Followers

Sunday 27 May 2012

Part 3: Perdarahan semasa hamil: Placental abruption


Ok, kita sambung lagi bahagian yang terakhir mengenai perdarahan berlaku semasa kehamilan. Dulu saya telah huraikan mengenai plasenta praevia tentang risiko-risiko dan mesalah pertumpahan darah yang serius. Topik kali ini pun mengenai ‘placenta abruption’ pun mempunyai risiko-risiko yang sama tetapi ianya lebih sedikit kepada bayi yang dikandung.


Plasenta ‘abruption’
Kalau ‘praevia’ bermakna ‘di bawah’, ‘abruptio’ pula bermakna ‘terpisah’,’tercabut’. Keadaan in amat jarang sekali berlaku dan lebih terpencil dari plasenta praevia. Jadi tidak hairanlah kalau anda semua tidak tahu mengenainya. ‘Abruptio” adalah merupakan kes kecemasan dalam obstetric dan tindakan segera perlu diambil untuk keselamatan ibu dan bayi yanag dikandung.
Apakah plasenta abruption?
Jika plasenta praevia,perdarahan berlaku kerana kedudukan uri ditempat yang salah iaitu di segmen bawah rahim, ‘abruptio’ pula bukan kerana kedudukan uri tetapi kerana uri terpisah/separation dari dinding rahim. Maknanya kedudukan uri adalah ditempat yang betul. Perdarahan yang berlaku bolih berada dibelakanguri,masuk kedalam rongga rahim atau keluar melalui pintu rahim.
Jadi plasenta ‘abruptio’ bolih di bahagikan kepada dua jenis:
1.       Perdarahan yang dapat di lihat/revealed kira-kira 80%
2.       Perdarahan yang tidak dapat di lihat/concealed kira-kira 20%.
Cara presentation plasenta abruotion(PA) pun berlainan sedikit dari presentation plasenta praevia(PP):
·         PA datang dengan sakit dibahagian perut yang amat sangat bila berlaku perdarahan sementara PP perdarahan berlaku tanpa sakit.( Nota: 20% PA tiada perdarahan.)
Majoriti akan complain sakit yang datang dengan tiba-tiba,kuat dan ‘constant’.
·         Rahim keras dan sakit bial diperiksa dan selalunya terdapat aktiviti kontraksi.Sementara PP,rahim lembut dan tiada kontraksi bila diperiksa.
·         50% PA datang macam bersalin tetapi PP tidak.
·         PA,ibu bolih datang dalam keadaan ‘shock’ kerana perdarahan yang banyak. Walaupun tiada perdarahan,ibu masih bolih mendapat ‘shock’. Tekanan darah turun dan ibu mungkin tidak sedarkan diri. PP adalah sebaliknya. Jarang sekali PP pertumpahan darah dengan banyaknya berlaku semasa hamil.
·         PA, kemungkinan besar CTG menunjukkan anak lemas atau meninggal dunia berbanding dengan PP.
Olih kerana kes-kes PA kebanyakkan berisiko tinggi kepada ibu dan juga bayi,mereka memerlukan pembedahan caesarean sebagai alternative terbaik.
Kesimpulannya sebarang perdarahan yang berlaku semasa kehamilan di trimester 2 dan 3 ,perlu mendapat rawatan di hospital . Terdapat dua masalah utama iaitu plasenta praevia dan plasenta abruption yang kedua-dua mempunyai risiko-risiko masing-masing.



6 comments:

  1. Salam Doktor
    Boleh tak doctor terangkan secara terperinci psl pendarahan semasa hamil di sebabkan Polyps Serviks,dan ape kesannya ke atas kandungan,dan kesannya semasa dan selepas mengandung

    Ini di sebabkan semasa sy mengandungkan anak ke 2,tahun lepas sy di sahkan ade Polyps selepas bleeding semasa 6M pregnant..dan bile doc check dan amik sampel,its Polyps dan utk pengetahuan Doc semasa usia kandungan saya 6M, doctor melakukan PapSmear dan dilation sy 1cm selepas buat Pap Smear dan doctor mengatakan rahim sy pendek iaitu kurang 22cm dari biasa..

    Persoalan sy
    Ape kesan Polyps tu selepas bersalin,adakah ianya akan hilang atau kene melakukan proses pembuangan seperti sy alami ketika 6M pregnant dan adakah rahim sy menjadi pendek di sebabkan Polyps

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan,perdarihan dari polyp serviks adalah satu punca perdarahan semasa hamil.Olih itu pemeriksaan perlu dilakukan sebagaimana puan telah lalui dahulu. Kesan polyp kepada bayi yang dikandung TIADA tapi pada ibu merunsingkan. Polyp ini tidak kanser jadi tidak perlu takut apa-apa. Polyp TIDAK menyebabkan servik pendek. Memang ada wanita yg mempunyai servik pendek tetapi tidak menyebabkan kelahiran pramatanag. saya percaya anak dulu adalah bayi cukup bulan.. Puan tidak perlu buat apa-apa.

      Delete
  2. Salam dr, boleh tak dr terangkan apa itu menopaus dan andropaus??dan bagaimana penjagaan kesihatan golongan nie..?? sorry lari drp topik...

    ReplyDelete
  3. Salam nadila. Memang ada plan. Tak tau mana nak dulukan insyaallah. Topik panjang and kena research lebih.

    ReplyDelete
  4. Salam Dr...sy mengalami masalah ad polyp di bahagian salur servis..sy kerap bleeding dari 4W sehingga lah kini 12W..pada awalnya Dr ingtkan sbb initial implementation..tp bila buat ultrasound everything ok..so sy just d advise u bykkn rehat..one day sy bleeding byk dari biasa..so pg hosp n Dr check mcm ada polyp.then sy direfer jmp pakar...bila jmp pakar mmg confirm ada polyp around 2cm..n as u said above, pakar ckp ianya xde kesan pd baby cuma siibu akan rungsing..polyp itu xdpt dibuang time pregnant sbb Dr kata risiko bleeding lg truk...so Dr apply silver nitarate d area polyp bg stopkn bleeding..tp after treatment(2,3) darah byk kluar n sy xsakit apa2..cumaada rasa kesan pedih sbb maybe sbb t/bls silver nitrate.cuma sy wonder knp msh bleeding? adakah dsbbkan trkena alat y digunakan?

    ReplyDelete
  5. anak pertama lahir emergency czer sbb abrutio placenta...huhu,tym tu mmg bleeding gila..CTG baby pun tak cantik.nak tanya Dr ni,besa apakah punca utama yg menyebabkan abruptio placenta tu berlaku...???

    ReplyDelete