Followers

Wednesday, 18 April 2012

Setelah diikat peranakan,adakah saya boleh mengandong lgi?



Ikat saluran peranakan

Sebelum saya menjawab masalah puan, biar saya beri pandangan  saya mengenai ikat tali peranakan sebagai langkah mencegah kehamilan untuk pembaca-pembaca yang mempunyai masalah yang sama atau yang akan mengalami pembedahan caesarean kali yang ketiga.Ramai orang masih keliru tentang kaedah ini,kesannya dan ingin mengandong semula selepas di ikat.
Sesungguhnya kami para doctor mempunyai dilema bilamana menasihatkan seseorang ibu hamil yang masih muda dan produktif untuk melakukan ikatan saluran peranakan pada masa pembedahan caesearean yang ketiga. Kita sedia maklum secara amnya kami menasihat seseorang ibu menghadkan bilangan anak bila pembedahan caesarean perlu dilakukan setiap kali ibu itu mengandong. Kebiasaannya doctor menghadkan kepada 3 orang tetapi trend sekarang, kami membenarkan sehingga empat orang sekiranya si ibu tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius dan pembedahan atau kelahiran yang terdahulu tidak mengalami komplikasi yang membayahakan si ibu.Ini perlu dapat penjelasan dari doctor yang merawat.
Punca –punca kami menghadkan bilangan anak adalah kerana beberapa sebab.
1.       Kerap kali dibedah pada tempat yang sama,segmen bawah rahim/uterus menjadi semakin nipis dan kejadian adhesions/usus,lemak usus dan pundi kencing melekat pada tempat caeseraean ini. Pembedahan didapati lebih sukar dan mempunyai komplikasi yang tinggi kerana kecederaan pada organ-organ tadi. Segmen bawah rahim yang tipis boleh menyebabkan rahim ,pecah; jika berlaku kontraksi.
2.       Risiko uri melekat dibawah atau plasenta praevia adalah tinggi dan terus meningkat dengan bilangan pembedahan  caesarean yang dialami.Plasenta previa mempunyai risiko perdarahan yang serius ketika mengandong dan komplikasi yang di takuti berlaku ialah plasenta accrete. Keadaan ini plasenta akan melekat pada dinding rahim dan tidak boleh dikeluarkan seperti biasa dan kadangkala memerlukan pembuangan Rahim/histerektomi
Kesemua komplikasi boleh berlaku dan setiap ibu itu perlu tahu dan timbangi sebelum membuat keputusan.
Berbalik kepada soalan puan,sekiranya puan menyususkan anak puan sepenuh masa, haid boleh terhenti lama dan kadangkala sampai 2 tahun, INi bergantung samada anak puan menyusu sepenuh masa atau bercampur dengan susu formula. Jika haid datang pun ketika penyusuan, haid menjadi tidak teratur, Penyusuan mengganggu kesuburan ovary.
Walaupun puan telah di ikat saluran  peranakan,puan perlu tahu dan sepatutnya telah diterangkan bahawa ikat tidak menjamin 100% gerenti puan tidak akan mengandong, Kadangkala saluran peranakan ini akan bertaut semula!.Lakukan ujian kencing sekiranya puan menyesaki puan termengandong kerana ianya positif segeralah berjumpa doctor unutk mengesahan dan yang paling penting adalah menentukan kandongan bukannya diluar rahim atau ektopik.
Terdapat pelbagai cara saluran peranakan puan diikat,Kebiasaanya semasa pembedahan caesarean, saluran peranakan puan diikat dan dipotong sebahagian kecil . Cara ini amat efektif.
Sekiranya ikat saluran peranakan dilakukan selepas bersalin dan rahim telah berada dalam keadaan normal,kami menggunakan kaedah laparaskopi yang lukanya kecil sahaja dan boleh dilakukan secara”day –care’.Laparaskopi kami menggunakan sam ada Fallope ring(getah bulat) atau Filshie clips(klip seperti stapler) untuk mengikat saluran peranakan.
Seperti yang telah saya bincangkan diatas,dilemma akan terjadi bilamana si ibu yang masih muda seperti puan menginginkan saluran peranakan ini dibuka semula. Mungkin dilemma ini tidak berlaku jika puan dibenarkan mengandong sampai  anak ke empat sebelum di ikat.
Secara teorinya saluran pereanakan yang telah diikat boleh di’sambung’ semula.Saya selalu menyatakan pada pesakit saya yang “ikat’ adalah tetap dan muktamad iaitu tidak boleh disambung semula.Saya tidak pasti samaada di negara kita ada doctor yang melakukan penyambongan semula saluran peranakan ini. Kerjanya amat remeh dan memerlukan kepakaran pembedahan mikro. Sekiranya ianya boleh disambung semula, kebangkalian untuk mengandong mungkin rendah dan risiko kandongan ektopik adalah tinggi.Adakah ini berbaloi?
Alternatif yang saya rasa terbaik untuk mengandong adalah melakukan persenyawaan secara invitro(IVF). IVF dilakukan bila saluran peranakan didapati rosak.Persenyawaan ovum wanita dan sperma lelaki dilakukan dimakmal dan setelah embrio terbentuk, embrio ini akan dimasukkan kedalam rahim si isteri. Peluang unutk mengandong adalah sekitar 30- 40 %. Kos nya agak tinggi dalan 15-20 ribu sekali percubaan. Jika puan benar-benar menginginkan seorang bayi lagi inilah cara yang terbaik.

