Soalan 2
Doktor,
Saya wanita berusia 35 tahun. Saya berkahwin pada usia 30 tahun (2005) dan anak pertama lahir setahun kemudian melalui kaedah caesarian. Pada tahun 2009 saya mengalami keguguran tetapi tidak ada D&C. Sehingga sekarang saya berusaha untuk hamil lagi tapi tidak berjaya. Sekarang, setiap kali selepas melakukan hubungan kelamin dengan suami, keesokan harinya saya dapati ada 'brownish stain' pada seluar dalam saya. Adakah saya mempunyai masalah dalam rahim? Saya rasa sangat risau mungkin ianya punca saya tidak hamil lagi. Doktor, tolonglah saya.

Tq
Halimah
Puan Halimah
Masalah pertama puan tentang kesuburan saya
berpendapat tidak kena mengena dengan pembedahan caesarean puan mahupun
keguguran.Memang benar jangkitan kuman pada saluran peranakan kerana caesarean
dan keguguran boleh berlaku tetapi ianya adalah amat terpencil.
Ada sebab lain yang menyukarkan puan unutk
mengandong,Kebiasaannya adalah masalah haid yang tidak menentu selepas bersalin
,Ini kerap berlaku apabila berat badan mula naik dengan mendadak.Lemak yang
berlebihan menganggu telur dan haid.Oleh itu cuba dapatkann semula berat badan
yang ideal dengan berat dan tinggi puan.Sekecil penurunan saya cadangkan 10 peratus dari berat
sekarang. Masalah ovulasi yang terganggu boleh di lihat ujian darah. Disamping
itu sperma suami puan perlu dilihat sama ada normal atau tidak. Dengan kata
lain puan perlu berjumpa dengan doctor
bagi melakukan ujian dan rawanatan kesuburan.
Masalah kedua iaitu perdarahan kecil selepa
s hubungan kelamin juga mempunyai beberapa sebab. Paling penting sekali ialah
kita perlu mengesahkan ianya bukan brpunca dari kanser pintu rahim dengan
melakukan ujian Pap smear.Sekiranya puan tidak pernak lakukan eloklah puan
lakukan segera.Kebanyakkan masalah perdarahan selepas hubungan kelamin bukan
berpunca dari kanser tetapi kerana jangkita kuman pada pintu rahim dan
vagina.Jangkitan kuman ini menyebabkan radang pada pintu rahim dan menyebabkan
berdarah bila disentuh. Selain dari pada itu jangkitan candida juga boleh
menyebabkan perdarahan.Pemeriksaan pada pintu rahim dapat membantu kita sama ada
terdapat ketumbuhan tidak kanser seperti polip. Masalah ini tidak menganggu
kesuburan puan.
salam doktor...
ReplyDeletesaya nak tanya...
saya baru berkahwin selama sebulan..
dan perkara yg meriasaukan sy ialah.. de darah yang keluar setiap kali lepas bersama..
darah tak pekat.. mungin sebab dah bercampur air mani...
dan de juga darah yang berlendir seerti selaput...
kami dah bersama lebih kurang 5-6 kali...
nape doktor..harap doktor dapat membantu..
saya tak pernah melakukan hubungan sebelum berkahwin..
saya bukan org yang aktif bersukan..
tggi saya 155..dan berat sy 70..