Followers

Tuesday 12 June 2012

Part 2:Diabetis dan kehamilan



Bahagian 1, saya telah jelaskan mengenai diabetis yang telah sedia-ada/established dan kesannya kepada kehamilan dan juga kesan kehamilan kepada diabetis itu sendiri. Bilangan pesakit diabetis yang hamil adalah kecil kalau dibandingkan dengan bilangan diabetis terjadi semasa hamil atau gestational diabetes. Pesakit diabetis kronik yang mengalami  komplikasi-komplikasi diabetis seperti kegagalan buah pinggang(nephropathy),kerosakan retina mata(retinopathy),kerosakan urat saraf(neuropathy),kehamilan menyebabkan komplikasi-komplikasi medical mereka menjadi lebih serius.
Bahagian 2 ini saya akan bincangkan masalah ‘Gestational Diabetes(GD)’ atau Diabetis Kehamilan.
Diabetis Kehamilan adalah diabetis yang terjadi semasa hamil sahaja. Selepas bersalin diabetis akan hilang dan berulang lagi pada kehamilan yang lain-lain. Lebih kurang 20-30% mengalami diabetis semasa hamil,sebenarnya adalah pesakit diabetis type 1 atau 2 yang tidak diketahui sebelum ini. Pada bahagian 1 saya ada terangkan yang semua wanita hamil mempunyai potensi untuk mendapat diabetis olih kerana hormon-hormon diabetogenik yang dihasilkan dari plasenta.
Siapakah diantara ibu-ibu hamil yang akan dapat diabetis?
Untuk kita lakukan saringan diabetis untuk semua wanita hamil adalah tidak praktikal dan ekonomikal. WHO pun tidak menggalakkan saringan secara universal tetapi menggunakan saringan secara selektif berpandukan kepada factor-faktor risiko.
Apakah faktor-faktor risiko untuk GD?
1.       Sejarah keluarga: persaudaraan degree pertama seperti ibu
2.       Obesiti(BMI >30), berat badan > 85 kg
3.       Umur > 35 tahun
4.       Pernah melahirkan anak besar(>4 kg)
5.       Pernah mengalami kematian bayi dalam perut
6.       Pernah mengalami GD sebelum ini
7.       Sindrom Polisistik Ovari(PCOS)
8.       Kehamilan ini mengalami polyhydramnios(air ketuban berlebihan)
9.       Kehamilan ini terdapat 2 kali glycosuria(air kencing mengandungi gula)
10.   Ujian glukosa dalam darah secara rawak
a.       > 5.5 mmol/L semasa berpuasa atau 2 jam selepas makan
b.      >7.0 mmol/L 2 jam sebelum makan
Jika anda mempunyai faktor-faktor risiko seperti di atas, anda akan di uji dengan Ujian Oral Tolenrasi Glukosa(Oral Glucose Tolerance Test(OGTT/MOGTT))

Bagaimanakan ujian MOGTT ini di lakukan?

Ujian ini  biasanya di lakukan pada minggu 26 hingga 28 tetapi ada juga doktor/jururawat melakukan lebih awal lagi. Jika ujian awal MOGTT adalah normal, doctor akan ulang lagi sekali pada minggu 26 hingga 28 dan ada juga yang masih ulang pada 34 minggu jika MOGTT 26-28 minggu juga normal. Bagi saya minggu 26-28 sudah mencukupi kalau ianya normal.
Caranya:
·         Anda akan berpuasa semalaman,minimum 8 jam.
·         Merokok tidak dibenarkan.
·         Di makmal, Fasting blood sugar(FBS) akan diambil.
·         Selepas itu anda perlu minum segelas air yang telah dicampur 75 gm glukosa. Anda perlu habiskan kesemua air tadi daam masa 20-30 minit.
·         Selepas 2 jam, 2 hour Post-prandial blood sugar(2hPP)akan diambil.
·         Selepas darah diambil anda bolih bersarapan pagi.
Nota: Kebiasaannya sesiapa yang diabetis, mereka mempunyai masalah untuk mengembalikan paras glukosa dalam darah ke paras normal selepas di berikan gula.
Keputusan:
·         Diabetis
o   Fasting blood sugar > 6 mmol/L
o   2hPP bloob sugar > 8 mmol/L

