Doktor, saya telah berkahwin selama satu setengah tahun namun masih belum ada zuriat. Saya berumur 25 tahun dan isteri berumur 30 tahun dan kini tinggal di Pulau Mutiara.
Isteri saya mengalami masalah
kitaran haid. Perkara ini berlaku sejak remaja isteri saya dan saya telah
berjumpa dengan Dr klinik bagi mendengar cadangan dan mungkin solusi utnuk
masalah kami ini. Dr berkenaan memberi ubat hormon dan isteri saya hanya datang
haid sekali setelah 4 minggu (Ogos 2011) mengambil ubat berkenaan dan
keadaan yang sama ( tiada haid) berlarutan hingga kini. Keadaan fizikal isteri
saya semakin bertambah dan sering stress apabila ditgur akan berat badan yang
meningkat. Memandangkan umurnya yang melebihi umur saya, dia sering tertekan
dengan keadaan ini dan saya sentiasa memberi sokongan namun sukar diterima
dengan baik. Saya telah membuat beberapa pencarian mengenai masalah ini
mungkinkah isteri sapa mengidap PCO(´Polycystic
ovary´) atau kami hanya perlu menunggu
seperti yang dicadangkan oleh Dr Klinik yang saya temui dahulu iaitu menunggu 2
tahun dan kemudian membuat rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang?
Assalamualaikum Saudara
Obesiti-Sindrom Ovari
Polisistik(PCOS)-Permasalahan Haid-Infertili adalah merupakan satu putaran roda
yang berkait rapat antara satu sama lain. Ini bermakna jika seseorang itu mempunyai masalah seperti haid atau infertili kita mestilah memutuskan rantaian roda
ini. Jika tidak masalah masalah akan berpanjangan. Ini bermakna obesiti,PCOS,haid dan infertiliti akan
mencari semakin kronik dan sukar di kawal atau di ubati.
Dari sini kita lihat punca utamanya adalah
obesiti dan obesiti ini akan menyebabkan PCOS dan PCOS menyebabkan haid tidak
menentu atau berhenti dan ianya pula menyebabkan sesorang itu sukar untuk
mengandong.
Obesiti adalah bilamana BMI seseorang itu
melebehi 25 dan BMI melebehi 30 adalah dalam kategori Terlalu Obes.Seperti
saudara telah jelas isteri saudara mempunyai masalah berat badan yang saya rasa
serius kerana haid beliau telah terputus.Bagi menurunkan berat badan, cara
tradisi dengan mengurangkan berat badan dan senaman. Saya rasa kalau sukar,
boleh minta bantuan pakar permakanan dan pakar fitness. Penggunaan ubat
anti-gemuk merbahaya dari segi kesihatan. Target penurunan BMI adalah dibawah 25. Kalau sukar, turunkan
berat badan 10% sahaja dari berat badan sekarang. Jikalau haid tidak juga
normal, turunkan lagi 10% sehingga haid kembali normal. Secara automatiknya
kesuburan akan meningkat dengan penurunan berat badan.
Banyak kajian telah menunjukkan perkaitan
rapat berat badan dengan kesuburan seseorang. Pertambahan lemak sama ada
dibawah kulit atau dalam perut menyebabkan kenaikan paras hormone estrogen dan
ini akan menganggu ovulasi dari berlaku. Wanita yang sukar hamil selalunya
mengalami PCOS akibat dari masalah obesiti dan haid.
Sekiranya wanita obes mengandong,mereka akan
mempunyai banyak risiko seperti darah tinggi,diabetis,keguguran,bayi boleh meninggal
dalam perut dan juga kecacatan. Dari segi kesihatan pula mereka juga dikaitkan
dengan risiko tinggi untuk kanser payudara,rahim,diabetis dan penyakit
kardiovaskular.
Punca PCOS tidak diketahui dengan jelas
tetapi beberapa factor telah di implakasikan iaitu genetic,resistan pada
insulin,paras hormone androgen yang tinggi dari ovari dan obesiti.Diantara 35
hingga 60% wanita yang mengalami PCOS
mempunyai BMI melebehi 30.
Kesan kesihatan dalam jangka masa panjang bagi
mereka yang mengalami PCOS ini adalah diabetis,penyakit berkaitan jantung,
kadar kolesterol tinggi dalam darah dan kanser rahim.
Disini saya cadangkan saudara berjumpa
dengan pakar infertiliti di Pulau Pinang dalam tahun ini juga kerana saudara
tidak perlu tunggu 2 tahun seperti yang disaran kerana isteri saudara mempunyai
masalah haid. Kalau lah ada PCOS ianya boleh dirawat secepat mungkin. Keduanya
dan yang paling penting adalah mengurangkat BMI isteri saudara. Saya rasa saudara
perlu bersama isteri saudara dalam memantau diet dan senaman. Bagi penyiasatan infertility ini selain dari masalah ovari kita juga perlu melihat saluran
peranakan dan sperma suami, Ini semua akan dibincangkan oleh doctor saudara.
Sermuga Berjaya.
salam doktor..sy rsa sy ada pcos..kitaran haid sy tidak mennentu sudah lebih dari 10 tahun..maseh boleh berubat dan mengandung ke doktor?
ReplyDeleteHi doktor...i ada ambil perancang cucuk utk 3bulan,lepas 3bulan i dah berhenti cucuk...lepas berhenti ada dtg period 2ari je...ada ke ni menyebabkan i hamil
ReplyDelete