Followers

Wednesday, 18 April 2012

Masalah keputihan, Apakah puncanya?



Masalah keputihan adalah perkara biasa dan salah satu dari masalah yang wanita selalu berjumpa dengan pakar. Keputihan atau discaj terdapat dalam dua cara.
Discaj fisiologi atau discaj yang normal bersifat keputihan atau jernih dan kadangkala kekuningan keran jankitan kuman. Discaj seperti berlaku pada hari-hari seminggu sebelum haid berlaku dan ianya berlaku setiap bulan. Oleh kerana kadangkala ianya terlalu banyak menyebabkan wanita kurang selesa.gatal dibahagian faraj kerana kelembapan.Apabila ujian keatas discaj ini dilakukan,tiada sebarang bacteria di jumpai.
Discaj patologi adalah discaj yang berpunca dari bacteria,kulat atau organism lain.Discaj ini kebiasaannya menganggu seperti gatal yang teruk,berbau,berwarna kuning dan mempunyai masalah sakit dibawah perut. Ujian keatas discaj ini selalunya menunjukkan kehadiran mikro organisma seperti diatas.Permakanan seperti puan cakapkan tidak menyebakan discaj ini berlebikan atau berkurangan.Jika kemandulan hendak dikaitkan dengan discaj ini mungkin ada kebenaranya sekiranya bacteria ini dapat memasuki pelvis dimana saluran fallopian akan dijangkiti kuman dan tersumbat.
Pada pengalaman saya mereka yang mempunyai masalah discaj mempunyai masalah pada permukaan pintu rahim ,Pintu rahim selalu didapati luka dan ini menyebabkan banyak lelehan lender terhasil. Ada segolongan wanita mempunyai tabiat mencuci jauh kedalam vagina dengan sabun pencuci. Tabiat ini tidak baik kerana ianya menggalakkan lebih banyak lagi bacteria atau organisma lain untuk hidup dalam vagina. Terdapat kuman lactobacilli dalam vagina yang menghasil asid tinggi. Keadaan asidik tinggi dalam vagina menyukarkan kuman-kuman yang tidak baik dari hidup. Dengan mencuci hingga kedalam vagina membunuh kuman-kuman lactobacvilli yang berguna ini.
Oleh saya cadangkan puan pergi berjumpa denga pakar ginekologi untuk pemeriksaan pintu rahim berserta dengan Pap smear dan mengambil contoh discaj unutk kajian di makmal.Dari keputusan makmal nanti barulah kuman sebenar dapat di jumpai dan di ubati.Punca discaj ini biasanya berpunca  dari candidiasis,vaginosis bacterial atau trikomoniasis.



1 comment:

  1. Doktor..saya ingin bertanya adakah pengambilan pil postinor boley mengganggu kitaran haid saya dan menyebabkan peluang saya untuk mengandung tipis?kerana saya mengalami kitaran haid yg tidak tetap kadang kala terlewat sehingga 54 hari..pling awal pon sbanyak 33 hari..dan juga mengalami keputihan yg teruk serta berbau dan kenyal..serta senggugut..saya sudah berkahwin dan berumur dibawah 25 tahun da saya ingin mempunyai anak..

    ReplyDelete