Puan,
Pada pendapat saya, masalah angin dalam perut dan gastric puan
tiada kaitan dengan kelahiran anak puan 2 tahun lalu. Masalah “angin”
digolongan orang Melayu saya rasa bermakna senak atau ‘dyspepsia’ istilah
perubatan.
Pelbagai organ yang boleh menyebabkan angin
di ulu hati. Organ utama adalah perut/stomach iaitu tempat dimana makanan atau
minuman terkumpul dahulu sebelum memasuki susu kecil untuk
pencernaan.Kebiasaannya angin di perut berpunca dari berlebihan asiditi dalam
perut.Bila kita selalu menahan lapar atau makan makanan atau minuman berasiditi
tinggi akan menyebabkan kandongan asid dalam perut meningkat. Asid yang korosif
ini boleh melukakan lapisan perut kita.Sekiranya kita melakukan endoskopi kita
dapat melihat kulit perut ini merah dan kadangkala terdapat ulser. Pengambilan
ubat tahan sakit yang berpanjangan
seperti NSAIDs(Ponstan) boleh menyebabkan gastric.
Selain dari asid,bakteria H.pylori
boleh menyebabkan simtom gastric, Simtomnya tiada beza dari gastric yang berpunca dari
asid. Ujian pernafasan atau ujian dengan endoskopi dapat membezakan diantara kedua-dua ini.Rawatan diantara kedua-dua ini adalah berbeza sama sekali. H.pylori
memerlukan pengambilan antibiotic.
Batu karang di hempedu/gall bladder juga
mempunyai simtom-simptom seperti angin di ulu hati. Bagi mempastikan batu
karang , puan perlu melakukan imbasan ultrasound.Sekiranya terdapat batu karang di
hempedu , anda memerlukan pembedahan.
Selain dari masalah yang datang dari ulu
hati ini,kami juga perlu melihat organ-organ lain yang juga kadangkala
mempunyai masalah tetapi simtom-simtomnya seakan-akan penyakit gastik.Ketumbuhan dari ovary
seperti sista/cyst boleh menyebabkan senak di bahagian perut dan kalau ianya
besar cyst ini boleh bergerak bila di tekan. Imbasan ultra sound di bahagian
pelvis dapat menentukannya.
Sekiranya seseorang itu mempunyai masalah
buang air besar/constipation yang kronik mereka ini akan mengalami masalah
senak.angin di seleruh perut terutama di sebelah kiri.kadanglah endoskopi dari
bawah diperlukan untuk mempastikan puncanya.
Oleh kerana itu saya berpendapat puan perlu
berjumpa doctor untuk penyiasatan dan rawatan. Jangan biarkan masalah ini
berlanjutan setelah 2 tahun.
I hope my blog will be some helpful to you all.Tahanks
ReplyDeleteSya jga mngalami pedih ulu hati yg sgt teruk slps brsalin..msa preggy ada jga kna tp x sekerap slps brsalin..sy admit ward 3 hari n doc ckp sy suspect ada radang hati..my sis jgk hdpi bnd yg sme slps brsalin tp dia ada batu dlm hempedu n settle with operate laser..
ReplyDeleteassalamulaikum..saya ingin bertanya jika seseorang itu telah ikat peranakan .ada kah potensi utk mengandung semula ada? jika ingin buka semula peranakan adakah boleh ?
ReplyDeletewslm sis. setahu saya jika dah buat BTL (ikat peranakan) peratus utk mengandung normal adalah tipis, mungkin jgk takde. dan sgt bahaya sbb boleh terjadi risiko mengandung luar rahim. dan rasanya once dah ikat tak boleh buka semula.
Delete