Followers

Thursday 31 May 2012

Discaj/Keputihan berbau, Apakah puncanya?




Kadangkala terdapat wanita yang datang ke-kelinik saya mengatakan discaj mereka berbau. Ini menyebabkan mereka amat peka pada orang dikeliling mereka takut-takut juga terbau sama. Ada juga yang takut untuk bersama dengan suami,yalah takut suami pun tahu. Kebanyakkan discaj biasa walaupun dijangkiti kulat atau bakteria tidak memberikan bau sepertimana jangkitan Bakteria Vaginosis(BV).
Bagaimana Bakterial Vaginosis bolih terjadi?
Semulajadinya,kuman Lacktobacilli dalam vagina akan menghasilkan asid tang tinggi bagi mencegah kuman-kuman lain dari membiak. Ini adalah perlindunga semulajadi wanita. Sebarang keadaan yang bolih menggangu kehidupan lactobacilli ini contohnya antibiotic,diabetes akan menyebabkan perlindungan semulajadi ini hilang. Akibatnya pelbagai-bagai kuman akan mengambil peluang untuk hidup dan menyebabkan discaj yang luarbiasa.
Apakah yang menyebabkan BV membiak tidak diketahui dengan jelas tetapi ianya didapati lebih kerap kepada sesiapa yang melakukan D&C,pemakai IUCD dan mereka yang mendapat penyakit inflamatori pelvis.(PID). BV bukan dibawa olih hubungan seksual dan kerana itu anda tidak perlu takut jika suami dijangkiti kuman-kuman BV.
BV terdiri dari campuran kuman-kuman anaerobes termasuklah Gardnerella dan Mycoplasma hominis.
Apakah simtom-simton jangkitan BV?
Anda mungkin tidak mempunyai apa-apa simtom dan selalunya kami jumpai pada ujian Pap smear. Walaupun tidak mempunyai simtom,kami akan beri rawatan juga. Kebanyakkan jangkitan BV biasa akan menyebabkan discaj yang banyak,kelabu-keputihan,bau yang tidak menyenangkan seperti bau ‘ikan’ busuk. Bau ini berpunca dari amines yang dikeluarkan hasil dari proteolysis bakteria. Bau ini membuatkan wanita berasa ‘stress’.
Bagaimana kita tahu masalah ini berpunca dari  BV?
Sekarang terdapat ujian khusus untuk BV yang bolih dilakukan ‘on-the-spot’. Ianya melibatkan pengambilan disay dan di paliskan diatas kit ujian tersebut.
Ujian lain adalah:
·         Ujian kertas pH, discaj adalah alkali(pH >5.5). Discaj semula jadi vagina adalah asidik.
·         Jika kita campurkan 10% potassium hydroxide pada discaj, ia akan mengeluarkan bau ‘ikan’ yang tipikal.
·         Pada slaid-slaid Pap smear,terdapat ‘clue cells’ iaitu bakteria ini melekat pada didnding sel.
Apakah komplikasi BV?
Selain ianya menyebabkan gangguan psikologi,ianya  menyebabkan peningkatan jangkitan pelvis selepas pembedahan ginekologi.
Apakah implikasi jangkitan BV semasa hamil?
Jangkitan BV meningkatkan risiko:
·         Keguguran
·         Air ketuban pecah awal/pra-matang.
·         Kelahiran pra-matang
Apakah rawatan BV?
Jangkitan BV bolih hilang secara spontan tanpa rawatan . Walaupun jangkitan BV dapat dirawat sepenuhnya, BV bolih berulang lagi pada kadar yang tinggi. Kebanyakkan wanita lebih suka di beri rawatan disebabkan ketidak selesaan baunya,
Rawatan BV memerlukan pengambilan antibiotk Metronodazole dan krim Cindamycin untuk disapukan pada vagina.
Kesimpulannya,jika anda mempunyai masalah discaj berbau berjumpalah dengan doctor untuk pemeriksaan dan juga Pap smear kalau tidak pernah lakukan. Rawatanya mudah dengan

5 comments:

  1. Doktor, saya rasa gumbira bila dapat membaca salah sorang doktor yang berpengalama seperti doc ni. really appreciate it.
    saya cuma nak tanya simple soalan. i am 26 weeks pregnant for 2nd baby, and tis week the bb breech. but my doc said ada peluang tuk pusing di bawah. dan peluang tu masih cerah kan doc? maybe doc bole buat entry tuk itu. dan entry epidural juga menarik tuk di kongsi. TQ Doc.

    ReplyDelete
  2. Salam smms,Thank you.i'm really honoured for all your support. I decided to blog in bahasa because tak ada banyak informations on pregnancy and gynae. So i gamble je. selagi ada ayng minat nak membaca I will continue writhing.
    Still very early for your baby to turn. It is so common at 26 weeks. Tak perlu takut. By 38 weeks,only 3 % baby still in breech position. Banyak peluang lagi. If im not mistaken ada entri pasal breech. cuba 'korek' entri lama. Pasal epidural dah ada, Tajuk: Aduh mak sakitnya

    ReplyDelete
  3. tq so much for your reply doc. really appreciate it. now i feel more comfort from ur kind answer. ple

    ReplyDelete
  4. salam doc..saya nak tanya..di salur kemaluan saya seperti berwarna putih,adakah ia keputihan? Dan di tepi lubang vagina itu terdapat seperti satu bisul, tapi tidak sakit..cuma saya confius..apakah ia bisul @ ketulan? Dan doc boleh kah terangkan secara terperinci tanda-tanda penyakit gonorea?

    ReplyDelete
  5. Doktor,saya sudah hamil masuk minggu ke-11 dan saya dapati ada keputihan yang berwarna kekuningan dari awal kandungan hingga sekarang yang mana semakin banyak.Apakah ini akan menganggu kandungan saya?

    ReplyDelete