Followers

Monday, 16 April 2012

Adakah saya mengandong dengan sista pada ovari?


Saya ingin tahu, baru-baru ini saya telah membuat ujian air kencing di rumah  dan mendapati positif. Period saya telah lewat 8 hari dari waktu period biasa dan saya jarang lewat period. Semasa membuat ujian air kencing tersebut terdapat 2 garisan, garisan kedua tidak begitu pekat. Selain itu, saya juga telah disahkan oleh doktor sebulan yang lepas bahawa saya menghidap sista normal. Adakah saya mengandung??? atau disebabkan penyakit sista tersebut dan saya sebenarnya tidak mengandung. Saya jadi buntu dan keliru....dan sekiranya saya mengandung, adakah ia mengganggu sista yang saya hadapi ini dan bagaimana dengan kandungan saya? semasa saya scan dulu, saiz sista saya 3.5cm adakah sista saya akan membesar bersama pembesaran kandungan saya? Sekiranya saya mengandung. Selain itu, adakah saya perlu menjaga pemakanan saya sekiranya saya mengandung dan perlu banyak rehat? kerana saya bekerja yang memerlukan keluar ke site dan mesyuarat. Sejak kebelakangan ini saya sering sakit pinggang dan perut berdenyut. Adakah ianya normal bagi pesakit seperti saya? Tq.....
Puan S

Assalamulaikum Puan
Penjelasan kepada masalah puan saya akan bahagikan kepada dua:
1.       Puan mengandong dan mempunyai sista ovari
2.       Puan tidak mengandong tetapi mengalami masalah sista ovari dan ujian air kencing positif.
Bagi masalah pertama,ujian air kencing bagi pengesahan mengandong adalah tepat tetapi tidaklah setepat dan sensitive ujian Beta hCG dalam darah(Beta hCG adalah hormon yang dihasil oleh kehamilan). Ujian mengandong sama ada kencing atau darah akan merekodkan keujudan Beta hCG. Bezanya ujian darah dapat merekodkan jumlah atau kadar Beta hCG dalam darah tersebut. Ini bermakna ianya dapat merekodkan kadar yang paling minimum(Positif) tetapi ujian air kencing menunjukkan negative.
Bila ujian air kencing menunjukkan samar-samar atau positif lemah terdapat dua kemungkinan. Pertama ujian ini dilakukan terlalu awal dimana kadar Beta hCG dalam kencing terlalu sedikit kerana kehamilan masih awal. Kalau terlalu awal puan boleh ulang semula dalam masa seminggu. Jika ujian darah dilakukan, positif maka berkemungkinan besar puan mengandong. Ujian darah ini menjadi lebih tepat jika diulang selepas 48 jam kerana kandongan yang normal akan menunjukkan kadar Beta hCG bertambah dua kali ganda. Kemungkinan yang kedua ujian air kencing itu bersifat "False Positive" kerana ujian ini merekodkan hormon LH (Lutenising hormone) yang tinggi dalam air kencing. Hormon LH ini mempunyai struktur molekul yang hampir serupa dengan Beta hCG iaitu hormone kandongan. Jika ujian darah dilakukan, Beta hCG akan negative.
Sekiranya puan mengandong dengan sista ovari sebesar 3.5 cm, majoriti tidak akan membeir apa- apa masalah kepada puan dan juga kandongan puan. Kalau sista ini membesar ia boleh terpulas atau  mengalami "torsion semasa mengandong. Jika ianya berlaku puan akan mengalami kesakitan dibahagian bawah perut,memulas-mulas dan boleh muntah-muntah, Ini memerlukan pembedahan segera bagi membuang sista tersebut.
 Pembedahan ini mempunyai risiko kecil yang kandongan puan boleh mengalami keguguran. Sakit yang puan alami sekarang sukar saya katakan berpunca dari mana kerana pada peringkat awal mengandong pun masalah sakit dibahagian ari-ari dan belakang adalah normal.
Jadi saya cadang kan puan melakukan imbasan  ultrasound semula untuk menentukalau puan didapati mengandong memang digalakkan berihat dan makan makanan yang seimbang tapi puan perlu mengesahkannya daripula dimana puan disahkan tidak mengandong tetapi mempunyai masalah sista ovari yang normal dan  ujian kencing positif. Saya akan sahkan dengan ujian darah paras beta hCG. Kalau paras beta hCG tinggi dalam darah maka kita perlu buat ujian darah untuk melihat petanda-petanda kanser dalam darah. Terdapat beberapa kanser dalam manusia yang mengeluarkan hormone-hormon yang boleh di jumpai dengan ujian darah. Contohnya kanser ovari petanda kanser adalah ujian CA 125,CEA,AFP dan juga  Beta hCG tadi. Disini kita lihat selain dari mengandong, ovari juga boleh menghasilkan Beta hCG. Saya syorkan puan berjumpa doctor untuk ujian selanjutnya seperti yang saya terangkan tadi termasuklah ujian seperti CT scan atau MRI.
Perlu diingat juga jika ujian kencing positif tetapi tidak terdapat kehamilan dalam rahim, kita kena fikirkan  kemungkinan kehamilan duduk diluar atau ektopik.
Rumusannya puan perlu berjumpa dengan doctor pakar ginekologi bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment