Salam
sejahtera Doktor,
Saya berumur 39 tahun dan baru-baru ini saya disahkan mengandung dua bulan. Apa yang membingungkan saya ialah, saya menghidap fabroid berukuran agak besar lebih kurang 13 cm.Pada awalnya saya memang merancang mahu membuang fabroid, tapi belum sempat, kerana telah telah hamil Tambahan pula saya mengambil ubat tiroid kerana telah melakukan pembedahan pembuangan tiroid sebiji sehari dan baru-baru ini darah saya naik dan diberi doktor ubat untuk mengawal darah tinggi lagi. Saya sungguh bingung doktor, bila doktor bertanya dengan saya "You want baby or not". Bila ditanya doktor macam itu, saya jadi serba salah, susah saya hendak jawab. Anak baru seorang, dan telah berumur lapan tahun. Kalau difikir, siapa tidak mahukan anak kan? Malah saya pernah jawab dengan doktor, biarlah doktor yang buat pilihan untuk saya. Saya betul-betul bingung doktor, bolehkah saya meneruskan kandungan ini atau tidak?
Ibu bingung.
Saya berumur 39 tahun dan baru-baru ini saya disahkan mengandung dua bulan. Apa yang membingungkan saya ialah, saya menghidap fabroid berukuran agak besar lebih kurang 13 cm.Pada awalnya saya memang merancang mahu membuang fabroid, tapi belum sempat, kerana telah telah hamil Tambahan pula saya mengambil ubat tiroid kerana telah melakukan pembedahan pembuangan tiroid sebiji sehari dan baru-baru ini darah saya naik dan diberi doktor ubat untuk mengawal darah tinggi lagi. Saya sungguh bingung doktor, bila doktor bertanya dengan saya "You want baby or not". Bila ditanya doktor macam itu, saya jadi serba salah, susah saya hendak jawab. Anak baru seorang, dan telah berumur lapan tahun. Kalau difikir, siapa tidak mahukan anak kan? Malah saya pernah jawab dengan doktor, biarlah doktor yang buat pilihan untuk saya. Saya betul-betul bingung doktor, bolehkah saya meneruskan kandungan ini atau tidak?
Ibu bingung.
Assalamualaikum puan,
“You want the baby or not”..kalau saya
menjadi puan, saya pun tidak tahu macam mana hendak menjawabnya. Bila soalan
ini diajukan bukannya bermakna puan mesti menggugurkan kandungan puan dan tidak
pula ianya bermakna puan dan bayi seratus peratus tidak akan mengalami apa-apa masalah.
Bila sebegini,ianya memerlukan berbincangan yang telus dengan puan berserta suami
dan doctor yang menjaga puan. Keputusan puan dan suami bergantong pada
fakta-fakta perubatan yang mana risiko-risiko pada puan dan bayi telah
diterangkan. Bagi saya sebagai orang Islam kita kena berdoa dan bertawakkal
pada Maha Esa dalam mendapatkan keputusan.
Sebagai doctor, saya akan perjelaskan
masalah-masalah puan dengan kandongan puan dari sudut perubatan. Saya tidak
dapat memberikan kata putus ini semua bergantong kepada puan dan suami.
1.Masalah mengandong pada usia lewat.
Apabila usia telah meningkat kami tidak
menggalakkan seseorang wanita untuk hamil lagi. Ini disebabkan oleh beberapa
masalah seperti darah tinggi dan kencing manis. Risiko penyakit-penyakit ini meningkat mengikut usia. Kedua-dua penyakit ini mempunyai rawatan yang khusus
seperti ubat darah tinggi dan suntikan insulin semasa mengandong. Selagi tidak
terdapat bukti-bukti yang komplikasi penyakit-penyakit ini ada pada
puan,bermakna semua ‘under control’ maka kami rasa tidak ada sebab kami
mencadangkan kandongan ini perlu di gugurkan atas sebab perubatan.
