Followers

Monday, 16 April 2012

18 tahun mempunyai fibroid



ASLAMUALAIKUM DOKTOR...
SAYA BERUSIA 18 TAHUN DAN MENGALAMI KETUMBUHAN DALAM RAHIM.SELEPAS MELAKUKAN SCAN DOKTOR MEnGESAHKAN ADA KETULAN DALAM RAHIM SAYA...DAN ADA KEMUNGKINAN
IA ADALAH FIBROID...APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN JIKA ,DOKTOR INGIN MEMBUAT PEMBEDAHAN PADA SAYA...DAN BAGAIMANA PULA DENGAN RAHIM SAYA...KETULAN ITU MASIH LAGI KECIL...SAYA BELUM LAGI BERKAHWIN...SAYA RISAU AKAN MENGANGGU MASALAH KESUBURAN SAYA....SAYA HARAP DOKTOR DAPAT MEMBERI SAYA INFO DAN CADANGAN TENTANG MASALAH YANG SAYA HADAPI INI....SAYA HARAP DOKTOR DAPAT MEMBALAS EMEL SAYA INI

N,MELAKA

Pertama kali apakah sebenarnya diagnosis ketulan itu sekiranya ada. Bagi mempastikan sama ada saudari betul-betul mempunyai ketulan fibroid,saya cadangkan lakukan imbasan CT atau MRI sebelum pembedahan dilakukan. CT dan MRI dapat merekodkan dengan lebih tepat ketulan-ketulan sebesar 1 sentimeter dan ianya juga dapat membantu berapakah jumlah ketulan ini dan juga dapat membezakan fibroid dan adenomyosis dengan lebih tepat.
Kedua-duanyafibroid dan adenomyosis membentuk ketulan dalam dinding rahim tetapi rawatannya adalah amat berbeza. Fibroid  boleh dibuang dengan myomectomi tetapi adenomyosis kadangkala memerlukan pembuangan rahim sekali!
 Keduanya, katakanlah ketulan itu fibroid,masih kecil,satu sahaja dan tidak memberi apa-apa masalah pada saudari,saya rasa tidak perlu lakukan apa-apa.Cukup pemantauan dengan ultrasound setiap tahun. . Masalah fibroid kalau ianya besar adalah darah haid yang banyak,sakit dan tekanan kepada pundi kencing menyebabkan kita selalu kebilik air. Majoriti fibroid walaupun ianya besar, tidak mempunyai simtom-simtom seperti yang saya terangkan.Walaupun fibroid besar tetapi tidak memberi apa-apa masalah kepada pesakit, maka kami tidak menyuruh mereka membuang fibroid itu. Maknanya ada terdapat rawatan yang konservatif untuk fibroid kecuali fibroid itu menyebabkan masalah-masalah seperti diatas.
Saya rasa saudari tidak perlu panic kerana fibroid adalah satu-satunya ketulan yang kerap kami jumpa bila melakukan untrasound di pelvis. Adalah dianggarkan 1 dalam 5 wanita mempunyai fibroid dan tidak logik kita kena buang semua fibroid-fibroid ini. Oleh kerana pertumbuhan fibroid amat perlahan saya cadangkan lalukan imbasan untrasound setahun sekali sudah mencukupi.
Amat kecil kebarangkalian fibroid ini mengganggu kesuburan dan ramai wanita mengandong mempunyai fibroid bersama dengan kandongan. 

No comments:

Post a Comment