Saya
ingin mengetahui kesan jatuh selepas setahun menjalani pembedahan buang
ketumbuhan rahim yang mana seluruh sistem peranakan dari ovari sehingga rahim
telah dibuang. Baru-baru ini saya terjatuh tiba-tiba kerana serasa
pening dan seolah hilang rasa di bahagian kaki . Kesakitan kerana urat
membengkak menyebabkan saya pitam, tidur seperti berayun dan air keluar di
bahagian liang vargina disertai rasa sakit perut malah sudah lima hari keadaan
pening dan tidak bermaya disertai rasa seperti demam mengganggu kesihatan saya
selepas jatuh.
Soalan
saya:
Adakah
kesemua masalah ini adalah kesan akibat jatuh dan apakah ia berkaitan dengan
pembuangan rahim dan ovari dan adakah ia merbahaya kepada saya kerana saya
telah jatuh dua kali selepas menjalani pembuangan rahim yang mana seolah hilang
rasa dibahagian kaki dan pening tiba-tiba.
L
Assalamulaikum Puan L,
Jawapan kepada masalah soalan puan boleh
dilihat dari dua sudut.
1.Dari sudut ginekologi,selepas seseorang
itu membuat pembedahan membuang kedua-dua ovary dan rahim,mereka akan mengalami
menopos. Ada orang akan mengalami simtom-simtom menopos sebaik sahaja
pembedahan dilakukan.Ini biasa dalam masa sebulan selepas pembedahan. Ada juga
yang mengalami simtom menopos lambat seperti setahun selepas pembedahan.
Simtom-simtom menopos adalah tidak khusus. Maksudnya simtom seperti cepat
keletihan,tidak bertenaga dan lesu,cepat marah bukannya simtom menopos sahaja. Perasaan tidak sihat
seperti saya sebutkan tadi semakain ketara setiap bulan. Cepat berasa
pitam,pening mungkin beberapa simtom yang boleh terjadi. Bila puan merasa seperti
berayun dan dunia mula berpusing sebab itulah puan terjatuh. Sekira
simtom-simtom ini disebabkan oleh menopos maka pemgambilan hormone gantian
dapat membantu puan.
2. Dari sudut medical pula ada beberapa
sebab puan mudah pening dan pitam. Organ yang penting dalam menjamin kestabilan
kita bila berjalan, bangun dan lain-lain adalah terdapat didalam telinga. Ini
bermakna jika puan mengalami masalah telinga contohnya bernanah maka ada orang
akan mengalami ketidakstabilan bila berjalan. Maka puan perlu berjumpa doctor
telinga unutk pemeriksaan.
Terdapat ramai warga emas mengalami masalah
selalu pening dan pitam dan kadangkala tumbang. Apabila pemeriksaan termasuk
ujian darah tinggi atau imbasan otak dilakukan, kami dapati mereka ini tidak
menghidapi apa-apa masalah perubatan Ini mungkin berpunca dari kurangnya aliran
darah keotak. Selain dari itu beberapa ujian lain seperti kencing manis perlu
dilakukan kerana hipoglisemia iaitu kekurangan gula boleh menyebabkan pitam.
Disini
saya cadanglan puan berjumpa doctor untuk penyiasatan darah dan juga imbasan
ultrasound serta imbasan otak. Kalau tidak terdapatnya apa-apa masalah, saya
rasa ubat untuk membantu melancarkan perjalanan darah ke otak boleh digunakan.
Masalannya gingo biloba . Ambil kesempatan untuk melakukan saringan kesihatan
sepenuhnya pada waktu termasuklah pap smear,mammografi dan jantung.
Assalamualaikum...
ReplyDeletemaaf ye...saya tak pasti sama ada ruangan ini sesuai atau tidak dengan soalan yang mahu ajukan ini...
Saya ibu kepada 2 orang anak berumur 34 tahun. Lebih kurang 3 minggu yang lalu saya mengalami sakit perut yang amat sangat di bahagian sebelah kiri..
