Followers

Tuesday 22 May 2012

Part 2: Kelahiran Pra-matang. Apakah isu-isunya yang anda perlu tahu




Kaedah-kaedah  pemantauan kelahiran pra- matang
Perlu di ingat tiada satu pun cara yang benar-benar berkesan.Untuk di gunakan sebagai satu rutin bagi semua wanita hamil adalah mustahil.Olih kerana itu hanya kes-kes yang berisiko tinggi perlu pemantauan bagi mengurangkan kes bersalin terlalu awal ini.
Pemeriksaan pemantauan ini melibatkan lawatan antenatal kerap setiap minggu atau 2 minggu dan mengukur ketebalan dan keterbukaan pintu rahim. Pintu rahim yang normal berupa satu silinder tebal dan keras. Purata tebal/panjang pintu rahim adalah 3 hingga 4 sentimeter dan pintu rahim sentiasa tertutup rapat. Jika terdapat kontraksi atau secara spontannya menjadi lembut,maka pintu rahim akan menipis/pendek,lembut dan bolih terbika sendiri. Berasaskan fakta tersebut maka pintu bolih di ukur dengan:
1.       Pemeriksaan  pintu rahim dengan secara klinikal. Ini merupakan pemeriksaan dari vagina dengan menggunakan jari.
2.       Pemeriksaan pintu dengan menggunakan Transvaginal ultrasound.
Contohnya wanita hamil hadir dengan kontraksi yang regular dan pemeriksaan transvaginal ultrasound menunjukkan pintu rahim mempunyai ketebalan < 15mm,maka risiko bersalin dalam masa seminggu adalah 49%. Sebaliknya jika pintu rahim ketebalannya > dari 15mm,risiko bersalin hanya 1 % sahaja.
Kaedah yang baru bagi membuat ramalan/prediction kelahiran pra-matang adalah menggunakan ‘Fetal Fibronectin(FFN)’.FFN adalah sejeni sprotin yang terdapat pada selaput ketuban. Semulajadinya, FFN tidak terdapat pada lelehan/discaj pinturahim atau vagina. Ujian amat mudah dengan mengambil sedikit discaj/lelehan dan diuji diatas ‘test kit’ yang dihasil secara komersial. Jika FFN POSITIF,kemungkinan besar wanita itu akan bersalin awal dalam masa 7 hingga 10 hari. Ujian ini terdapat di hospital-hospital besar.
Bagaimanakah rawatan yang diberi jika ibu mempunyai kerangkalian tinggi melahirkan anak pra-matang?
1.       Membuat diagnosis dengan pemeriksaan vagina,ultrasound dan FFN
2.       Jika risikonya tinggi,dinasihatkan masuk ke hospital.
3.       Jika hospital tersebut tidak mempunyai fasilitas seperti doctor pakar,incubator atau perkhidmatan NICU, maka ibu akan dirujuk ke hospital lain yang mempunyai fasilitas tersebut.
4.       Imbasan ultrasound untuk mengira umur,berat badan dan kedudukan bayi. Bayi pra-matang mempunyai risiko kedudukan tidak normal seperti songsang atau melintang.
5.       Suntikan Steroid. Steroid yang selalu kami gunakan adalah Dexametasone dua kali dalam masa 24 jam.
Suntikan steroid dapat mengurangkan kadar ‘respiratory distress syndrome’,perdarahan dalam otak dan kematian neonatal/bayi.
6.       Menggunakan ubat tokolitik seperti nefidipine,ritrodine bagi mencegah/memberhentikan kontraksi dan bersalin. Kejayaan amat berbeza-beza diantara satu ubat dengan ubat yang lain. Ianya amnya tidak berapa berkesan bagi memhentikan kontraksi. Tujuan tokolitik ini diberi adalah untuk memberi masa steroid bertindak dan penghantaran in-utero bayi ke hospital terdekat.
7.       Kes-kes kelahiran pra-matang bukannya hanya untuk doctor obstetric sahaj tetapi melibatkan juga pakar kanak-kanak terutama neonatologis.
8.       Jika kelahiran pra-matang tidak bolih dielakkan maka cara mana bayi elok dikeluarkan sama ada lahir normal atau caesarean,pakar obstetric akan berbincang dengan ibu-bapa bayi tersebut.



