Followers

Wednesday, 18 April 2012

Sifilis dan hubungan kelamin. Ada risiko?


Dr. saya sudah berkahwin 2 tahun lebih dan dikurniakan seorang anak. Saya menghidap sifilis, saya berhubungan intim dengan isteri hanya pada sebulan pertama perkahwinan, bermakna, sudah 2 tahun kami tidak melakukan hubungan intim.
Saya takut setelah dr. memberi tahu kemungkinan anak kami akan mengalami masalah disebabkan penyakit saya. Setelah habis pantang, saya membawa isteri untuk memeriksa darah. Isteri disahkan menghidap herpes simplex. Soalannya, sayakah pembawa kepada penyakit yang menjangkiti isteri saya?
Untuk pengetahuan Dr saya tiada herpes. Isteri menyatakan dia tiada hubungan dengan sesiapa melainkan saya. Saya tertekan, rasa bersalah, apa yang harus saya lakukan?

M
  
Penyakit sifilis adalah penyakit pembawaan seks disebabkan oleh bacteria Treponema pallidum.Sifilis boleh jangkiti seseorang melalui kontak dengan kudis sifilis yang biasanya didapati pada penis,vagina,dubur dan rectum.Kebanyakkan pembawa kuman sifilis ini tidak mempunyai atau mengetahui tanda-tanda untuk beberapa tahun pertama dan komplikasi sifilis masih boleh terjadi kemudian jika tidak dirawat. Rawatan sifilis pada peringkat awal amat mudah. Satu suntikan penisilin sudah cukup mengawal penyakit ini. Saya rasa Encik M telah mendapat rawatan antibiotic pada peringkat awal sebelum berkahwin.Sekiranya rawatan telah diambil dan sebulan pertama perkahwinan tuan tidak terdapat kudis-kudis sifilis ini maka transmisi kepada isteri tuan adalah terlalu kecil. Kebiasaannya hospital akan melakukan ujian darah untuk mengetahui sama ada isteri tuan di hinggapi sifilis atau tidak semasa rawatan susulan antenatal. Sekiranya penyakit sisfilis tidak di ubati semasa mengandong,sifilis boleh berjangkit kepada bayi. 
Tuan boleh melakukan ujian sifilis semula untuk mempastikan sama ada sifilis ini masih aktif atau tidak. Ujian darah ini dapat  mengukur kandongan antibody sifilis dalam badan tuan. Masalahnya paras  antibodi mungkin tidak hilang selepas beberapa tahun sifilis dirawat dengan jayanya.Sekiranya tuan berapa dalam keadaan baik saya rasa tuan tidak perlu takut untuk bersama isteri dan isteri untuk mengandong anak kedua.
Penyakit Herpes Simplex juga penyakit pembawaan seks dan ianya berpunca dari virus Herpes Simplex(HSV). Terdapat 2 jenis HSV iaitu HSV 1 dan HSV 2. HSV 2 adalah virus yang paling biasa sekali terutama pada golongan wanita. HSV 2 menyebabkan ulser-ulser genital dan HSV 1 menyebabkan ulser-ulser pada mulut dan bibir. Kesemua ulser-ulser akan hilang dalam masa 2 hingga 4 minggu tanpa rawatan.  Perlu di ingat yang HSV ini  juga dijangkiti melalui dari kulit-kulit yang luka . Secara amnya jangkitan HSV 2 boleh dijangkiti dari pasangan yang juga mengalami HSV 2 yang tidak mempunyai ulser dan mereka tidak tahu sama ada mereka ada virus ini.
Kalau tuan tertekan kerana perkara ini saya cadangkan tuan dan isteri berjumpa dengan pakar penyakit infeksi bagi melakukan ujian seterusnya.Sekira tidak ada membawa apa-apa masalah,tuan boleh melakukan hubungan intim seperti biasa. Bagi mengurangkan risiko-risiko transmisi virus atau bacteria ini,kondom adalah cara yabg terbaik yang menghalang mereka dari merebak ke orang lain.


9 comments:

  1. berapa kos untuk pemeriksaan darah untuk siflis di klinik swasta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xmahal ,xsmpai rm50 rasenye.
      Full std scan dkt pathlab rm180.

      Delete
  2. dimana klinik swasta yang ada tok cek penyakit seperti ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bp lab ada..pathlab ada...gribbles pun ada...klinik bangsar south pun ada...

      Delete
  3. Adakah lelaki dan wanita terlibat dalam penyebaran penyakit siplis? Ada yang berpendapat penyakit siplis ini pembawanya adalah lelaki. Mohon penerangan

    ReplyDelete
  4. As salam..

    Utk makluman saya telah membuat ujian std dan hanya positif herpes simplex 1..menurut doc ia adalah dh lama dh.. Ujian lain2 saya negatiftermasuk vdrl siflis non reactive.
    Tetapi pasangan saya positif siflis 1:64..adakah siflis ada tempoh untuk dpt mengesan kuman siflis..
    Mohon pencerahan tuan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada jenis ujian..biasa ujian vdrl lebih cepat mengesan..

      Delete
  5. biasanya keputusan ujian darah boleh dapat terus atau kena tunggu berapa hari?

    ReplyDelete