Followers

Sunday 13 May 2012





Salam Semua, 
Saya menginginkan feedback dari anda semua tentang topik-topik yang anda hendak saya tulis dan diskus. Medikal skopnya terlalu luas dan saya tidak tahu apa yang saya tulis . Anda sebagai pesakit tentu lebih arif tentang kemusykilan wanita. Bagi feedback melalui komen pada entri ini.TQ

33 comments:

  1. Saya ingin kan info mengenai

    1. Kandungan di luar rahim dan bagaimana cara atasinya dan bagaimana terjadinya kelahiran sebegitu
    2. Homebirth, jika mahukan Homebirth apakah yg perlu di sediakan
    3. Waterbirth,apa syarat2 utk Homebirth
    4. Kandungan berapa minggu yg di kategorikan prem dan jika kelahiran 36W dan berat baby adalah 2.4kg adakah ianya di kategorikan prem
    5. 1st baby Czer..potensi utk Normal bg 2nd baby berapa % dan apakah risikonya

    Sekian =)

    ReplyDelete
  2. TQ,Homebirth dan Waterbirth saya tak akan discuss kerana ianya isu agak kontroversi. Pada zaman sekarang kerajaan menggalakkan homebirth kerana isu-isu safety keatas ibu dan anak. Homebirth amat jarang kerana badan tradisional telah pupus dan bidan kerajaan tidak melakukan home delivery. Waterbirth yang dipopularkan dibarat oleh kumpulan naturalist,kami masih tidak dapat menggalakkan kerana isu-isu safety jugak. Tiada pun hospital kerajaan yang ada kemudahan iini yang boleh menelan belanja 1 juta unutk ubahsuai bilik. Kalau ada di hospital pun tidak ramai doktor sanggup melakukannya kerana masalah medikolrgal nanti
    Yang lain itu insyaallah.

    ReplyDelete
  3. Saya berminat utk tahu lebih lanjut tentang usaha yang perlu dilakukan untuk pasangan yang trying to conceive. apa langkah pertama yang perlu dilakukan? bila perlu start dgn rawatan fertility? untuk pasangan jarak jauh berapa tempoh normal yang perlu diberi untuk conceive secara normal sebelum mencuba untuk rawatan fertiliti di hospital.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks anim. insyaallah. medical write up takes sometime to think,research and write. topik memang panjang.

      Delete
  4. Salam doc...

    Saya berumur 29 tahun. Pernah keguguran (tanpa D&C)pada Ogos 2010 dan mengandung kembali pada November 2010 serta disahkan mempunyai ovarian cyst sebesar 2cm semasa scan pada keguguran pertama. Cyst adalah benign, tidak menyakitkan dan berjaya dikeluarkan dalam elektif Caesarean (induced, ada contraction tetapi saya tidak merasa sakit dan doktor khuatir anak lemas ketika contraction kerana semasa scan terakhir, estimated birth weight 1.8kg and estimated cyst size 10cm)ketika kandungan borderline 36W. Anak seberat 2.35kg dan cyst adalah kira-kira 4cm ketika dikeluarkan.

    Saya sihat manakala anak saya dimasukkan ke NICU selama 10 hari kerana mengalami pneumothorax. Sekarang anak sihat, Alhamdulillah.

    Sekarang anak saya sudah berumur 10bulan dan saya disahkan hamil kali kedua.

    Soalan saya, adakah kehamilan ini selamat?Adakah ada kemungkinan berisiko 'uterine rupture' memandangkan kelahiran pertama adalah melalui kaedah Caesarean?


    Topik-topik seperti fibroid, cyst dan endometriosis juga boleh diketengahkan untuk pengetahuan dan rujukan pembaca blog Doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Max,kalau terpregnant selepas CS tak prlu kuatir,Teruskan sahaja kandongan walaupun saya rasa terlalu awal. Nanti saya tulis mengenai bersalin selepas CS. Thanks for the suggestions. InsyaAllah.

