Followers

Tuesday 26 June 2012

Episiotomi bagi memudahkan bersalin



Lebih dari 80% bersalin normal,ibu-ibu akan mengalami trauma pada bahagian perineum vagina dalam pelbagai darjah. Episiotomi adalah satu bentuk hirisan dibahagian perineum untuk meluas lubang vagina(introitus) bagi memudahkan proses bersalin. Segala keputusan sama ada seseorang itu perlu di lakukan episiotomi atau tida, bergantung kepada doktor atau jururawat yang menyambut kelahiran itu.

Episiotomi bukannya satu rutin yang wajib dilakukan keatas ibu-ibu bersalin tetapi satu prosedur yang perlu ada justifikasi sebelum melakukan. Bagi kami doktor yang menyambut kelahiran bayi,di saat-saat akhir perlu menilaikan sama ada tanpa episiotomi adakah proses bersalin ini akan lambat atau jika perineum koyak adalah ia akan koyak kedalam dubur dibelakang.Ini memerlukan pengalaman setelah menyambut ribuan bayi.

Bilakah episiotomy perlu dilakukan?

WHO mencadangkan episiotomy perlu dilakukan dalam situasi berikut:

Bersalin normal yang komplikated

  • Bersalin songsang
  •  Bahu bayi tersangkut/shoulder dystocia
  • Menggunakan forceps atau vakum semasa melahirkan.
Jika terdapat parut yang serius pada bahagian vagina

·         Kerana mutalasi genital perempuan yang diamal olih beberapa Negara di Afrika

·       Koyakkan perineum yang serius dan tidak pulih

Jika terdapat tanda-tanda anak lemas/distress

Nota: Pada pengalaman saya tidak kira sama ada anak pertama atau anak ramai pun,perineum tetap juga koyak walaupun perineum  jiga dengan baik. Anak sulong hampir semua memerlukan episiotomy kerana lubang vagina ketat dan menghalang kepala bayi dari keluar.

Apakah jenis-jenis episiotomy?

Terdapat 2 jenis episiotomy:

1.       Episiotomi mediolateral guntingan dilakukan bermula dari bahagian ‘fourchette’arah ke kiri ( pukul 7 hingga 8 mengikut jam).Cara ini dapat mengurangkan risiko trauma pada ‘sphinter’/injap anus/dubur. “Sphinter’ ini penting untuk mengawal najis dari terkeluar dengan sendiri.Kelemahan mediolateral adalah perdarahan dan hematoma mudah berlaku. Sakitnya lebih dari episiotomi midline.

2.       Epsiotomi midline yang guntingan dilakukan bahagian ‘fourchette’ ke arah lubang anus/dubur(pukul 6 mengikut jam).Kebaikan cara ini adalah kejadian perdarahan dan haematoma adalah rendah berbanding dengan mediolateral tetapi kejadian kecederaan pada ‘sphinter’ adalah tinggi.



Bagaimana episiotomy dilakukan?

1.       Jika ibu tidak mengambil epidural, episiotomy dilakukan selepas lignocaine(ubat pelali setempat) diberikan. Jika tidak sempat, episiotomy dilakukan semasa kontraksi maksimum dan ibu tengah meneran.
2.       Dua jari tangan kiri di letakkan diantara kepala bayi dan perineum. Ini bertujuan untuk mengelakkan kepala bayi tercedera.
3.       Gunting khusus untuk episiotomy di gunakan. Kebiasaanya hanya memerlukan satu guntingan sepanjang 3 -4 cm. Sebaik-baik guntingan dilakukan semasa kontraksi maksimum.


Nota:
·         Jika episiotomy dilakukan terlalu awal, perdarahan banyak berlaku.
·         Episiotomi mesti dijahit semula secepat mungkin
·         Pelalian akan diberi sekira ianya tidak diberi sebelum di gunting sebelum dijahit.
·         Pemeriksaan dubur dengan memasukkan jari kedalamnya dilakukan selepas episiotomy bagi mempastikan tiada terdapat ekstensi koyak kedalam anus.

Apakah komplikasi-komplikasi kecederaan dan episiotomy pada perineum?





·         Perdarahan
·         Hematoma/Darah beku di perineum
·         Sakit
·         Jangkitan kuman/infeksi
·         Parut
·         Sakit semasa seks
·         Fistula( terjadinya satu saluran yang menyambungkan lubang dubur dan vagina. Pesakit mendapati najis keluar dari vagina.)

Penjagaan Episiotomi selepas bersalin.




Penjagaan episiotomi amat mudah. Kebersihan di kawasan perineum amat penting. Pastikan selepas kencing atau buang air besar, perineum di bersihkan dengan air dan di lap kering. Anda tidak perlu menyapu apa-apa ubat seperti krim antibiotik. Badan anda sudah cukup mengawal segala infeksi yang datang dari dubur terutamanya. Jika najis melekat di episiotomi, maka infeksi akan terjadi. Olih itu pastikan anda keringkan perineum anda selepas kebilik air. Kalau anda selesa, anda bolih gunakan 'sitz bath" dimana anda bolih duduk dalam besin air yang bercampur dengan garam. Larutan garam dapat menarik sel-sel darah putih ketempat episiotomi bagi mengawal infeksi.Ambillah ubat 'painkiller' yang telah diberikan untuk beberapa hari. Sakit episiotomi bolih berpanjangan untuk seminggu dua tetapi sakit akan berkurangan setiap hari. Anda bolih gunakan ais untuk tuam pada episiotomi jika ianya bengkak. Saya akan bagi 'stool softener' untuk memudahkan ibu buang air besar.



5 comments:

  1. It sound and looks so scary....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam doc... thanks for the Info...

      1 of the complications....i.e. Najis keluar dari vagina. This one memang scary. Adakah masalah yg common berlaku?

      Delete
  2. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  3. Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

    ReplyDelete