33 comments:

  1. Salam Dr,
    Saya sekarang dalam di lema..baru mengetahui yg saya mengandung. Yg merunsingkan saya anak ke2 saya lahir pada 2010 dgn kaedah czer. Habis pantang saya terus mgandung ank ke3. bsalin kaedah czer. Now ank no 3 baru 8 bln Dan saya sudah mgandung lagi. Adakah selamat saya meneruskan kandungan Dan saya terpikir untuk ikat salur peranakan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan ada 2 options: 1. TerusKAN kandungan ini DAN kami akan caeseran lebih awal dalam 37 wks dan kalau ikat ok jugak. 2, gugurkan. Ini adalah keputusan peribadi puan dan suami. Dari segi medikal bolih diteruskan. Bincang dgn doktor.

      Delete
    2. sy czer 3 tahun bturut2,n disebabkan jarak czer tlalu dekat,keluarga nasihatkan utk ikat.Puan x perlu gugurkan kandungan,in shaAllah, semuanya selamat.buat pemeriksaan lebih teliti,dptkan nasihat doktor pakar.anak kedua mninggal sebab masalah kesihatan dan kalau diikutkan usia swaktu arwah hidup,lepas 4 bulan sy mngandung lg.perasaan takut mmg ada tpi percaya pd qada' dan qadar.sebab inilah rezeki yg Allah kurniakan...

      Delete
  2. sy berumur 34 thn..sy ada 3 org ank dr prkhwinan yg trdahulu n ke 3-3 nyer ceasaer..dan dh ikat peranakan...

    sy baru berkahwin dan ingin mngandung...blh bantu sy?
    selain dr kaeadah IVF...

    ReplyDelete
  3. salam Dr,
    sy pon nk tnye soalan same mcm ros gak...anak sy 3-3nye ceasaer dan dah ikat peranakan...sy dan suami inginkan zuriat lg...ada kaedah lain tak dr IVF ni? sbb IVF tlalu tinggi la kosnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jugak nak tanya solan yg sama...ada caranya doktor ?

      Delete
  4. saye nk tanye ni,saya baju je habis pantang,tau dh mengandung lagi,lepas tau mengandung,saya ada beli ubat untuk cuci,tp saya still mengandung..bole tolong saya tak,apa yg harus saya lakukan.tq

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum doktor, sy sudah 7 tahun diikat peranakan selepas pembedahan caesarean kali ke 3. Sy nak m'gandung kembali kerana sy b'kahwin baru dan suami baru sy nak kan zuriat sendiri. Apakah langkah2 yg perlu sy lakukan utk mengandung kembali>

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum doktor....saya dah 3x czer.dan ikat...anak ketiga dah 5tahun...jarak kesemua anak juga 5 tahun...yg sulung 15 thn dan kedua 9 thn...saya cuma inginkan kepastian adakah peluang mengandung ada lagi?umur saya sekarang 37thn..

    ReplyDelete
  7. As salam admin saya nak tanya bolehkah wanita yang salur peranakkan yang telah di ikat mengandung lagi berapakah kebarangkalian ?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Doktor... Saya juga mengalami masalah yg sama seperti Pn. Ros dan Pn. Yati KL.. Apakah prosedur lain selain IVF dan dimanakah sy boleh mendapatkan rawatan.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum doktor hrp bls yea sya na ikut kn 8 anak sya ggr 2 kli
    Skrg de pada sya 6 org semua sepasang
    Mcam ne klu sya nk mengandong g ank sbb sya dh ikat
    Hrp dktr bls yea

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum doktor hrp bls yea sya na ikut kn 8 anak sya ggr 2 kli
    Skrg de pada sya 6 org semua sepasang
    Mcam ne klu sya nk mengandong g ank sbb sya dh ikat
    Hrp dktr bls yea

