Saya sedang hamil anak ketiga dan setiap
kali hamil, saya akan berhadapan dengan masalah buasir. Baru-baru ini, saya
dapati daging yang mengelilingi saluran faraj seakan tersembul keluar. Ia tidak
sakit tetapi saya bimbang. Adakah ia
disebabkan tekanan buasir dan bayi yang semakin membesar ? Adakah ia kekal atau
akan kembali normal selepas bersalin?
Puan M
Sememang kerap saya dapati
wanita yang mengandong mengalami masalah buasir.Buasir menyebabkan ketidak selesaan jika ia terkeluar melalui dubur dan menyebabkan kesakitan dan perdarahan jika buasir ini tersumbat dan luka selepas membuang
air besar. Buasir boleh terluka bila najis terlalu keras. Tambahan ketika
mengandong disebabkan kulit dubur menjadi kendur kerana hormone,tekanan dari
bayi pada dubur dan masalah sukar air besar menyebabkan buasir lebih teruk lagi.Kami kebiasaannya memberi ubat seperti
Dafilon,ubat memudahkan buang air besar dan ubat supositori untuk dimasukkan
kedalam dubur.
Buasir terjadi bila saluran darah vena bengkak dan timbul serta bengkak-bengkok/tortuous. Ini menyebakan saluran ini
mudah tersumbat kerana pembekuan darah.
Kejadian ini bukan saja berlaku di dubur tetapi ianya boleh berlaku di kaki dan
bibir faraj seperti puan alami. Pada kaki ianya timbul pada permukaan betis dan
selalunya puan akan mengalami kesakitan semasa berjalan. Jika ia timbul di bibir
faraj,bibir faraj akan membengkak dan puan berasa tidak selesa bila terkena
seluar dalam. Perdarahan jarang berlaku ditempat sebegini. Jika puan lihat
dalam cermin, ia membentuk jaringan urat-urat darah berwarna biru/hijau.
Lagi hampir puan ke tarikh bersalin lagi
bertambah teruk. Ini tidak memudaratkan kandongan puan, Cuma kami cuba mengelakkan melakukan epiosotomi kalau boleh bagi mengelakkan perdarahan yang
banyak jika terkena urat-urat darah ini terpotong atau koyak.
Semua masalah itu tadi selalunya akan
hilang selepas bersalin nanti.
http://herbaramuantaufiq.blogspot.com/p/artikel-pilihan.html
ReplyDelete