      Delete
  5. Mungkin doktor boleh huraikan langkah dan alat pencengahan kehamilan serta kesan-kesannya. Saya ingin tahu sekiranya kita memakai implan, adakah akan memberi kesan ke atas berat badan.TK

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks. Family planning ceritanya memang panjang. I will note your suggestion.InsyaAllah

      Delete
  6. boleh doktor ulas tentang hormon prolaktin... dan ubatan yg perlu diambil untuk mengurangkannya... dan berapa peratus peluang untuk hamil sekiranya menghadapi hyper prolaktin... adakah penyakit ini akan berulang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tealah uraikan di somewhere dalam blog ini.

      Delete
  7. salam doktor...

    saya ada cyst dan pernah buang cyst tersebut pada tahun 2007..tapi selepas itu cyst tersebut ada balik...and doc bagi ubat hormon and alhamdulillah saya pregnant..masa pregnant cyst tersebut hilang...sy bersalin disember 2010..last month sy buat checkup dan cyst tu ada balik...kenapa cyst tu ada balik? klu saya nak pregnant lg, perlu ke saya buang cyst tu lg? atau saya kena buat apa2 treatment?

    buat pengetahuan doc, saya juga fully breastfeed..anak saya berumur 1 tahun 5 bulan..tapi normal ke sebab sampai skrg saya x period lg? tq...

    ReplyDelete
  8. 1. Ada 2 kemungkinan:
    a.cyst itu betul-betul hilang mungkin pecah semasa mngandung dan jadi semula selepas itu. Cyst memangnormal berlaku setiap tetapi iany berukuran kurang dari 3 cm. kslsu dulu cyst adalah endometriosis ia mungkin beruang lagi Tidak perlu dibuat apa-apa kalau masih kecil.
    b. Cyst itu tidak hialang semasa mengandong kerana saiz rahim yang menghalang kami nak tengok.
    2. Full breast feeding sampai 2 tahun tidak adalah masih normal. Brest feeding mengekang ovari dari berfungsi. Walaupun haid tidak datang tetepi kadanngkala wanita bolih ter pregnant. Abil langakah pencegahan.

    ReplyDelete
  9. Salam Doktor...

    Saya sedang hamil anak ke-2 dan usia kandungan adalah 29minggu dan semasa check-up 28minggu saya disahkan mengalami keadaan Placenta Previa & bayi songsang.

    Semasa mengandung anak pertama (kini berusia 1tahun7bulan)saya juga mengalami keadaan PP Type3 dan terdapat pendarahan & mild contraction jadi terpaksa emergency c-zer sewaktu kandungan berusia 34minggu.

    Diharap doktor dapat mengulas mengenai isu Placenta Previa ini dan treatment (sekiranya ada)

    Terima kasih doktor.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Doc Suhaimi
    Saya inginkan pandangan dan pendapat doc mengenai cubaan untuk hamil. Untuk pengetahuan doc, sudah 10 bulan saya berkahwin dan belum lagi ada tanda2 untuk hamil. Bagi saya ini ok je sebab boleh bagi masa pada kami suami isteri untuk honeymoon. Tapi bila kawan2 yang kawen lambat dari kami, sudah pun hamil, membuatkan saya tertanya2 bilakah giliran saya.

    Untuk makluman doc, saya bekerja di kemaman, trg dan suami pula bekerja di subang. Maka waktu untuk berjumpa adalah sangat terhad dan saya juga mempunya kitaran haid yang tidak teratur.
    Kadang2 saya tak tau bila waktu subur saya dan bolehkah doc cadangkan makan ubat apa untuk menormalkan kitaran haid.

    Saya teringin nak jumpa doc bg masalah mendapatkan anak ini, tapi takut doc marah sebab usia perkahwinan belum cukup 2 tahun lagi.

