Followers

Tuesday, 17 April 2012

Meconuim dan Dyslexia




Saya seorang ibu berusia 36 tahun dan mempunyai tiga orang anak masing-masing berusia 10, 8 dan 5 tahun dan berkerjaya. Ketiga-tiga anak saya dilahirkan melalui pembedahan. Semuanya bermula sewaktu melahirkan anak pertama yang mengalami komplikasi iaitu Meconium Aspiration Syndrome (MAS) sewaktu saya sedang mengalami kesakitan untuk bersalin. Waktu itu bukaan hanya 2cm, jadi saya dikejarkan ke bilik pembedahan. Bukan saja bayi saya mengalami MAS, malah beratnya juga mencecah lebih 4 kilogram. Begitu juga dengan dua lagi anak saya yang juga dilahirkan dengan berat lebih 4 kilogram. Kemusykilan ialah berkenaan anak (lelaki) sulung saya yang disahkan mengalami masalah dalam pembelajaran iaitu Dyslexia ketika berusia 8 tahun.  Soalan pertama saya ialah adakah komplikasi MAS tadi memberi kesan sehingga dia mengalami Dyslexia itu dan keduanya adakah tanda-tanda tertentu untuk seseorang ibu yang sedang hamil mengesan lebih awal komplikasi ini dan bertindak lebih awal.

Assalamulaikum puan,
Bagi para pembaca,mekonium adalah discaj dari usus  bayi barulahir berwarna hijau-pekat dan likat. Istilah yang biasa doktor gunakan apabila memberitahu pesakit adalah ianya ‘najis bayi berwarna hijau’.Mekonium ini adalah perkara biasa terbentuk dalam air ketuban selepas kandongan berusia 34 minggu.Para doctor tidak akan tahu terdapatnya mekonium dalam air ketuban sekiranya air ketuban tidak di pecahkan.
Sebenarnya mekonium bukanlah najis seperti mana  najis orang dewasa yang kotor dan berkuman. Mekonium terbentuk dari lelehan usus,sel-sel usus,lendir dan lanugo iaitu rerambut halus dari kulit bayi.Mekonium adalah steril dan tidak mengandongi kuman.  Bila bayi berada dalam kandongan sebelum ataupun semasa bersalin,akan mengeluarkan mekonium jika bayi mengalami hypoxia iaitu kekurangan bekalan oksigen. Faktor-faktor yang menggalakkan mekonium dihasilkan adalah seperti IUGR,darah tinggi,preeclampsia,Oligohidramnios(air ketuban kurang) dan lebih hari.
Jadi semasa kelahiran berlaku. Mekonium boleh termasuk kedalam paru-paru bayi. Ini di kenali sebagai “meconium aspiration syndrome’(MAS).
Puan,masalah MAS yang dialami oleh anak pertama semasa dilahirkan tidak ada kaitan dengan masalah dyslexia dia. Kedua-duanya adalah masalah yang amat berbeza sama sekali.
Masalah MAS lagi lebih serius kalau dibandingkan dengan dyslexia. MAS menybabkan komplikasi teruk seperti saluran pernafasan tersumbat dan menyebabkan atelaktasis. Atelaktais adalah sebahagian paru-paru akan mengecut dan tidak dapat berfungsi untuk pertukaran oksigen dan karbon dioksida. MAS juga boleh menyebabkan ‘pnemothorax” iaitu paru-paru bayi bocor dan menyebabkan masalah pernafasan.Keadaan ini memerlukan rawatan di ICU. Mekonium ini juga menyebabkan radang/inflamasi pada paru-paru dan memerlukan antibiotik dan bantuan pernafasan. MAS juga boleh menyebabkan hipertensi pulmonary yang kronik. Kesemua masalah tersebut bagi yang serius boleh membawa kepada kematian.
Dyslexia adalah masalah pembelajaran. Ianya bukan disebabkan oleh MAS ataupun kekurangan oksigen dalam otak semasa bersalin. Puan tentu lebih arif mengenai dyslexia. Secara am bagi pembaca yang lain, dyslexia secara spesifik  adalah masalah membaca. Ini berlaku kerana otak tidak dapat mengenal dan memproses secara betul sesetengah symbol. Bahagian otak yang terlibat adalah bahagian yang melibatkan interpretasi bahasa. Ianya bukan berpunca dari masalah penglihatan. Perlu puan tahu, dyslexia tidak mengganggu kebolehan seseorang unutk berfikir atau memahami idea-idea yang kompleks.Kebanyakkan kanak-kanak atau orang dewasa dyslexia mempunyai IQ yang normal atau lebih.Sukar untuk saya terangkan dengan terperinci tetapi secara mudahnya mereka ini mempunyai masalah unutk memahami makna atau idea terdapat pada ayat-ayat mudah,sukar untuk mengenal perkataan bertulis, dan sukar untuk ‘rhyming’ bunyi.
Dyslexia bukan sahaja mengenai masalah menulis tetapi mereka ada mengalami  masalah mengira. Ini kerana kedua-duanya melibatkan penggunaan symbol..Dyslexia juga mempunyai jalinan genetic.
Menjawab soalan kedua puan, mekonium dalam air ketuban adalah satu perkara normal yang kami ketemui setiap kelahiran. Ini bukan bermakna setiap ibu yang mempunyai mekonium kami perlu melakukan pembedahan bagi mengelakkan komplikasi-komplikasi tadi. Kami akan mengambil kira beberapa faktor seperti kepekatan mekonium, nadi janting bayi dengan CTG dan juga progress sesuatu kelahiran itu. Ini bermakna setiap kelahiran ynag mempunyai masalah mekonium kami akan lebih berhati-hati dengan memantau ‘kesihatan’ bayi dengan CTG sebelum  apa-apa tindakan diambil seperti pembedahan caesarean. Bagi dyslexia pula. Tidak terdapat pencegahan yang khusus tetapi ynag penting disini adalah mengenal pasti dyslexia lebih  awal supaya latihan,pembelajaran khusus boleh dilakukan secepat mungkin. Puan tentu tahu ynag mereka ini selalu mempunyai masalah perlakuan disekolah dan juga ‘self esteem ‘ yang rendah.



1 comment:

  1. saya difahamkan jika bayi lemas kurang oksigen semasa dilahirkan, cenderung utk memberi kecacatan kpd otak bayi dan membawa kesan mental retardation atau autism. maaf jika pemahaman saya salah

    ReplyDelete