Saya berusia 24 tahun..Sy ingin meminta pandangan drpd
Dr.Suhaimi Isa mengenai persoalan yang akan sy tujukan..InsyaAllah sy akan
melangsungkan perkahwinan pada bulan jun tahun ini..Selepas sebulan majlis akad
nikah, bakal suami dan sy akan duduk berjauhan kerana bakal suami bekerja di
luar negara dan hanya akan pulang ke msia sekali sekala.Sy n bakal suami ade berbincang
mengenai merancang keluarga memandangkan faktor kerja yang tidak berapa
mengizinkan kami tinggal bersama..Kami sebolehnye mahu merancang untuk tidak
mempunyai anak dalam waktu terdekat ini.
Soalan nya, apakah
nasihat yang terbaik drpd Dr?? Rakan ade mencadangkan memakan PIL PERANCANG
KEHAMILAN kerana rakan sy pernah menggunakannya dan dikatakan bagus untk
perancangan keluarga..
1 ) Apa nasihat DR kaedah terbaik untk sy merancang?? Adakah
benar tidak elok merancang untuk mendapat anak pertama?
2) Apa kebaikan n keburukan memakan pil perancang??
3) Adakah pil
perancang bole dibeli di kedai farmasi? ataupon Dr mencadangkan sy berjumpa
Pakar Puan??
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA...diharap dapat membantu...
Assalamulaikum Saudari
Bagi saya eloklah kalau saudari ingin merancang dahulu
selepas berkahwin kalau saudari dan suami belum bersedia untuk menimang cahaya
mata. Ramai yang masih dalam suasana berbulan madu terpaksa menerima kedatangan orang
ketiga walaupun mereka belum bersedia terutama pasangan yang masih muda.
Eloklah pada waktu tersebut kita menyediakan diri kita untuk mengandong dari segi kesihatan,kewangan dan mental.Tidak salah kalau saudari mahu menangguhkan kehamilan. Bagi saya setiap kehamilan itu mestilah yang diterima dengan ikhlas.
Apakah cara merancang yang baik ?
Bagi kami ada beberapa factor yang kami pertimbangkan sebelum mencadangkan apakah cara yang sesuai .Contohnya umur,bilakah saudari bersedia untuk
mengandong,adalah saudari mempunyai haid yang betul dan tetap dan juga masalah
perubatan yang memerlukan perhatian terlebih dahulu dari doctor perubatan.
Saya berpendapat ada 2 cara yang saya rasa sesuai untuk
saudari iaitu kondom dan pil perancang.
Memandangkan suami saudari pulang sekali sekala kondom
mungkin merupakan pilihan yang “baik”. Ini bermakna saudari tidak perlu
mengambil pil perancang dan mengalami kesan-kesan sampingannya walhal
saudari hanya perlu cegah kehamilan hanya untuk beberapa sahaja dalam
sebulan ketika suami berada dirumah. Bayangkan saudari mengambil pil setiap hari tetapi hubungan kelamin
hanya berlaku sekali sekala dan saya rasa lambat laun saudari akan berasa jemu. TETAPI saudari perlu berhati-hati dan beringat
kerana walaupun hubungan kelamin ini sekali sekala ianya tetap “merbahaya” kerana si suami
terlupa atau sengaja terlupa untuk memakainya kerana tidak sempat! Kalau saudari pun tidak berapa kisah kalau termengandong dan bersedia menerimanya maka ianya
tidak menjadi masalah besar. Kami tahu yang kaedah menggunakan kondom kadar
kehamilan berlaku adalah tinggi.
Kalau saudari benar-benar serius tidak mahu mengandong sehinggalah saudarai bersedia,maka pil perancang adalah terbaik. Kondom dan pil tidak melambatkan saudarai jika mahu mengandong sebaik sahaja memberhentikannya.
Terdapat juga pasangan yang mengamalkan cara mengira calendar
iaitu waktu subur dan ramai juga mengamalkan pancutan diluar vagina. Kedua-dua
kaedah ini saya tidak galakkankalau serius tak mahu mengandong kerana ianya mempunyai kadar kegagalan yang
tinggi.
Kesimpulannya jika saudari benar-benar serius untuk menangguhkan kehamilan
saudari maka ambilah pil perancang yang boleh dibeli dimana-mana
farmasi dan kelinik-kelinik. Pil perancang boleh dibeli secara ‘Over counter”
iaitu tidak perlu surat prekrepsi dari doctor.
Bagi saya untuk mendapat pandangan
dari sudut klinikal tentang kaedah dan risiko setiap cara elak mengandong eloklah
berjumpa dengan doctor pakar. Mengenail kesan sampingan pil tersebut secara
akedemik ahli farmasi dapat memberikan dengan lebih terperinchi.
Diantara kesan sampingan yang dikaitkan dengan penggunaan
pil adalah isu pembekuan darah pada kaki/thrombosis dan kanser payudara dan
servik jika diambil terlalu lama. Kedua-dua risiko adalah terlalu kecil dan
ianya tidak patut dijadikan isu membuatkan saudari perubah fikiran untuk menggunakannya.
Kesan-kesan lain adalah sakit kepala,pening,loya dan kadangkala muntah.
Majoriti wanita tidak ada mengalami masalah seperti ini. Tetapi
kebaikannya pula adalah saudarai akan mengalami kitaran haid yang perfect. Iaitu
tepat pada masanya,pendek,sikit dan tiada senggugut. Complexion muka saudari
lebih cantik dan kurang masalah jerawat.
Kaedah-kaedah lain yang saya rasa kurang sesuai pada wanita
yang belum pernah mengandong adalah:
1.IUCD boleh menyebabkan infeksi kepada saluran fallopian dan
sukar untuk mengandong kemudian hari jika ianya tersumbat.
2.Suntikan hormone ataiu Implanon yang menyebabkan gangguan
pada kitaran haid dan melambatkan saudari unutk mengandong setelah berhentikannya.
Persediaan saudari sementara menunggu ,saya cadangkan saudari mula mengambil
asid foliik dan vitamin-vitamin lain dan yang paling penting jaga berat badan kerana
BMI yang tingggi boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandong. Semuga Berjaya.
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteFadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhật và gửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