    Satu lagi, macam mana kita nak tau yang kita ada cyst?
    terima kasih doc .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..ha..ha.. mana ada nak marah.Ok tak perlu tunggu 2 tahun. sekarang ini setahun sahaja dan awal lagi kalau ada potensi kesuburan terganggu seperti haid tidak menentu. Tapi zue dan suami duduk berasingan jadi definasi infertili tidak betul. Mesti duduk serumah. Haid tidak menentu selalunya kerana BMI tinggi. Check berat badan. Waktu subur adalah hari ke 11 hingga ke 17 haid setiao bulan. Kalau haid tidak btl susah sikit. Cyst kena scan.

      Delete
  11. salam dokter..harap dapat share tips2 utk isteri2 yg ingin mengandung..persediaan sebelum mengandung..fizikal dan mental..contoh entry...mengira hari subur..tips pemakanan..penjagaan diri..menghadapi tekanan n stress..tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Intan memang saya telah pun plan apa yang intan cadangkan. Infact tajuknya pun saya dah fikirkan. Ok tak ''Oh mama, saya mahu kawin'? Tapiada permintaan pasal caeserean dan pramatang. Insya Allah follow saya waktu terdekat ini. Sukar nak menulis blog medikal kena baca banyak dan nak olah dalam bahasa yang paling mudah. Insyaallah

      Delete
  12. Salam Doctor,

    Harap doc boleh share bagaimana doc mengenalpasti down syndrom, cleft palate/lips semasa dalam kandungan lagi.

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah semua topik medikal panjang lebar. Ok nanti say bincangkan tentang saringan semasa antenatal.Thanks croft

      Delete
  13. doc,
    adakah selamat untuk mengambil spirulina ketika hamil?
    tq doc.

    ReplyDelete
  14. Tak ada masalah. Spirulina sumber DHA,AA untuk perkembangan otak. Kami menggunakan fish oil.

    ReplyDelete
  15. Doc,

    saya ni bakal ibu lagi beberapa bulan dan saya bekerja. Isu yang selalu saya fikirkan pasal keselamatan dan risiko utk travel...TQ doc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat bayi dlm kandungan mereka memang tidak ada masalah. Mereka selesa untuk travelling tetepi ibu mereka yg menghidapi masalh besar kerana ketidak selesaan sakit belakang etc. Tervelling tidak meyebabkab mereka mengalami masalah

      Delete
  16. salam doc,

    skrg saya pregnant anak kedua, yg pertama csect. so yg kedua ni doc akan xray kedudukan tulang pelvik saya. memang size tulang pelvik ni amat penting utk bersalin normalkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam entri saya saya ada katakan kami memang tidak lagi membuat xray pelvis kerana ianya tidak membantu lansung infact menambahkam bias dalam desicion untuk normal atau tidak. Banyak faktor faktor lain yg tidak bolih di nilaikan semasa bersalin. Kalau saya sy akan sikap positif cuba dahulu. Kalau gagall bari csection. UjiAN sebenar pelvis adalah delivery itself

      Delete
  17. salam doktor,

    saya ingin bertanya mengenai kitaran haid yang tidak menentu. saya berkahwin tahun 2009 dan mempunyai zuriat yang lahir pada tahun 2010. Masalah saya ialah, sejak saya bujang, kitaran haid saya tidak pernah menentu (anggaran 30-40 hari). oleh kerana belum berkahwin, saya tidak mengambil berat hal ini. walaubagaimanapun, sejak melahirkan anak, saya agak risau memandangkan saya berhasrat untuk menjarakkan anak oleh faktor kesihatan (severe anemia Hb below 8.5). adakah kitaran haid saya masih normal, atau perlukah saya menjalankan pemeriksaan kesihatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam entri say banyak bercerita pasal masalah haid. Kalau haid puan memenag sebegi dari dahulu, maka ianya adalah normal. Yg serius kalau haid ada kaitan dengan anemia puan. Kalau betul elok puan ambil famili planning pill kerana jangkapanjang ia dapat mengurangkan haid dan period akan regular. BMI kalau tinggi pun mengganggu haid dan kesuburan.

