1
Bagaimanakah kita mengetahui pendarahan semasa haid adalah banyak daripada sepatutnya?
Masalah untuk mengukur berapakah jumlah darah yang turun setiap bulan adalah tidak praktikal ,adalah amat subjektif
dan bergantong kepada wanita yang
mengalaminya. Kebiasaannya jumlah darah yang turun semasa haid adalah 30 cc
dalam masa seminggu. Definasi menoragia/perdarahan berlebihan adalahapabila darah haid melebihi dari 80cc dalam seminggu. Adalah tidak mungkin bagi kita mengukur jumlah haid
yang turun setiap bulan. Oleh kerana itu kami menggunakan beberapa petunjuk seperti
jumlah tuala wanita yang digunakan dalam masa sehari atau seminggu,adakah ianya
didatangi dengan ketulan-ketulan darah dan saiznya ,berapa kerap wanita itu
menukar tuala dalam sejam dan juga adakah mereka mengalami susah bernafas dan
cepat mengah bila berjalan kerana kekurangan darah. Kesemua ini adalah terlalu
subjektif dan amat sukar untuk dikuantitikan. Sekiranya ujian darah menunjukkan
wanita itu mengalami anemia/kurang haemoglobin maka diagnosa menoragia mungkin
betul.Kajiselidik menunjukkan sekiranya seseorang wanita itu kehilangan darah lebih
dari 80cc setiap bulan mereka akan mengalami anemia. Sebab lain adalah kekurangan zar besi,folic asid dan vitamin B12. Kesumua disebabkan oleh permakanan.Terdapat beberapa carta
yang kami gunakan bagi pesaki tuntuk menganggarkan jumlah darah yang turun dengan
berpandukan pada gambarajah yang diberi. Segelintir wanita yang terlalu
pembersih mereka beranggapan mereka mengalami menoragia kerana kerap sangat
menukar tuala walaupun hakikatnya jumlah darah haid yang turun adalah normal.
Adakah masalah haid berlebihan ini berlaku hanya pada wanitayang sudah berusia
dan berkahwin saja? Bagaimanakah dengan remaja dan yang belum berkahwin?
Terdapat dua
peringkat umur yang selalu mempunyai masalah menoragia. Kedua-dua peringkat itu adalah pada peringkat remaja bawah 20 tahun dan pada umur melebihi 40an.
Diperingkat umur yang ekstrem ini kerap kami perhatikan merreka mempunyai masalah
perdarahan yang banyak sehingga boleh menganggu kehidupan mereka. Umur
diperingkat pertengahan mereka selalunya mempunyai kitaran haid yang normal.
Perkahwinan tidak mengganggu haid.
Apakah sebab berlakunya pendarahan haid banyak?
Apakah sebab berlakunya pendarahan haid banyak?
Apa yang terjadi adalah gangguan
pada kitaran haid dan ovulasi pada ovari. Kitaran yang normal memerlukan interaksi
hormon dari kelenjar pituitari,ovari dan rahim. Paksi pituitari-ovari-rahim
berjalan normal sekiranya tiada masalah pada salah satu dari 3 ini. Amat jarang sekali
kelenjar pituitar memberi masalah. Masalah berpunca dari ovari adalah punca utama perjalanan haid yang tidak sempurna dan banyak.Umur di peringkat 20 tahun kebawah dan lebih 40 tahun keatas terdapat folikel-folikel/benih-benih telur yang tidak dapat
membesar dengan baik hingga keperingkat ovulasi. Bila tidak ada ovulasi terjadi,maka dinding akan dirangsang terlalu lama dan maksimum kerana folikel-folikel ini akan
menghasil hormon-hormon estrogen yang berlebihan. Dinding rahim atau lapisan endometrium akan menjadi terlalu tebal dan bila luruh ia akan luruh dengan banyak sekali.Darah haid yang banyak ini menjadi ketulan-ketulan darah jika enzim antipembekuan tidak mencukupi dalam rahim.
Rahim bukanlah punca
penting. Fibroid walaupun ramai beranggapan adalah punca menoragia, sebenar
ianya tidak. Fibroid tidak menganggu haid kecuali ianya sudah terlampau besar atau
fibroib ini berada didalam rongga rahim. Tentu sekali jika wanita yang sudah hampir menopos atau telah menopos ,kita kuatir tentang kanser rahim.Oleh kerana itu mereka ini memerlukan penyiasatan untuk diagnosa lebih tepat.
Apakah simptom-simtom lain yang sering dialami wanita/remaja yang mengalami masalah menoragia?
Selain dari menoragia menganggu kehidupan sosial mereka ,mereka juga mengalami simtom-simtom
anemia. Simtom-simtom anemia adalah susah bernafas,tercungap-cungap, letih dan tidak
bermaya terutama semasa berjalan.Mereka ini kelihatan pucat dan selalu pening.
Adakah masalah menoragia hanya berlaku pada wanita yang mengalami kitaran haid tidak tetap setiap bulan?
Kebanyakkan begitu. Mereka yang tidak mempunyai haid yang
tetap, mereka juga mempunyai masalah pada ovari mereka .Jadi tidak hairan kalau mereka
juga mengalami masalah yang sama.
Difahamkan memasang alat interauterine digunakan untuk pencegahan kehamilan amat berpotensi menyebabkan menoragia. Mengapa perkara ini boleh berlaku?
Difahamkan memasang alat interauterine digunakan untuk pencegahan kehamilan amat berpotensi menyebabkan menoragia. Mengapa perkara ini boleh berlaku?
