Followers

Thursday 24 May 2012

Part 1:Perdarahan Semasa Hamil. Apakah anda mesti tahu?


Semasa kehamilan, kerapkali berlaku perdarahan kecil dari vagina. Semasa trimester pertama(<12 minggu),punca utamanya adalah keguguran,kandungan ektopik dan kandungan molar/anggur. Tetapi sebenar,ketiga-tiga ini tidaklah sekerap perdarahan berpunca dari pintu rahim kerana infeksi.
Selepas 24 minggu( 6 bulan),sebarang perdarahan yang berlaku di kenali sebagai Perdarahan Antepartum. Walaupun perdarahan antepartum tidak sekerap perdarahan trimester pertama, implikasinya lebih serius kerana perdarahan pada waktu ini mungkin banyak dan membahayakan nyawa ibu dan juga bayi. Perkara ini perlu diberi perhatian olih ibu jika berlaku.

Apakah yang dimaksudkan perdarahan antepartum?

Ianya adalah perdarahan yang berlaku selepas 24 minggu. Perdarahan ini kebiasaannya adalah darah merah dalam jumlah kecil hinggalah kepertumpahan darah yang serius, Ianya bolih berlaku bersama-sama dengan kontraksi atau pun tidak. Perdarahan yang banyak bolih menyebabkan ibu mengalami ‘shock’ yang mana tekanan darah merudum dan denyutan nadi meningkat. Ianya akhirnya bolih membawa kepada kematian.

Apakah punca-punca perdarahan antepartum?

1.       Tidak diketahui punca.Walaupun pelbagai pemeriksaan dan ujian dilakukan,masih tidak pasti punca sebenar. Sebanyak 97% perdarahan antepartum tidak diketahui,
2.       Plasenta praevia menyumbang hanya 1% sahaja
3.       Plasenta “abruption’ juga 1 %.
4.       Punca-punca lain ialah
a.       pintu rahim dijangkiti kuman
b.      pintu rahim mengalami ‘erosion’
c.       “show’ iaitu salah satu tanda bersalin
d.      Trauma kepada pintu rahim atau vagina
e.      Vasa praevia ( urat-urat darah daripada bayi berada pada selaput ketuban dan bila air ketuban dipecahkan maka urat-urat darah ini akan pecah bersama air ketuban. CTG akan menunjukkan jantung bayi berada dalam kesusahan/distress dan risiko kematian bayi adalah tinggi.)
Saya hanya akan bincang mengenai dua punca iaitu plasenta praevia dan plasenta ‘abruption’.

Apakah Plasenta Praevia?


Plasenta praevia adalah bilamana plasenta/uri berada secara keseluruhan atau sebahagian di segmen bawah rahim. Ok, sebenar rahim semasa hamil, bolih dibahagikan kepada dua bahagian.
1.       Segman atas adalah bahagian dimana uri akan melekar secara semulajadi dan ianya adalah normal.Bahagian ini bahagian yang paling aktif bekerja semasa kontraksi berlaku.Ianya penuh dengan otot-otot rahim yang dipanggil myometrium.
2.       Segmen bawah rahim, anggaran bahagian dibawah pundi kencing adalah segmen yang uri tidak bolih melekat disini kerana ianya terlalu rapat dengan lubang pintu rahim. Jika uri melekat dikawasan bahaya ini ianya dipanggil plasenta praevia. Sudah tentu anda bolih agak apa yang bolih berlaku sekiranya bersalin berlaku.





5 comments:

  1. salam..doc..da lama doc jadi doc pakar sakit puan kan..selama doc bertugas ni..pernah x ada kes..hamil tapi x dpt check melalui air kencing dan scan?sedar2 kandungan da besar?..kalo bole doc share dlm next entry...sgt la saya hargai...terima kasih doc ;p salam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada kes macam ini terutama yang mempunyai irregular period,obes, ambil perancang keluarga. Baru-baru ni pun ada datang kerana haid tidak berhenti . BIla scan pregnant dan fibroid sekali. Pernah dahulu semasa say belum pakar lagi, seorang wanita masuk ke wad gynae kerana sakit perut, Haid dah lama tak datand dan beliau pun 'besar'. Bila pemeriksaan vagian dilakukan kepala bayi dah nak keluar. Kesemua ini kalau scan atau ujian kencing dilakukan pasti jumpa. Kalau nak cerita dalam satu mungkin dibawah perkara2 yang mengagnggu haid.

      Delete
  2. oh ok doc..tq atas perkongsian doc ini..saya sgt2 menghargainya..tq once again...

    ReplyDelete
  3. doc...usia kandungan sy dh msuk 22mgu. baru2 ni sy buang air bsr n prsn ade ketulan drh bsama. sy xpasti samada drh itu keluar dri vagina atau dubur. sdgkn beberapa jam kmudian tiad pndrhn dri vagina. mohon pncerahan doc.
    tkasih..

    ReplyDelete
  4. salam doktor... kandungan saya skrg berusia 22 minggu, dan saya mengalami pendarahan ketulan2 kecil.. apakah yg perlu saya lakukan?

    ReplyDelete