Followers

Sunday, 22 April 2012

Pentingnya tarikh haid dan masalah kehamilan lebihhari



Majoritinya ibu-ibu yang hamil akan bersalin  dalam jangka masa 38 hingga 40 minggu. Kehamilan lebih dari 40 minggu atau kurang dari 38 minggu tidak ramai. Adalah dianggarkan pada sekitar 5 hingga 10 peratus sahaja.
Bila susah sampai tarikh bersalin/due date, semua pasangan akan merasa ‘gelisah’. Perasaan ini bukan sahaja dirasai oleh ibu dan ayah tetapi juga mulai kuatir terhadap kandongan tersebut. Ini di sebabkan oleh kadar mortiliti dan morbidity kepada bayi akan meningkat kalau kehamilan berpanjangan.
Terdapat 2 terminologi yang kami gunakan dalam kes-kes kehamilan yang berpanjangan.
1.       Mengandong lebih hari iaitu dari 40 minggu + 1 hari sehingga 40 minggu + 14 hari.
2.       Mengandong berpanjangan/Prolonged pregnancy iaitu kehamilan  yang melebihi 42 minggu(294 hari)
Kehamilan melebihi 42 minggu adalah jarang berlaku kerana kesumua ubu-ibu akan di ‘induce” pada 40 minggu + 7 hari  hingga 10 hari bagi mengelakkan risiko-risiko berkaitan dengan kehamilan peanjang.
Kita perlu ingat bahawa perkiraan tarikh lahir/due date adalah mengikut dari hari pertama darah haid yang terakhir dan bukanya hari terakhir darah haid yang terakhir. Contohnya ;
Puan Ani mengandong anak pertama mendapati haid terakhir beliau bermula dari 4 Mac 2012 dan berakhir pada 11 Mac 2012. Jadi hari pertama darah haid yang terakhir adalah 4 Mac 2012 dan bukannya 11 Mac 2012. Ibu-ibu sering “confuse” mengenai perkara ini sebab itu saya mesti semak semula haid mereka.
Tarikh dijangka bersalin/due date, tidak boleh di terimapakai sekiranya
1.Ibu tidak ingat tarikh darah haid
2.Haid sebelum mengandong tidak betul/irregular
3. Menggunakan kaedah cegah kehamilan seperti pil,suntikan,implanon
4. Mengandong ketika tengah menyusukan anak.
Oleh kerana itu amat penting bagi ibu-ibu yang mempunyai factor-faktor di atas supaya menjalani imbasan ultrasound diperingkat kandongan bagi membantu doctor mengira  arikh jangkaan bersalin. Ibu-ibu yang menjalani imbasan ultrasound diperingakat Trimester pertama,insiden kehamipan berpanjangan adalah dibawah 5 peratus sahaja.

Apakah risikonya jika kehamilan melebihi  masa/Prolonged pregnancy?
1.Kadar Mortaliti Perinatal meningkat 2 kali ganda
2. Termakan/Aspirasi meconium dan memerlukan bantuan pernafasan menibgkat
3.Oligohidramnios/air ketuban berkurangan
4.Makrosomia/Anak besar
5.”Cephalohaematoma”/Perdarahan dalam otak
6.Anak lemas/Fetal distress semasa bersalin dan
6. Bayi mengalami hipotermia,hipoglisemia,polisitemia dan bantut pertumbuhan

Apakah risiko pada si  ibu?
1.Keresahan dan stress Psikologi
2.Intervensi meningkat kerana
            a.Induksi bersalain
            b.Bersalin menggunakan peralatan seperti vakum/forcep

Apakah risiko yang dialami oleh bayi jika kehamilan melebihi 2 minggu(42 minggu)?
Bayi bayi ini mengalami yang di panggil Sindrom “postmaturity” yang mana mereka menunjukkan tanda-tanda malnutrisi
 Tanda-tanda ini adalah perut kempis,lemak dibawah kulit sedikit,kulit berkedut dan mudah ‘terkoyak’/peeling. Muka mereka ‘anxious and alert look’. Kulit mereka diselaputi oleh meconium.

Kesimpulanya, adalah amat penting bagi bakal-bakal ibu untuk mencatitkan bila mula dan berakhirnya haid mereka dalam handfon atau diari. Jika mereka mempunyai factor-faktor yang boleh menganggu haid dan kesuburan mereka,wajib melakukan imbasan ultrasound dan minta doctor berikan lapuran tersebut untuk rujukan bila buat antenatal check up nanti.

3 comments:

  1. salam doktor. saya ada masalah. mungkin off topic sikit

    lepas bersalin anak pertama dalam 45 hari saya pakai implanon. tarikh bersalin 25/03/2011.

    masalahnya haid saya tak stabil bila dah pakai.

    sebagai contoh, dalam sebulan. darah keluar selama 18 ke 21 hari. dan ia berlarutan sehingga ke hari ini. menurut doktor tempat saya pakai tu lepas pakai biasa nya masalah ini berlaku hanya sekitar sebulan ke tiga bulan sahaja dari tarikh pakai.

    soalan saya:

    1. Adakah ini normal?

    2. Biasanya selepas 14 hari saya sudah sembahyang walaupun darah masih ada. Adakah itu darah haid atau darah penyakit?

    3. Perlukan saya meneruskan pemakaian implanon ini atau buka balik dalam masa terdekat ni?

    Terima kasih doktor.

    eira.eixora@gmail.com

    p/s: sebelum pregnant kitaran haid saya adalah 21 hari, 7 hari period dan 14 hari boleh sembahyang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Eira,terima kasih dan saya harap saya membantu anda semua.
      Mula mula Implanon diperkenalkan beberapa tahun yang saya memang excited dan rekomen pemasangan Implanon kepada pesakit saya TETAPI kesan sampingan amat mendukacitakan sehingga kini terakhir saya pasang banyak tahun yang lalu. Saya personally tidak menggalakan pesakit saya pakat kerana masalah seperti puan dapat. Paling ketara masalah Implanon adalah regularity haid . Memang tidak regular,pendek,panjang ,banyak dan boleh terhenti lansung. Ramai akhir saya terpaksa membuangnya. Tetapi ada juga tidak kisah terutama yanag period berhenti mungkin bagi mereka senang. Pelbagai pesakit mempunyai pelbagai persepsi tentang haid.
      Apa yang saya boleh rekomenkan, puan cuba pil bersama dengan Implanon. Contohnya puan boleh ambil Mercilon,Marvelon,Yaasmin,Yaz untuk minima 3 bulan dan lepas berhenti. Lihat sama ada haid pulih atau tidak.
      Haid definasi kami dibawah 1o hari. Kalau lebih dari itu anggapkan penyakit. Sama ada perlu buang atau tidak bergantong kepada puan. cuba pil yang telah saya cadangkan dahulu. Kalau gagal dan jika ini meragukan puan untuk solat berpuasa eloklah buang. Macam cara lain yang boleh dipakai.

      Delete
  2. Salam doktor.

    Saya juga mengalami masalah yang sama. Saya memasang implanon pada hari kedua period. Saya masih lagi period sehingga hari ini hari ke 16. Adakah ini normal doktor?
    Saya berasa risau memikirkan tentang ini atau memang ramai yang mengalami keadaan seperti saya?
    Keduanya bolehkah saya tahu paling lama haid ini akan kuar sampai bila?

    ReplyDelete