Saya sudah mengambil pil
perancang selama 20 bulan sehingga 1 hari saya terlupa untuk mengambil
ubat. Hari berikutnya saya gandakan pengambilan ubat dan makan
sehingga habis 1 tablet iaitu pada 20hb Mac 2011. Pada keesokan harinya sehingga
4hb April saya dapati tidak juga datang bulan biasa. Saya ada memakan buah
durian,air berkarbonat dan maajun namun tidak juga datang bulan. Saya mula rasa
loya, mual dan pening2. Pada 6 April saya ke klinik untuk melakukan ujian kehamilan dan disahkan
positif. Adakah kandungan saya akan mengalami komplikasi di sebabkan saya terus
memakan pil (marvelon) dan air berkarbonat serta maajun. Bagaimana untuk
mengira usia kandungan? Kali terakhir saya datang bulan ialah pada 23hb
Februari, dan saya mula makan ubat( marvelon) pada 1 Mac. Terima
kasih Dr.
Jun
Salam sejahtera Puan Jun dan tahniah .Saya
harap puan Jun dapat menerima kehamilan ini dengan senang hati dan ikhlas. Saya
rasa bilamana anak ini lahir, perbezaan dengan anak terdahulu adalah dalam 30
bulan. Jarak begini adalah amat baik.
Masalah pil hormone dos rendah seperti
Mercilon adalah seseorang itu boleh termengandong sekiranya terlupa walaupun
satu atau dua hari. Pil jenis ini hanya cukup menahan seseorang itu dari
termengandong hanya satu hari jadi kalau pengambilannya tidak mengikut masa,
tambahan kalau terlupa boleh menyebabkan kandongan yang tidak disangka.
Untuk pengetahuan puan,pengambilan Mercilon
dan air berkabonat tidak merosakkan kandongan puan tetapi ma’ajun saya kurang
pasti sebab saya tidak tahu isi kandongan yang terdapat dalam ma’ajun ini. Saya
rasa ianya adalah berasal dari tumbuh-tumbuhan tetapi puan perlu pastikan
kandongan ma’ajun itu tidakmengandongi bahan-bahan kimia yang terlarang semasa
mengandong. Puan boleh pastikan dengan pengeluar m’aajun ini.Dari segi
perubatan, isi kimia terdapat dalam maajun inimungkin terlalu kecil untuk merosakkan kandongan
puan. Semua bahan kimia atau hormone di siahkan oleh hati dan ginjal . Seperti
saya katakana tadi sila pastikan kandongan dengan pengeluar maajun ini.
Sekiranya ianya mengadongi bahan kimia yang merbahaya kepada janin maka puan
ada sebab untuk menggugurkan kandongan puan.
Pengambilan jamu atau ma’ajun atau ubatan
Cina kerap berlaku kepada wanita yang
tidak mahu lansung atau takut termengandong jika didapati haid terlewat. Bagi
saya kalau seseorang sudah kelewatan haid,pastikan ujian mengandong dilakukan
sebelum pengambilan bahan-bahan tersebut, Kalau setakat hormone-hormon atau ubatan
moden kami mempunyai fakta-fakta yang boleh membantu kami sama ada ianya merbahaya
atau tidak kepada kandongan puan Dari segi pengambilam makanan yang dianggap
biasa seperti nenas atau air berkabonat kami tidak risau kerana tidak ada bukti
ianya boleh menggugurkan kandongan puan. Tetapi ramai menggunakan kaedah ini.
Salam doktor, saya ambil noriday dah 1tahun 8 bulan..tiada masalah teruk cuma period saya kadang² datang 2x sebulan.. cuma yg musykil, sy tertinggal paket baru continued makan 20/9(rabu) kat kampung...hari ni 24/9 (ahad) saya xdpt mkn atau saya boleh ambil je paket lain makan untuk cover yg hari ni punya..sebab 29/9 jumaat baru balik kampung nk ambik paket tertinggal tu.. terima kasih.
ReplyDeleteSalam doktor, saya ambil noriday dah 1tahun 8 bulan..tiada masalah teruk cuma period saya kadang² datang 2x sebulan.. cuma yg musykil, sy tertinggal paket baru continued makan 20/9(rabu) kat kampung...hari ni 24/9 (ahad) saya xdpt mkn atau saya boleh ambil je paket lain makan untuk cover yg hari ni punya..sebab 29/9 jumaat baru balik kampung nk ambik paket tertinggal tu.. terima kasih.
ReplyDeleteSy terlewat makan pil norriday selama 18jam,adakah sy blh termengandung lg??
ReplyDeleteSaya dua hariterlupa minum pil perancang pagi ni saya baru ingat, adakah sy bole mengandung??
ReplyDelete