Apakah ujian selanjutnya selepas ujian MOGTT menunjukkan anda diabetis?
Setelah ujian MOGTT menunjukkan anda mengalami Gestational diabetes, anda diperlukan membuat beberapa ujian darah lagi untuk ‘melihat’ sepanjang 24 jam adakah paras glukosa dalam darah anda tinggi dari normal.
Terdapat 3 cara:
1.       Pre-meals(4 kali) iaitu sebelum sarapan, makan tengahhari,makan malam dan sebelum tidur( 11 malam)
2.       Post meals(4 kali) iaitu 2 jam selepas sarapan,makan tengah hari,makan malam dan 11 malam.
3.       Pre dan Post meals( 7 kali)
Nota: Jika keputusan post-meals digunakan,kawalan paras glukosa adalah ketat.
Kawalan paras glukosa yang baik, kesemua keputusan darah pre dan post meals mestilah dibawah 6.8 mmol/L.

Ringkasan rawatan diabetis semasa hamil
·         Melibatkan pelbagai disiplin perubatan iaitu obstetric,pakar diabetis,dietician
·         Cara mengawal diabetis
o   Mengawal permakanan dengan bantuan dietician
o   Menggunakan suntikan Insulin jika kawalan glukosa gagal dengan permakanan atau paras gula yang tinggi.

Pemantauan “Blood Sugar Profiles(BSP)”/Profil Gula dalam Darah
Pemantauan ini di lakukan setiap 2 minggu bagi mereka yang menggunakan Insulin atau BSP yang lalu tidak memuaskan. BSP ini seperti yang telah jelaskan seperti diatas bolih terdiri dari 4 poin iaitu pre-meals ataupun post-meals. Ada juga doctor buat 7 poin. Disamping itu ujian darah HbA1c setiap bulan dapat mengukur purata kawalan diabetis 3 bulan sebelum.
Terdapat dua cara:
1.       Hospital monitoring-Kemasukkan ke hospital setiap 2 minggu untuk BSP dan dos Insulin di ubahsuai mengikut paras gula dalam darah.
2.       Home monitoring- Ini memerlukan anda membeli/meminjam glucometer(alat mengukur gula dalam darah termasuk jarum dan lancet untuk mengambil darah dari jari). Cara ini mudah dan baik kerana anda terlibat dalam mengawal selia darah anda sendiri. Suntikan Insulin pesakit bolih di ubah mengikut paras glukosa. Segala masalah pesakit bolih menghubungi doctor/jururawat yang bertanggung jawab. Segala keputusan darah akan direkodkan dalam buku diabetis.
Imbasan ultrasound untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi setiap 2 minggu.Ultrasound juga dapat memantau kes-kes polyhydramnios dan makrosomia. Ianya juga untuk melihat sebarang kecacatan pada bayi.Risiko kecacatan meningkat jika diabetis tidak terkawal.

Bilakah ibu-ibu diabetis akan melahirkan?
Jika ibu-ibu tidak mempunyai komplikasi semasa hamil,kawalan diabetis yang elok tanpa suntikan Insulin,bayi cukup bulan dan berat badan mencukupi,kebiasaannya mereka akan di ‘induce’ pada minggu 38 hingga 40. Kami tidak membenarkan lebih hari.
Jika ibu-ibu mempunyai komplikasi semasa hamil seperti makrosomia,polyhydramnios,menggunakan suntikan Insulin,darah tinggi,mereka di induce pada minggu 38.

Bagaimanakah caranya ibu-ibu diabetis melahirkan?
Bersalin normal adalah cara bersalin pilihan.Semasa di bilik bersalin CTG di gunakan untuk memantau bayi.
Elektif caesarean bagi bayi-bayi yang besar.Anak besar mempunyai risiko ‘shoulder dystocia’.

Penjagaan semasa lepas bersalin
Selepas bersalin,penggunaan Insulin menurun dengan mendadak dan ibu-ibu tidak perlu lagi menggunakannya kecuali paras gula masih lagi tinggi. Penyusuan badan tidak mempunyai apa-apa masalah.
MOGTT akan di ulang selepas 6 minggu bersalin. Terdapat ibu-ibu yang MOGTT mereka tidak normal. Mereka ini akan di rujuk pada klinik diabetis.