Alat cegah kehamilan IUCD contohnya Cu 250 boleh
menyebabkan perdarahan berlebihan semasa haid tetapi tidaklah sampai keperingkat menoragia. Potensinya memang ada tetapi kalau adapun amat
jarang sekali. Secara praktikalnya ini bukan satu masalah yang
besar bagi pesakit. Saya selalu katakan mereka mungkin memerlukan beberapa keping ekstra tuala wanita sahaja.IUCD ini mempunyai tembaga di kelilingnya bagi memberi kesan
kontraseptif yang lebih berkesan.
Difahamkan terdapat juga alat IUCD iaitu Merina yang dikatakan boleh
membantu mengurangkan pengeluaran haid banyak. Adakah doktor menyarankan
menggunakan
kaedah itu?
kaedah itu?
Saya banyak
menggunakan MIRENA bagi wanita yang mempunyai masalah menoragia dan tidak
mempunyai niat untuk mengandong lagi. Jadi ia amat sesuai bagi mereka dalam 40
tahun keatas. Penggunaan IUCD jenis ini sesuai bagi mereka yang mempunyai rahim
bersaiz normal dan rahim tidak mempunyai masalah lain seperti fibroid . Kaedah
ini sesuai untuk mereka yang berisoko tinggi untuk pembedahan atau mereka tidak mahu
operation dan ingin cuba kaedah yang kurang radikal. Kebanyakkannya wanita boleh menerima serba sedikit masalah yang timbul
dengan menggunakan MIRENA tetapi yang penting mereka dapati haid turun setiap bulan berkurangan.
MIRENA bukan sesuai untuk semua wanita
yang mempunyai masalah yang sama .Paling baik bincang dengan doctor yang
merawat puan.
Adakah kaedah itu disarankan dan sejauh mana keberkesanannya sedangkan alat IUD dikatakan berpotensi menyebabkan haid banyak?
Adakah kaedah itu disarankan dan sejauh mana keberkesanannya sedangkan alat IUD dikatakan berpotensi menyebabkan haid banyak?
IUCD ini terdapat
dalam dua jenis. Yang menyebabkan haid banyak ( bukannya menoragia adalah jenis bertembaga seperti Cu 250,Cu-T dan lain-
lain tetapi MERINA yang mempunyai hormon member kesan yang
berlainan. Ia itu ianya dapat memulihkan menoragia. Tetapi kitaran atau pusingan tidak terjejas. Maknanya kalau haid
tidak tetap, maka menggunakan MERINA juga haid mereka juga tidak akan tetap.
Adakah kaedah itu juga sesuai digunakan oleh golongan remaja yang mengalami masalah haid banyak.
Kalau remaja saya tidak menggunakan MIRENA. Saya lebih banyak menggunakan hormon seperti pil cegah kehamilan yang perlu diambil selama 21
hari .Saya rasa ianya amat sesuai dengan umur mereka dan hormon-hormon didalam pil ini lebih ‘gentle’ pada
mereka. Dengan pengambil pil ini kitaran dan jumlah haid yang turun akan berkurangan. Jika
mereka mempunyai senggugut,senggugut pun akan berkurangan dan ada yang
hilang.Pil ini juga boleh diambil dalam masa yang agak lama dan mempunyai
risiko yang rendah pada remaja.
Apakah rawatan sesuai bagi masalah menoragia?
Apakah rawatan sesuai bagi masalah menoragia?
Masalah menoragia ini bukannya ada satu rawatan untuk semua.
Kita mesti meng"individukan" rawatan kita bergantong pada punca,umur dan
kehendak mereka. Jadi saya rasa mereka patut berbincang dengan doctor mereka
apakah rawatan yang terbaik.
Bagaimanakah wanita/remaja yang mengalami masalah menoragia boleh
memilih atau mengetahui keberkesanan kaedah dipilihnya?
Sukar menentukan mana satu yang "perfect" untuk sesetrang
wanita itu. Selalunya kami akan berikan rawatan yang kami rasa terbaik untuk
mereka tetapi kami tidak menjaminkan ianya benar-benar dapat memulihkan
menoragia. Jika kami gagal kami akan pergi ke langkah kedua. Begitulah
seterusnya. Kerana rawatan terakhir kes-kes menoragia adalah histerektomi iaitu
pembuangan rahim jika menoragiatidak dapat dikawal dengan ubat dan menoragia telah membawa kemudaratan pada pesaki.Tetapi diantaranya terdapat kaedah yang kurang radikal seperti
endometrial ablationm atau resection.Kaedah-kaedah ini dapat menangguhkan histerektomi sebelum menoragia terjadi semula.
Apakah nasihat doktor untuk wanita yang mengalami masalah menoragia?
Apakah nasihat doktor untuk wanita yang mengalami masalah menoragia?
Nasihat
saya senang sahaja. Kalau puan mengalami masalah menoragia, segera berjumpa doctor ginekolog puani. Kami akan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk
melihat system reproduktif puan .Tujuan nya adalah untuk mencari punca dari rahim
seperti fibroid dan kadangkala sista pada ovari. Bagi mereka yang lebih 40
tahun kami syorkan histeroskopi dan D&C untuk mencari punca dalam rongga
rahim seperti fibroid dan polip.D&C kami gunakan untuk mendapatkan sampel dinding rahim bagi tujuan
histologi. Yang penting adalah untuk melihat kalau ada kanser rahim. Kaedah
yang paling konservatif bagi rawatan menoragia adalah menggunakan ubat hormon dan Transamine setiap bulan. Kalau pembedahan yang kurang radikal adalah seperti endometrial
ablation atau resection. Rwatan terakhir dan muktamad adalah histerektomi. Ini adalah
beberapa pilihan yang ada setakat ini dan setiap rawatan mesti di individukan.
----
adakah transamine dan norculat ini pil hormon?
ReplyDelete