Isu pra-matang ini menjadi lebih komplikated jika ianya di sertai dengan air ketuban pecah/leaking. Kebanyakkan kes adalah air ketuban pecah tetapi bayi masih belum pra-matang. Istilah perubatan adalah Preterm Prelabour Rupture of Membranes(PPROM).
Maknanya air ketuban telah pecah sebelum ada tanda-tanda mahu bersalin dan bayi masih lagi tidak cukup bulan!
PPROM adalah salah satu punca utama(33%) kelahiran pra-matang.


Apakah risiko-risiko PPROM?
·         Pra-matang/prematurity yang mana saya telah jelaskan pada tulisan yang dahulu mengenai risiko-risko bayi pra-matang.
·         Jangkitan kuman/Infection sesuatu yang di takuti bolih berlaku dan menyebabkan bayi terpaksa dilahirkan segera dan memburukkan lagi masalah
·         Pulmonary hypoplasia iaitu keadaan dimans paru-paru tidak bolih mengembang bila dilahirkan nanti
·         Limbs contractures yang mana di sebabkan air ketuban telah kekeringan, maka anggota-anggota kaki dan tangan tersepit. Bila bayi dilahirkan kaki atau tangan akan bengkok.
Bagaimana kita mengetahui air ketuban telah pecah?
Air ketuban adalah alkali,tidak berbau,jernih seperti air paip dan air ketuban pecah ianya seperti seperti ‘empang pecah’. Ianya banyak ‘gushing’ dan bolih berlaku dengan kontraksi ataupun tanpa kontraksi. Kebanyakkan apabila ibu tengah berihat menonton TV misalannya atau selepas bangun tidur. Kebanyakkan air ketuban akan berhenti dengan sendiri.
Apakah ‘chorioamnionitis’?
Chorioamnionitis adalah komplikasi yang serius berlaku selepas PPROM. Chorioamnionitis disebabkan jangkitan kuman didalam air ketuban dan menyebabkan sepsis pada bayi dan ibu.  Sepsis mempunyai kadar morbidity dan mortality yang tinggi pada bayi didalam rahim.
Tanda-tanda chorioamnionitis adalah ibu akan mengalami demam panas,sakit perut kerana kontraksi dan jangkitan kuman dan discaj yang purulent/bernanah dan berbau sementara bayi akan mengalami denyutan jantung yang tinggi dan distress.
Jika terdapat tanda-tanda chorioamnionitis, bayi terpaksa di lahirkan segera selepas suntikan steroid dan antibiotic secara normal tetapi kemungkinan besarnya secara caesarean yang lebih cepat.
Jika tidak terdapat tanda-tanda chorioamnionitis,rawatannya adalah konservatif sahaja. Suntikan steroid akan diberi,kemasukkan kehospital diwajibkan dan antibiotic akan diberi bagi mengurangkan risiko infeksi. Jika kandongan telah melebihi 36 minggu( mungkin ada hospital 34 minggu), bayi akan dilahirkan secara induksi atau caesarean bergantung kepada kesesuaian pintu rahim dan keadaan bayi dalam kandongan

Kesimpulannya masalah pra-matang walaupun hanya 5 hingga 10% dari jumlah kelahiran, ianya adalah menyumbang kepada 70% kematian neonatal. Bukan itu sahaja kos dalam penjagaan bayi pra-matang adalah amat tinggi dan bolih membebankan ibu-bapa dan juga system kesihatan kita. Tidak terdapat cara pencegahan yang efektif termasul juga pemantauan. Penggunaan steroid yang berluasa,terdapat perkhidmatan NICU dan pakar neonatologis dapat menyelamatakan bayi pra-matang.







4 comments:

  1. Doktor boleh bg email x?saya ingin mengajukan soalan dengan doktor tapi akan tulis ke email doktor

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ilmu doktor..saya dah khatam kesemua entri doktor kat sini, mmg banyak membantu.

    Anak pertama saya bersalin secara czer, sekarang tengah tunggu masa nak bersalin ank kedua, dr pakar kata xde masalah nak cuba bersalin normal sebab czer anak pertama hari tu takde masalah..harap dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ.Kalau ambil epidural amat sangat membantu semasa bersalin normal nanti

      Delete