket kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih lela. Begitulah. InsyaAllah 2nd swlalunya mudah

      Delete
  4. doc,
    bagaimana pula yg melahirkan secara csect bg baby yg pertama dulu? adakah yg kedua ini berkemungkinan lmbt atau cepat bukaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Anna.Kalau dulu Elektif csection contohnya breech atau uri bawah, kandunganke2 sama macama anak pertama. Kalau dulu csection sebab anak besar pun saya berpendapat kalau kecil bolih laju. Apapun lambat atau slow kita akan tetapkan bila jangkaan akan lahir. susah nak predict anak ramai . walaupun dijangka awal tetapi ada yang mengikut macam anak pertama. Kalau csection yang penting bolih normal atau tidak.

      Delete
  5. salam doc,

    sy jenis period cycle yg tetap 28days, n klu ikut LMP saye, due date patut pade 24jan2013, tp ikut kan scan, doc sy revised jd 15jan2013. so i have prepared mentally yg EDD sy is in 15jan2013. tp smpai skrg (21jan2013) sy xde ape2 tanda utk b'salin. shud i wait sampai 24hb, sbb doc sy suggest utk induce je, tp sy decide utk tggu at least a week after 15jan2013.

    ReplyDelete
  6. saya kali ni pregnant 2nd baby tapi rasanya lebih susah dari yang 1st huhu...

    ReplyDelete
  7. Usia kandungan saya sudah 39 mgu.dan sudah ada tanda keluar darah,bukaan baru 1cm..kontraksi ada tetapi tidak kerap dn tidak sakit..boleh doc jangkakan masa,tempoh untuk saya bersalin.ini anak ke3.tq

    ReplyDelete
  8. Sy pula sdg mgdg 23mggu.. di jangka bsalin 19 okt 2014 nnt.. ini anak kedua.. ms anak 1st dulu hingga 2 hari sblm edd sy xde tanda2 bsalin hati x sdp request induce & bsalin 2 hari sblm date edd.. jd anak kedua ni ada kmungkinan ke sy bsalin awal? Sbb skg ni pun sy slalu rs x selesa bwh kelangkang sakit bila byk jln and makcik bidan urut ckp baby sy kt bwh kdudukan tmpt peranakan di bwh..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum doc .. bby first brsalin czer .. czer 2014 .. now lgi 1 week nk dkt due date .. so tempat czer sakit ke time nk dekat bersalin second bby nie ?? Tq

    ReplyDelete
  10. salam doc.sy nk tny,bby 1st saya bsalin lewat sehari dri due dqte.skrg prgnant bby 2nd.tarikh LMP 15 april 2017.tpi due date ultrasound 27 april 2017.beza 12 hari.saya confius nak ikut yg mana.saya btul2 kira tarikh 1st period.

    ReplyDelete