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum doktor,umur saya 36 thn,saya telah ikat peranakan mengunakan kaedah memasukan getah bulat...pertanyaan saya ialah,saya bulan nie tidak datang haid,ade kah saya boleg mengandung?? Saya runsing,sebb suami saya tak nak zuriat lagi

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum doktor,umur saya 36 thn,saya telah ikat peranakan mengunakan kaedah memasukan getah bulat...pertanyaan saya ialah,saya bulan nie tidak datang haid,ade kah saya boleg mengandung?? Saya runsing,sebb suami saya tak nak zuriat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ayu..nak tanya ikat peranakkan ni sakit x&berapa kos dia ye??

      Delete
    2. salam ayu..nak tanya ikat peranakkan ni sakit x&berapa kos dia ye??

      Delete
  14. Assalamualaikum Dr,
    Adakah di Malaysia ada buat prosedur reversal tubal ligation

    ReplyDelete
  15. salam dr..sya nak tnya sbb dlu sya dah ikat masa umr 26 thn perkahwinan prtama...perkahwinan kdua ni suami sya nk sngat zuriat.ada cara tak utk sya mngandung lagi?

    ReplyDelete
  16. salam dr..sya nak tnya sbb dlu sya dah ikat masa umr 26 thn perkahwinan prtama...perkahwinan kdua ni suami sya nk sngat zuriat.ada cara tak utk sya mngandung lagi?

    ReplyDelete
  17. salam mommy2 nak tanya la ikat peranakkan ni sakit x&berapa kos dia ye??

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum doktor..sy berusia 36 tahun dan 4 kali czer..pastu ikat cara clip...kini sy berkahwin baru dan inginkn anak...ada cara tak??suami inginkn anak..

    ReplyDelete
  19. As salam doc..sya telah melahirkan anak yg ke 6 dgn cara ceaser..n sya telah pun ikat peranakan..soalan sya...sya dah lewat dtg bulan 1 mggu..adakah sya pregnan??

    ReplyDelete
  20. As salam doc..sya telah melahirkan anak yg ke 6 dgn cara ceaser..n sya telah pun ikat peranakan..soalan sya...sya dah lewat dtg bulan 1 mggu..adakah sya pregnan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  21. Dr. Saya nak tanya sekiranya telah melakukan pembedahan histrektomi rahim telah dibuang ada kemungkinan ka untuk prgnt diluar rahim..tiub fallipio saya telah diikat.

    ReplyDelete
  22. Dr saya pernah membuat pembedahan mengimbau pangkal Rahim setelah melahiran anak d sekitar tahun 2002.kemudian pernah juga membuat pembedahan membuang ovarian Kanan d sebab ada ketumbuhan.soalan saya dpat KAH saya hamil lgi dgn kaedah IVF.

    ReplyDelete
  23. Aslmkum..Dr saya eina...saya nk tnay Dr peried saya da msuk 4 sn.tp saya urean kt klinik tak positif....saya xpernah lalui...dan peranankan saya dah diikat 3thun yg lepas atas faktr kesihtan saya....saya mkn ubat mcm2...ubat hospital untk cairkn darah..jamu la untk ksihatn...hope sgat Dr bolh bg pandgan atau nasihat.,solan saya ...ADAKAH SAYA BOLEH MMAGNDONG LAGI WALAUPON DH 3 TAHUN IKAT PERANANKAN??

    ReplyDelete
  24. Aslmkum..Dr saya eina...saya nk tnay Dr peried saya da msuk 4 sn.tp saya urean kt klinik tak positif....saya xpernah lalui...dan peranankan saya dah diikat 3thun yg lepas atas faktr kesihtan saya....saya mkn ubat mcm2...ubat hospital untk cairkn darah..jamu la untk ksihatn...hope sgat Dr bolh bg pandgan atau nasihat.,solan saya ...ADAKAH SAYA BOLEH MMAGNDONG LAGI WALAUPON DH 3 TAHUN IKAT PERANANKAN??

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum dr... sy dh melahirkan 7 org anak... sy pun nk tnya soalan yg sama dgn puan ros dan lain2.. sy dah ikat tapi blh ke sy mengandung lg tanpa ivf.. sy sering rasa sakit di perut sebelah kiri bawah. Kerana setiap kli sy mengandung dlu mmg sy selalu sakit di situ.. skrg ni dh 4 thn sy ikat. Pd bln ni sy rasa sakit dibahagian prut kiri bawah tp sy belum terlepas tarikh period lg.. adakah prlu sy buat upt?

    Tq

    ReplyDelete