Followers

Tuesday 5 June 2012

Part 2: Seks yang menyakitkan, Apakah rawatan yang ada?




Salam semua,terima kasih kerana membaca entri mengenai ‘seks yang menyakitkan’. Seperti saya maklumkan dahulu , masalah ini memang orang tak akan bincangkan secara terbuka kerana taboo dalam masyarakat kita. Walaupun kita tahu sebenarnya banyak kes-kes seperti ini berlaku setiap masa.
Bahagian 1 dahulu saya telah terangkan sebab-sebab kenapa dyspareaunia terjadi. Anda mungkin bersendapat dengan saya bahawa sebab-sebabnya amat luas dan sukar untuk diagnosis dengan tepat. Tambahan pula terdapat unsur-unsur emosi dan psikologi yang sama penting punca dyspareaunia ini.

Apakah rawatan untuk dyspareaunia?

Pendekatan yang digunakan dan yang terbaik adalah secara berpasangan dan bukan secara individu. Ini bermakna melibatkan bantuan dari suami anda. Kalau bolih ianya ditumpukan kepada punca dysparaeunia ini.

Langkah-langkah yang bolih diambil:


·         Menggunakan pelincir,anestatik setempat,latihan kegel untuk lantai pelvis bagi wanita yang mengalami vaginismus. Ini dapat membantu ‘memecahkan’ kitaran kekejangan otot-otot pada vagina dan pelvis. Rawatan yang berkesan bagi vaginismus adalah kombinasi modifikasi perlakuan,dilatasi vagina dengan alatan dan kaunseling emosi. Salah satu teknik yang digunakan adalah Terapi desensitizasi. Pesakit akan belajar untuk relakkan otot-otot vagina dan emosi secara berperingkat-peringkat sehinggalah penetrasi dan hubungan seksual dapat dilaksanakan.
·         Membanyakkan komunikasi dengan pasangan anda. Anda bolih beritahu pasangan anda apa yang membuatkan anda berasa selesa dan apa yang tidak seperti memperlahankan penetrasi.
·         Modifikasi teknik seksual
Membanyakkan ‘foreplay’ dan melengahkan penetrasi sehingga kegairahan maksimum. Ini dapat membantu meningkatkan lubrikasi semulajadi dan mengurangkan dysparaeunia.
Merubah posisi semasa seks bolih membantu.Contohnya wanita diatas suami dimana posisi ini wanita dapat mengawal penetrasi berapa dalam dan laju supaya dapat memberi keselesaan kepada mereka.
·         Terdapat wanita beranggapan vagina mereka kecil. Tetapi semasa hubungan seks berlaku, vagina akan mengembang 35-40%. Bayangkan vagina sebenarnya bolih menerima kepala bayi sebesar 10 sentimeter jadi ianya bukanlah masalah yang betul.
·         Farmakologi
Bagi wanita yang sukar mendapat pelincir semula ,pelincir atau lubricant seperti k-Y jelly dapat menbantu. Krim hormone estrogen bolih digunakan bagi wanita yang telah menopos bagi menyegarkan kulit vagina.Selain itu hormone gantian juga bolih digunakan.
Wanita yang mengalami sukar mencapai kegairahan, sildefil(Viagra) ada di gunakan untuk meransang klitoris.
Suntikan steroid dan anestatik pada parut episiotomy yang sakit bolih membantu untuk sementara waktu.
Bagi  inflamasi atau jangkitan kuman ,rawatan adalah khusus untuk masalah ini.
·         Surgeri
Rawatan ini cara yang terakhir di gunakan kalaulah cara lain itu gagal.
Laparaskopi dapat merawat penyakit didalam pelvis seperti ‘adhesions’ kerana jangkitan kuman atau endometriosis. Selepas histerektomi terdapat kes dimana ovary-ovary ini tersepit dibelakang vagina. Laparaskopi dapat mengalihkan ovary-ovari ketempat lain.
Kadangkala, parut episiotomy yang lama itu perlu dibaiki dan membuang parut-parut lama yang sakit. Luka episiotomy yang baru akan pulih dengan baik tanpa sakit bila bersama.

Kesimpulannya,wanita yang mengalami masalah sakit semasa seks perlu kedepan untuk mendapatkan rawatan kerana kalau berdiam diri tidak akan dapat menyelesaikan masalah.


3 comments:

  1. Informasi tentang pnyakit tsb hrs memasarakat shingga banyak yang mengetahui dan memahaminya karna klau itu tdk d mngerti oleh pasangan penderita bisa mengakibatkan keretakan dlm rumahtangga seseorsng.terima kasih

    ReplyDelete