Masa depan ibu-ibu yang diabetis semasa hamil
.
Ibu-ibu yang diabetis semasa hamil mempunyai 50% risiko akan mendapat diabetis type 2 dalam masa 25 tahun. Olih kerana itu,mereka  mestilah sentisa aktif secara fizikal dan mengelakkan obesity dari terjadi. Dengan ini dapat mengurangkan risiko diabetis bila tua nanti.


Part 3: Suplimentri(Apakah komplikasi-komplikasi diabetis semasa hamil?)



12 comments:

  1. Salam Doktor

    Berapa penambahan normal bg seorang wanita mengandung selama 40W..sebab pengalaman sy mengandungkan kedua-dua anak sy, sy cuma mengalami penambahan berat badan sebanyak 7kg sahaja. 1st baby 2.4kg (36W4D) 2nd baby 2.52kg (37W2D)..adakah ianya penambahan berat sy normal kerana sy pernah jmpe seorang doktor di tempat sy buat check-up..normal berat seorang ibu mengandung akan mengalami berat sebanyak 12kg..boleh doktor jelaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Purata 14 hingga 16 kg semasa hamil tetapi ada juga seperti puan 5 hingga 7 kg. Purata naik berat badan 500gm seminggu, Bagi saya tidak perlu takut. Saiz anak-anak puan semula jadi bersaiz kecil. Walaupuntidak sampai berat yang 'normal' pertumbuhan bayi itulah yang paling penting dari berat ibu.

      Delete
  2. salam, sy mengandung ank ke 3 msk 30 minggu. ank 1, ada diabetis kena insulin selama sbln, lahir ceaser berat 2.94 (brt sy naik 6 kg). ank 2 tiada diabetis, lahir normal 3.17 (berat naik 7kg). hamil kali ini dah 4x buat BSP (ambik darah 4x sehari x4 =16x)dalm 16x itu ada 2 yg agak tinggi 7.3 dan 7.0. adakah saya dikira mempunyai diabetis bg kandungan ke3 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa MOGTT pasti kategori diabetis sebab itu kena buat BSP. Walaupun 4 kali BSP normal, puan tetap dilabelkan diabetis tapi BSP normal.

      Delete
    2. salam, terima kasih. blog yg banyak membantu malah sy war-war kan pada semua tntng blog doc coz byk info. thanks

      Delete
  3. Salam doktor, saya rasa keliru.. adakah semua ibu hamil akan melalui ujian MGTT ini ? Ataupun yang berisiko tinggi seperti disebutkan di atas sahaja?

    Lagi satu, betul ke orang cakap imbasan ultrasound tak elok dibuat selalu ? Tq doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak wajib melainkan anda mempunyai risiko risiko yg telah saya jelaskan. Tidak ekonomikal untuk saringan semua ibu kerana peratus ibu hamil yang diabetik adalh kecil. Usound secara teori bolih menyebabkan tisu tisu atau sel sel rosak. Ianya adalah mikrowave. Tetapi secara praktikalnya, ianya adalah amat selamat.

      Delete
  4. Askm. Saya hamil minggu yang ke 34. Pertambahan berat melebihi 1Kg dlm masa 2 minggu mybbkan saya perlu menjalani mogtt. Hasilnya fbs5.0mmol dan selepas 2jam dan minum a.gula bacaan naik ke 8.1mmol.Adakah saya GDM kritikal. minta pjelasan dan apakah kesan ke atas kandungan.

    ReplyDelete
  5. salam dr..sya hamil minggu ke 35. bsp saya naik 6.7/6.8/6.5/7.2. sblum ini normal. adakah sya kn inject insulin? trima ksih.

    ReplyDelete
  6. salam doktor... saya baru melakukan ujian MOGTT. result saya ketika berpuasa 4.6 mmol and selepas minum air gula 7.5mmol. Adakah saya dikatakan mempunyai diabetis ketika mengandung dan perlukah melakukan BSP berkala?

    ReplyDelete
  7. As' salam doc..sy dah kene minum air gula tu n hasilnya tinggi.jd sy dikehendaki mmbuat BSP.paras gula pd waktu pg 5.2mmol tp utk 3 kali lg (tgh hari, ptg n mlm) semua under 5mmol.so sy nk tau,5.2 tu normal or x.? Terima kasih

    ReplyDelete