Followers

Wednesday 2 May 2012

Fobia tentang keputihan yang berbau akan menggugat hubungan suami-isteri


Doktor,

Saya ibu berumur 33 tahun, ada 5 org anak yang berumur antara 12thn - 4thn dan bekerja di Jabatan Kerajaan. Saya juga memakan pil perancang keluarga Mercillon selepas anak ke-5 saya yang kini berusia 4 thn 3 bln.
Masalah saya ialah sejak awal 2010, saya mula mengalami keputihan. Keputihan saya sedikit pada mulanya dan bewarna putih cair serta akan hadir antara 2-3 hari dalam sebulan. Sehinggalah pada pertengahan tahun 2010, keputihan saya semakin banyak malah boleh dikatakan setiap hari ada. Kadang-kala bewarna kekuningan, coklat, seperti nanah pekat dan gatal-gatal sehinggalah saya terpaksa menggunakan pantiliners kerna merasa tidak selesa. Dan ianya berbau yang kurang menyenangkan saya sendiri walaupun saya memakai pantiliners. Kadang-kala, saya rasa kesakitan di bahagian ari-ari saya dan juga perut seperti urat mengejang. Keadaan ini menyebabkan saya malu untuk banyak bergerak di pejabat kerana takut bau kurang menyenangkan tersebut mengganggu. Hubungan intim dengan suami juga saya jarang lakukan kerana saya malu dan saya terpaksa beritahu suami keadaan saya sebenarnya dan bukanlah kerana saya menolak tanpa sebab. Saya kasihankan suami tapi dalam masa yang sama saya tidak mahu suami rasa tak selesa dengan keadaan keadaan saya. Keadaan ini juga menyulitkan saya untuk berbuat ibadah solat dan saya terpaksa bersihkan alat sulit saya setiap kali sebelum solat atau bersama suami. Suami pernah menasihatkan saya supaya membuat pemeriksaan doktor, tetapi saya malu dan merasa takut.
Kali terakhir saya melakukan ujian pangkal rahim pap smear ialah pada Disember 2009.
Apa pendapat doktor tentang masalah saya ni dan apa yang harus saya lakukan.

Assalamualaikum puan,
Pendapat saya sama dengan pendapat suami puan. Mudah sahaja puan perlu berjumpa dengan doctor. Kalau puan boleh menolak perasaan malu dan takut pada masa sekarang, saya rasa puan tentu bersyukur pada masa depan setelah puan mendapat rawatan dengan doctor.
Perkara yang paling saya takut berlaku dikalangan wanita adalah kanser servik. Puan tentu arif yang kanser servik pada masa sekarang banyak berlaku di kalangan wanita-wanita muda dan kanser servik adalah penyebabkan kematian nombor 2 selepas kanser payudara. Walhal saringan awal boleh dilakukan dengan pap smear. Banyak wanita di negara kita ,mereka tidak melakukan pap smear kerana perasaan malu dan takut sakit walaupun mereka tidak pernah mencuba tetapi hanya mendengar dari cakap orang sahaja. Apa yang saya ingin syorkan adalah puan perlu melakukan ujian pap smear ini secara konsisten dan tidak boleh ponteng.
Kanser servik mempunyai simtom-simtom seperti yang puan cakapkan dan diantara simtom-simtom lain adalah discaj berdarah,darah keluar selepas hubungan seksual dan susut berat badan dan kurang selera makan.
Walaupun kanser servik  jarang sekali kalau dibandingkan dengan jangkitan vagina, tetapijika ada  ianya akan memberikan kemudaratan lebih teruk kepada puan.
Dari apa yang puan tuliskan ,saya berpendapat mungkin ini adalah jangkitan vagina yang telah merebak kedalam pelvis iaitu bahagian perut. Diperingkat awal 2010, puan mempunyai masalah “erosion” pada bermukaan servik. Pil perancang  boleh menyebabkan pintu servik  yang dinding dalamnya terdiri dari sel-sel endothelium akan terbuka dan terdedah pada infeksi dalam vagina. Discaj dari dinding servik adalah lendir jernih dan banyak dan jika telah dijangkiti infeksi ia bertular menjadi hijau-kekuningan, berbau dan gatal kalau discaj itu banyak. Kalau jangkitan kulat candidiasis discaj merupai yughourt kental dan amat gatal. Jangkitan parasite trichomoniasis juga menyebabkan discaj kehijauan yang banyak dan gatal. Banyak kuman-kuman lain seperti streptococci dan vaginosis boleh menyebabkan discaj yang sama. Jangkitan vaginosis mempunyai discaj berbau seperti ikan busuk. Oleh kerana sukar menentukannya kami akan mengambil contoh discaj ini untuk dihantar kemakmal bagi menentukan punca sebenar. Ujian ini memerlukan puan berjumpa dengan doctor. Setelah diketahui punca kuman itu ,rawatan sebenar dan tepat dapat diberikan.
Apabila infeksi di dalam vagina menjadi serius dan kronik, infeksi tadi akan merebak ke dalam rahim,saluran fallopian dan seterus ke dalam pelvis. Ini di kenali sebagai Penyakit Inflamatori Pelvis(PID).Tanda-tanda PID adalah sakit dibahagian ari-ari terutama bila di tekan,berasa demam yag tidak kebah dan discaj berupa “nanah”. Darah haid semasa PID ini selalunya banyak daripada biasa,panjang dan berketul. Rawatan nya mudah dengan mengambil antibiotic sama ada dalam bentuk tablet dalam kes-kes kecil dan sederhana duntikan melalui darah kalau  kes-kes yang serius.
PID kalau tidak dirawat denan sgan betul boleh menyebabkan nanah terjadi dalam pelvis dan juga saluran fallopian. Jangkitan PID boleh menyebabkan saluran fallopian tersumbat dan sukar untuk puan  mengandong lagi. PID juga boleh menyebabkan sakit pada perut berpanjangan.
Oleh itu untuk kebaikan puan dari segi kebersihan diri,kebahagian rumah tangga saya syorkan puan berjumpa dengan doctor dengan segera. Puan akan berterima kasih pada suami puan kerana membantu puan menyelesaikan masalah ini dengan segera.

4 comments:

  1. doc,apakah kluar sdikit pdarahan slps bsama suami juga simptom2 kanser serviks wlupun tdk sakit? sbnarnya ia bpunca dr apa?klu lakukan ujian pap smear sakit tak?risaw la...

    ReplyDelete
  2. salah satu simtom kanser servik adalah berdarah selepas bersama. .Tapi banyak punca lain. Eloklah dilakukan papsmear segera. Tak sakit

    ReplyDelete
  3. kmarin sy da rujuk kat klinik kerajaan...dia suru sy dtg slpas habis haid 14 hari.. rawatan ni perlukan kos yg besar tak doc?klu boleh sy skaligus nak buat rawatan susulan klu2 tiub fallopian sy tersumbat..sbb da 4tahun kawin slps kali ptama kguguran,smpi skg x hamil lg... :(

    ReplyDelete
  4. Saya mengalami discaj hijau kekuningan dan kenyal serta berbau..kadang kala ia terasa seperti air kencing yg pnas..saya terpaksa memkai pantiliners setiap hari untuk mengelakan cecair tersebut terkena pada selua..dan ia menyebab kan bau yg kurg mnyenangkan yg kuat.adakah ity tnda2 knser serviks?dan apakah peluang sya untuk mengandung?

    ReplyDelete