Saya ingin bertanya mengenai tahap
kesuburan saya. Saya berkahwin pada Ogos 2006. Selepas 2 tahun saya masih tidak
dikurniakan cahayamata sehinggalah saya mendapatkan rawatan kesuburan. Anak
saya kini berusia 2 tahun.
Untuk pengetahuan Dr, kitaran
haid saya tidak teratur dari awal perkahwinan hingga kini iaitu 30-40 hari
dan mengikut Dr perbidanan, saya tidak punya waktu subur. Dr juga memberitahu
bahawa telur saya tidak matang menyebabkan tidak berlaku percantuman telur
dan sperma. Buat pengetahuan Dr, ujian sperma suami saya normal dari segi
kuantiti, kualiti dan aktiviti.
Ketika rawatan
kesuburan mendapatkan anak pertama saya menjalani ujian HSG untuk
menguji kesihatan tiub fallopian dan ia adalah normal. Saya diberikan pil
hormon Clomid dan suntikan memandangkan percubaan pertama hanya makan pil
hormon tidak berjaya dan menyebabkan rahim saya menipis. Sehinggalah dengan
kuasa Allah saya dapat juga menimang cahaya mata pertama.
Apa yang memusykilkan saya
ialah sehingga kini saya masih berusaha untuk mendapatkan anak kedua tapi
masih tidak berhasil. Saya tidak mengambil pil perancang mahupun implan. Untuk
pengetahuan Dr juga berat badan saya 70kg dengan ketinggian
148cm. Apa yang harus saya lakukan memandangkan kos rawatan kesuburandi klinik@hospital
swasta tinggi dan saya dan suami kakitangan kerajaan yang bergaji rendah.
Adakah saya perlu kembali menjalani rawatan kesuburan seperti cahaya mata
pertama?
K
Lima belas hingga dua puluh peratus
pasangan yang berkahwin mengalami masalah kesuburan. Dalam setahun usia
perkahwinan,di anggarkan 80 peratus pasangan
berjaya mengandong. Masalah kesuburan
ini agak kompleks kerana ianya melibatkan kedua-dua pasangan dan sangat memberi
tekanan fizikal.psikologi dan juga kewangan.
Masalah puan sukar untuk mengandong kali
ini, saya berpendapat adalah masalah ovary puan. Ovari puan mengalami kesukaran
untuk ber ovulasi. Ovulasi bermakna terhasilnya benih-benih atau ova untuk
persenyawaan dengan sperma. Kalau dulu puan telah menjalani ujian HSG dan
didapati ianya berfungsi dan suami puan juga mempunyai sperma yang mencukupi
maka yang bermasalah adalah ovulasi’
Saya berpendapat punca utama adalah puan mempunyai
BMI yang tinggi Saya kira BMI puan adalah 32 dan ini berada dalam kategori
Obesiti 2. Lemak berlebihan dibawah kulit akan sintesis hormone estron iaitu
sejenis hormone estrogen tetapi ovary menghasil hormone estrogen.Mereka
mempunyai fungsi yang berlainan. Walaupun benih-benih dari ovary ini bercambah
setiap bulan, ianya tidak mempunyai kualiti yang baik untuk persenyawaan. Kalau
dikira kitaran haid puan ,ianya panjang dan tidak menentu. Bila ovulasi sukar
berlaku atau tidak berlaku maka kitaran ini agak panjang dan haid turun dengan
banyak.
Kebiasaannya mereka ynag mempunyai kitaran
setiap 28 hari waktu subur bermula dari hari ke 11 dan berakhir pada hari 17
setiap bulan. Puan perlu rekodkan purata kitaran haid puan.Contohnya kitaran
haid puan purata kitaran adalah 35 minggu. Kebiasaanya ovulasi berlaku 14 hari
sebelum haid. Pada tarikh jangkaan ovulasi berlaku puan boleh bersama suami
untuk mencubanya. Di farmasi terdapat set-set penentuan kesuburan yang puan
boleh beli ..
Disini saya cadangkan puan mencuba mengurangkan
kadar BMI puan ketahap yang mana kitaran puan boleh berlaku setiap 28 hari. INi
mungkin memerlukan pengurangan sebanyak 10% dari berat sekarang.Kalau turun
ketahap BMI yang normal iaitu 25 mungkin agak sukar tetapi tidak mustahil. Ada
beberapa pesakit saya bersungguh-sungguh menurunkan berat badan didapati
mengandong tanpa bantuan ubat kesuburan, Begitulah pentingnya perkaitan barat
badan dengan kitaran haid dan kesuburan. Disamping itu puan akan mendapat
kebaikan kesihatan sekiranya puan cergas
dan sihat tanpa penyakit seperti darah tinggi,kencing manis dan kadar
kolesterol ynag tinggi.
Sekiranya puan betul –betul sukar untuk
mengandong selepas BMI puan menjadi normal, kemudian barulah puan mencuba
semula Clomid atau suntikan bagi mengeluarkan benih-benih ini. Puan faham yang
Clomid boleh menyebabkan berat badan meningkat sekira diambil banyak kali. Puan
juga tahu betapa sukarnya doctor unutk menghasilkan benih-benih jika BMI kita
tinggi .Berjumpalah dengan doctor untuk bantuan
Dpt ilmu......
ReplyDeleteTq. Beri tahu kawan jika ianya baik
Deletesaya juga obesiti. tinggi 150cm dengan berat badan 77kg. Kitaran haid tidak menentu dengan purata 33 hari. Masih tidak mengandung setelah 4 bulan berkahwin. Apakah yang harus saya lakukan?
ReplyDeleteSalam LIa,bagi saya berat badan amat penting. Mengikut definasi boleh tunggu 12 bulan baru dikatakan kurang subur.
Delete