Saya ibu berusia 32 tahun
dan mempunyai dua anak lelaki 9 dan 4 tahun. Kini saya hamil enam bulan
dan dalam keadaan yang sihat. Persoalan saya ialah beberapa
minggu lalu, anak sulung mendapat chicken pox diikuti anak kedua dan
begitu juga suami saya yang tidak mempunyai imuniti. Saya bimbang kerana
berkemungkinan saya akan dijangkiti memandangkan tidak pernah mengalami chicken
pox/chengkering sebelum ini. Soalan saya ialah adakah penyakit ini akan
memudaratkan kesihatan saya dan adakah ia akan membahayakan bayi yang
dikandung. Benarkah, penyakit ini lebih menyakitkan apabila dialami orang
dewasa memandangkan keadaan suami saya yang agak seksa. Adakah sudah terlambat
untuk saya mendapatkan vaksin memandangkan saya sedang hamil. Apakah yang harus
saya lakukan. Terima kasih Dr.
Puan Z, Raub
Pada pembaca-pembaca,chicken pox atau
Varicella adalah penyakit berpunca dari virus Varicella zoster yang menyebabkan
seseorang pesakit itu mengalami demam,letih dan ruam-ruam merah dan
berair.Ruam-ruam ini kemudian membentuk gelombong-gelembong air dan pecah
meninggalkan parut. Chicken pox amat mudah merebak kepada orang lain dalam satu keluarga. Ianya merebak
melalui titisan air hingus dan sentuhan pada gelembong-gelombong ruam pada
kulit.
Puan Z, keberangkalian puan boleh
menghidapai chicken pox ini adalah tinggi kerana puan duduk serumah dengan
pembawa penyakit itu. Olehitu puan perlu mengurangkan kontak dengan anak dan suami
puan sehinggalah ruam-ruam merah ini hilang . Penyakit amat mudah berjangkit
bermula dari 2 hari sebelum dan sehinggalah gelombong- gelembong air ini
berparut dan kering. Ini mengambil masa selama 2 minggu. Saya syorkanpuan tidur
berasingan dalam bilik lain untuk sementara waktu.
Chicken pox ini jika jangkiti kepada wanita wanita
hamil, mereka mengalamii lebih banyak risiko jika dibandingkan mereka yang tidak
hamil. Virus Varicella semasa mengandong selalunya lebih serius dan kadangkala boleh
membawa maut akibat dari pneumonia,hepatitis dan jangkitan otak.
Adalah dianggarkan kira-kira 25 peratus bayi dalam
kandongan akan dijangkitan virus ini sekiranya wanita hamil ini
menghidapi chicken pox. Risiko kepada bayi sekiranya pertama
kali si ibu menghidapi chicken pox bergantong kepada usia kandongan itu. Contohnya,jika
usia kandongan itu dibawah 20 minggu, 2 peratus bayi akan mengalami sindrom
varicella iaitu kulit bayi berparut,anggota kaki dan tangan menjadi kecil. Bayi-bayi
ini juga boleh mengalami katarak(lensa mata bayi putih),mikro-optalmia dan korioretinitis. Mereka juga
boleh mengalami kerencatan akal dan mengalami kesukaran mengawal kencing dan berak.Jika jangkitan dialami selepas 20 minggu, bayi dalam kandongan tidak mempunyai apa apa masalah ketika lahirkan.
Jika ibu menghidapi chicken pox
dalam masa 4 minggu sebelum bersalin, adalah dianggarkan 20 peratus bayi yang
dilahirkan akan mengalami infeksi
varicella. Jangkitan yang serius boleh membawa maut kerana pneumonia. Bayi bayi
memerlukan suntikan varicella antibodi selepas dilahirkan.
Jika puan mempunyai risiko tinggi untuk
mendapat chicken pox ini maka saya cadangkan puan berjumpa dengan doctor untuk ujian
antibodi varicella. Jika puan telah ada immuniti, puan tidak perlu risau kerana puan dan bayi puan telah dilindungi. Jika tidak, puan akan diberi suntikan antibodi untuk
melindungi puan dan bayi puan. Masih tidak ada lagi perlalian untuk virus varicella. Apa
yang puan dapat semasa disekolah dahulu adalah pelalian kepada virus rubella
yang menyebabkan German measles.German measles mempunyai lebih banyak risiko
kepada bayi dan dapat dicegah dengan pelalian rubella. Pelalian rubella telah diberi secara percuma semasa puan disekolah menengah dahulu.Oleh kerana itu bagi
mempastikan sama ada ianya rubella atau varicella , maka ujian darah
diperlukan.
No comments:
Post a Comment