      Delete
  18. Salam Doktor,

    saya ingin bertanyakan tntang perubahan hormon dan akibatnya ketika hamil. Saya dapati ada ketulan diketiak saya sewaktu kehamilan 3 bulan. Rasa sakit bila ditekan.Now kandungan saya sudah pun mececah hampir 6 bulan dah ketulan itu masih ada.Ini adalah kehamilan saya ketiga. Telah saya refer hal ini pada pakar sakit puan sewaktu monthly check up. Setelah diperiksa, menurut doktor ianya adalah mammary gland yang pada pada doktor its normal during pregnancy. Adakah keadaan ini normal? Saya tidak dibekal2 apa-apa ubat. Mohon penjelasan lanjut dari doktor. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Farah,perubahan hormon semasa hamil adalah terlalu banyak dan semua organ-organ dalam badan akan berubah sama. Ini termasuklah tisu-tisu,kelenjar-kelenjar payudara. Payudara wanita bukan hanya berada didada sahaja. Ianya mempunyai 'ekor' sampai kebawah ketiak. sebab itu bila hamil 'ekor' ini juga turut mengembang dan tettu sekali kalau dipicit. Sama juga kalau dipicit payudara. Semasa penyesuan badan ,bengkak dibawah ketiak lagi membesar hnggakan tak bolih turunkan tangan!

      Delete
  19. Salam doc...

    Saya 34yrs. ..2 kali gugur and now preggy at 15 weeks and insyaallah this time baby sihat and perfect :) ... EDD 24thmay2013 at the age of 35yrs so saya di kelas kan sebagai high risk. ..lagi pun ini 1st baby.
    Topik yg saya nak suggest is that pendapat doctor tentang wanita berumur ingin ambil suntik or pills kesuburan supaya dapat anak kembar.... Adakah di galakkkan? If it is high risk then ada suggestion tak untuk mitigate?
    Sesetengah wanita yg berkejaya. ..lambat kawin...tentu nak sekaligus bole dapat anak ramai :)
    Thank you doctor.

    ReplyDelete
  20. Salam doc ..sy da pkai impln sethn sebaik shj deliver bby sbb ceaser n bru bka impln sbb ada cyst 3.3cm sy khuatir implnn pnyebabbya tp sy mnyusukn ank spenuhnya 9bln ...bln ke11 bru dtg priod tp drh agk byk. Mohon pnjlsan kaitn cyst impln n breastfeed..

    ReplyDelete
  21. Salam doc…
    Saya seorg ibu brusia 37 thn baru shj mengalami plasenta abryption+IUD+uterus rupture ktk kandungan 33w6d pada 15 mac 2015. Ini adalah anak yg k4. Anak 1&2 dilahirkan normal, anak k3 lahir secara caesarean krn sy mengalami plasenta praevia type 4 dan dilahirkan scr emergency krn blaku kontraksi sblm tarikh yg tlh ditentukan ktk kandungan berusia 36 w. anak k4 ini meninggal seorg bayi perempuan 2.31 kg. sya ditambahkan darah 7 pain dan berada di icu selama 3 hari , selepas itu dipantau dlm labor room utk 2 hari. Saya juga telah diBTLkan tanpa psetujuan saya krn sya telah menetapkan jwp sblm dibedah ttp dr. msih btanya kpd suami utk mnadatangi surat pstujuan tsbt.
    Soalan saya,
    Sy masih ingin mengandung seorang anak perempuan dan hanya dpt mlakukan nya mlli ivf. Apakah risiko saya utk meneruskan niat saya ini dan bilakah masa yg sesuai saya mula melakukannya (krn kerisauan saya ttg umur dlm masa yg sama sya pnah mgalami uterus rupture) jadi saya risau smuanya berulang kembali spt yg dr. bedah katakana kpd saya baru2 ini.utk pgthn dr. jarak antara anak 3 dgn kandungan kali ini adalah 2+ tahun…skrg anak k3 saya brusia 3+ tahun.
    Apakah yg perlu saya lakukan utk memastikan pluang kejayaan kandungan kali ini skiranya diteruskan?

    ReplyDelete