Puan perlu tahu, darah tinggi dan kencing
manis boleh menjadi lebih teruk semasa mengandong. Contoh pre eclampsia dan
eclampsia boleh terjadi jika seseorang sedia ada mempunyai darah
tinggi. Jika kencing manis pula , ianya sukar dikawal diperingkat akhir
kandongan. Puan perlu patuhi semua arahan doctor semasa mengandong walaupun
puan perlu dimasukkan kewad banyak bulan.
Dengan peningkatan umur juga menyebabkan
risiko Sindrom Down juga meningkat. Kes bayi sindrom Down boleh dikesan seawal
9 hingga 13 minggu kandongan dengan ujian ultrasound dan darah. Ianya agak
tepat sehingga 80-90 peratus. Rawatannya hanya satu sahaja iaitu gugurkan
kandongan kecuali seseorang itu tidak ingin lakukan atas sebab-sebab tertentu seperti ugama.. Ini
bermakna puan boleh teruskan kandongan puan walaupun bayi itu Down.
2.Masalah Tiroid semasa mengandong.
Sama ada puan mengalami masalah hipertiroid
atau sebaliknya,yang penting disini adalah paras hormone tiroid T4 dan T3 mesti berada pada paras yang normal. Paras yang
tidak normal akan menjejaskan pertumbuhan otak bayi puan. Selagi puan patuhi
ubat dan arahan doctor dan aras hormone adalah stabil maka kami rasa tidak ada
masalah tentang pertumbuhan bayi puan.
3. Masalah Fibroid dan kandongan
Terdapat dua kesan iaitu kesan fibroid pada
kandongan puan dan kesan kehamilan pada fibroid.
Kesan utama adalah fibroid terhadap
kandongan puan. Pada peringkat awal kandongan, fibroid boleh menyebabkan risiko keguguran tinggi,perdarahan dan sakit pada ari-ari. Pada pertengahan
kehamilan, firoid boleh menyebabkan kesakitan pada perut,masalah pertumbuhan
bayi terbantut, dan perdarahan Pada peringkat akhir kehamilan fibroid boleh
menyebabkan premature labour dan kedudukan bayi melintang,senget dan songsang
Jika fibroid berada dibahagian bawah rahim, ia boleh menghalang kelahiran
secara normal. Ini memerlukan pembedahan caesarean. Selepas bersalin fibroid
boleh menyebabkan perdarahan yang banyak.
Komplikasi-komplikasi yang saya terangkan
diatas adalah berkemungkinan boleh berlaku dan bukan meti berlaku. Bgi doktor mereka akan lebih berhat-hati dalam
mengendalikan kes seperti ini.
Kesan kehamilan pada fibroidpula adalah ianya akan
membesar tetapi kebanyakkan akan menjadi lembut dan menipis sehinggakan kami sukar
mencarinya dengan ultrasound. Oleh itu banyak kandongan yang mengalami fibroid
tidaklah mempunyai masalah-masalah yang serius dan ramai yang boleh melahirkan
secara normal.. Apabila fibroid ini membesarkan akan berlaku perdarahan didalam
fibroid. Ini menyebabkan sakit pada bahagian perut.
Saya telah terangkan kemungkinan apa yang boleh
berlaku semasa puan mengandong dengan apa yang ada pada puan. Puan perlu
pertimbangkankan yang ini mungkin kandongan puan yang akhir kerana umur dan jangka 8 tahun puan menunggunya. Kalau puan teruskan kandongan puan, saya rasa puan perlu rawatan susulan dengan pakar,dihospital besar dan rawatan susulan
yeng lebih kerap dari orang lain yang tidak mempunyai masalah. Selagi puan di
selia dengan baik termasuk ujian-ujian darah,ultrasound insyaallah ianya akan
berjalan lancar. Patuhi semua nasihat doctor walaupun terpaksa bercuti Sembilan
bulan.
Saya doakan semuga puan selamat, dan
buatlah keputusan bersama dengan suami dan doctor puan. Saya dapat membantu
dari fakta perubatan.
No comments:
Post a Comment