Doktor mengesaki saya mengalami apendiks...semasa pembedahan apendik dijalankan doktor mendapati kelainan pada telor saya. maka pakar sakit puan telah dipanggil bagi mengesahkannya...mereka mengatakan bahawa telor sebelah kanan saya telah rosak dan keadaannya sudah terbelit disalurannya...mungkin telor itu terbelit dengan salur tiub fallopio..itulah yg saya faham..dan ia perlu dibuang kerana tiada fungsi lagi..
saya dimaklumkan telor saya dibuang setelah saya sedar kerana diberi bius penuh... esoknya nya doktor memberitahu perkara yg sebenarnya itu..tapi telor sebelah kiri saya masih sihat dan dia kata saya masih boleh hamil dan period seperti biasa...
Soalan saya :
Mengapa keadaan ini boleh berlaku... adakah disebabkan faktor pemakanan atau sebab2 lain.
Masihkah saya masih selamat untuk hamil lagi atau mungkin ada risiko2 lain yang perlu saya hadapi..
Jika saya boleh hamil berapakan jarak/tempoh yang sesuai selepas pembedahan ini..?
Sekian, terima kasih...harap dapat memberikan jawaban...
Ibu saya merupakan pesakit cancer Entrometrosis(6 thn lepas) dan Breast Ca (4 thn lepas). Disebabkan Family History yang strong, boleh di katakan keseluruhan adik-beradik ibu saya mempunyai Kes cancer dan kematian juga drp punca tersebut. Adik lelakinya mengidap penyakit NPC Ca, malah adik perempuan pula Ca Rahim.(pakcik telah meninggal & makcik ngan juga meninggal) Baru-baru ini, makcik saya yang keempat di dapati mengidap Cancer Rahim dan telah merebak ke usus besar. Drp pembualan saya dgn doktor pembedahan, Stage cancernya adalah Stage IV berdasarkan pengalaman doktor semasa pembedahan walaupun tumor biopsy belum diketahui resultnya lagi. Di sini, saya ingin bertanya kepada doktor, bolehkah saya meminta utk membuat pembedahan membuang rahim (keseluruhan) sedangkan saya belum lagi mempunyai sebarang tanda-tanda Ca? Bolehkan saya memohon di Hospital kerajaan sedangkan saya tidak berkemampuan utk melakukan pembedahan di swasta? Dr drp GHKL (Onkologi) pernah memberitahu saya, peluang saya dan adik beradik adalah amat tinggi dan juga faktor yang kedua (kes makcik saya yg baru-baru ini) telah mendorong saya mempunyai keputusan tersebut. Saya betul-betul berharap, doktor boleh memberi serba-sedikit komen di atas pendapat saya ini.
ReplyDeletePada 17/4/2014 buat pembedahan buang rahim dan kedua dua ovari serta tiub fillopia kerana penyakit DUV (monohargia). Pada 8hb May ( masih belum sebulan) saya berasa pening kepala,sakit dada dan tengkuk,pinggang terasa sakit,lengan belah kiri berasa lenguh dan setiap kali saya makan badan saya akan keluar peluh dengan banyak. Saya sangat bimbang kenapa diri saya jadi begini. Adakah saya perlu berjumpa doktor atau ini adalah simtom menopos? Saya perlukan jawapan dengan segera..
ReplyDeleteSaya suka content blog ini yang banyak berkisar mengenai kami sebagai wanita yang banyak keliru kerana bermacam fakta mengenai cyst dan fibroid. Thanks dengan info-info yang berguna ni.
ReplyDeleteSaya ada rawatan alternatif yg selamat dan berkesan.more info wasap 0195555380 (cikgu na)
ReplyDeleteSaya ada rawatan alternatif yg selamat dan berkesan.more info wasap 0195555380 (cikgu na)
ReplyDeleteibu saya baru 11 hari mnjalani pmbuangn uterus ,ovari dn salur filopian,
ReplyDeleteselepas pmbedahn
ibu kerap rasa ngilu dlm perut wlpn ketika baring @ berehat.
ada juga titisan darah keluar dari faraj ..x bnyak ttpi tetap ada bbrape titisan dlm sehari
soalan saya : Adakah ini normal dlm proses pnyembuhan...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete