Followers

Friday 15 June 2012

Infeksi Group B Streptococcus semasa hamil. Apakah risikonya?



Salam semua,
Saya tidak tahu sama anda tahu apakah ujian-ujian yang dilakukan bila anda mengandung. Setiap ujian yang dilakukan kepada anda semasa hamil, mempunyai implikasi dan kepentingan kepada bayi anda. Contohnya Hepatitis B,VDRL untuk sifilis,HIV dan jarang sekali Group B streptococcus(GBS).
Anda mungkin kurang faham akan masalah jangkitan kuman GBS. Ujian GBS bukannya satu ujian yang rutin semasa hamil. Doktor lakukan ujian ini bila anda mepunyai  masalah seperti kelahiran pra-matang,jangkitan kuman pada bayi atau bila anak anda meninggal dalam perut.
OK kali saya hendak terangkan masalah jangkitan GBS.

Apakah Group B Streptococcus(GBS)?

GBS adalah sejenis kuman bakteria yang biasa ditemui dalam usus besar atau rectum. Dianggarkan 20 % atau 1 dalam 5 wanita dijangkiti olih GBS tanpa mengetahuinya. Jangkitan GBS tidak mempunyai simtom-simtom. Di sini anda bolih lihat jankitan GBS adalah lumrah pada wanita.

Apakah simtom-simtom GBS?

Tak ada

Bagaimana mengenal pasti jangkitan GBS?

Kultur dari vagina dan dubur.

Apakah risiko-risiko GBS?

Semasa hamil

·         Kelahiran pra-matang
·         Air ketuban pecah awal/pra-matang

Neonatal/Bayi

·         Yang paling kerap adalah jangkitan kuman yang serius  pada bayi anda. Insidennya adalah 1 dalam 2000 kelahiran hidup. Dianggarkan 70% bayi yang dilahirkan olih ibu-ibu yang dijangkiti GBS akan dijangkiti kuman ini TETAPI hanya 1 % sahaja yang akan mengalami sepsis/demam. Jika bayi dijangkiti dan mengalami sepsis pada usia awal(< 4 hari), kadar mortality/kematian adalah tinggi(Dianggarkan 20%). Sebab-sebab kematian adalah kerana pneumonia,septicaemia dan meningitis. Dan bayi-bayi yang survive,50% akan mengalami kerosakan neurologi seperti buta dan pekak.

Apakah cara rawatannya?

·         Walaupun kemungkinan ibu-ibu adalah pembawa GBS adalah 1 dalam 5,tetapi saringan GBS tidak dilakukan secara rutin semasa hamil.
·         Walaupun ibu-ibu hamil  diketahui pembawa GBS,antibiotic tidak diberikan semasa hamil kerana GBS akan kembali semula menghuni  vagina selepas habis rawatan antibiotik’
·         Olih kerana itu,rawatan antibiotic akan diberi hanya semasa bersalin.

Siapakah yang perlu diberi suntikan antibiotic semasa bersalin?

·         Ibu-ibu yang mempunyai sejarah bayi  mereka dijangkiti GBS
·         Ibu-ibu yang GBS ditemui dalam vagina atau kencing bila ujian dilakukan.
·         Ibu-ibu yang mempunyai  factor-faktor risiko berikut
o   Pra-matang
o   Air ketuban pecah lebih dari 18 jam
o   Demam semasa bersalin

Kesimpulannya ,pembawa kuman GBS adalah lumrah dikalangan ibu-ibu(20%) dan  risiko untuk bayi di jangkiti GBS juga tinggi(70%) tetapi hanya 1% sahaja yang betul-betul serius. Komplikasi jangkitan GBS pada bayi adalah disebabkan olih pneumonia,sepsis dan meningitis. Jika bayi dijangkiti GBS di peringkat awal usia mereka, kadar kematian disebabkan olih infeksi  ini adalah tinggi(20%). Kalau bayi-bayi ini terselamat, 50% daripada mereka akan mengalami masalah neurologi.



10 comments:

  1. Assalamualaikum dokter....sy tergolong sbg pembawa kuman GBS....anak pertama meninggal dunia di usia 5 hari.....masa tu sy tak tau sy pembawa kuman ni...anak kedua sy di bius antibiotik semasa di labor room selepas dokter sahkan sy ada gbs itu pun setelah ketuban pecah..alhamdullilah anak selamat..dokter kalau sy preggy anak ke3 rasanya kuman gbs tetap ada kan?.....apa tindakan yg sy perlu buat?...sy mohon nasihat dr dokter...tq

    ReplyDelete
  2. Kita tidak akan dapat musnahkan gbs yg telah ada. Kalau diberi antibiotik pun, mereka akan hidup semula. Nanti bila pregnant semasa labour kena cover antibiotik.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dr,sy di sah menghidap gbs positif,sekarang nie sy tgh mengandung ank sulung. Sy nk tnya pendapat dr,sy perlu bersalin secara normal atau melalui pembedahan?sy berasa tidak yakin utk bersalin secara normal kerana bimbang ank sy akn terkena jgkitn kuman tersebut,adakh risiko utk bayi sy meninggal tinggi jika sy bersalin secara normal?

    ReplyDelete
  4. Dr,skrg sy 7 bulan.sypun GBS+.sy mgkn akn brsalin hospital gov.adakah mereka akn suntik antibiotik smasa bsalin@ sy ptut decide branak operate.

    ReplyDelete
  5. Dr,sy baru discharge hospital dan doktor hospital gov ada inform yng sy pmbawa gbs..
    Saya takut jika anak terkena jangkitan ni... Sekarang sy sudah 32week..
    Boleh ke sy minta utk bersalin operate utk elakn anak sy terkena jangkitan kuman ni?
    Mohon doktor jelaskan.. Tq

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian Dr dan izinkan saya memetik kata2 Dr untuk blog saya (asyrafanisah.blogspot.com ).


    Buat rakan pembaca yang lain, menurut artikel ini http://www.babycenter.com.my/a25007441/streptokokus-kumpulan-b .. bersalin c-zer bukanlah penyelesaian bg mengelakan jangkitan gbs pd baik...

    ReplyDelete
  7. Dr...sy skrg tgh pregnant...untuk ujian gbs ni...kita kena request k..?sbb dr ckp ia nya xde simptom....

    ReplyDelete
  8. Dr...sy skrg tgh pregnant...untuk ujian gbs ni...kita kena request k..?sbb dr ckp ia nya xde simptom....

    ReplyDelete
  9. saya juga pembawa kuman GBS..Anak saya telah meninggal selepas sehari dilahirkan dan saya bersalin secara ceaser..hanya mampu berdoa sahaja..

    ReplyDelete
  10. saya juga pembawa kuman GBS..Anak saya telah meninggal selepas sehari dilahirkan dan saya bersalin secara ceaser..hanya mampu berdoa sahaja..

    ReplyDelete