Salam Dr Suhaimi.
DOKTOR, saya berusia 27 tahun dan masih bujang. Masalah yang saya hadapi adalah ada ketumbuhan seakan isi di tepi dalam qubul saya tempat buang air besar. Saya menyedarinya sejak beberapa bulan lalu dan bimbang kemungkinan ini petanda barah yang merebak?? Apakah ketumbuhan ini serius? Apa pendapat doktor?. dalam masa yang sama saya susah untuk membuang air besar dan berlaku keputihan kental pada faraj saya.

TERIMA KASIH
Jawapan
Salam sejahtera,
Yang paling baik adalah jumpa doctor untuk
mempastikan apakah ketumbuhan dari dubur itu. Buasir adalah ‘ketumbuhan ‘ yang
paling biasa berlaku pada dubur. Buasir ini ada kaitan dengan masalah buang air
besar saudari. Konstipasi yang terlalu lama boleh menyebabkan buasir terjadi.
Terdapat dua bentuk buasir iaitu buasir luaran dan buasir dalaman. Buasir
luaran ini merupai ketulan daging pada lubang dubur. Ianya tidak menimbulkan
masalah seperti sakit atau berdarah kecuali ianya mengalami infeksi kuman atau
berlaku thrombosis pada saluran darahnya. Buasir luaran sentiasa berada diluar
dan kadangkala boleh membei kesakitan semasa membuang airbesar. Buasir bukannya
kanser.
Kadangkala terdapat kulit ditepi
dubur tumbuh secara berlebihan sehinggakan kulit tersebut tumbuh seperti
daging. Ini tidak menyebabkan apa-apa masalah besar dan mungkin menyebabkan
ketidak selesaan sahaja. Pada pendapat saya Cik Zsuria berjumpalah dengan
doctor untuk masalah ini dan juga dapat membantu kesukaran buang
airbesar.Masalah sukar air besar ini selain ubatan, diet perlu ditukar yang banyak
mempunyai fiber dan kena banyak minum air.
Keputihan kental yang keluar dari
faraj mungkin perkara biasa.Keputihan ketara banyak seminggu sebelum haid
kerana dinding rahim amat tebal pada waktu ini.Ini akan mengeluarkan lelehan
dari vagina.Sekiranya keputihan ini berserta dengan kegatalan,bau yang busuk
atau berubah warna maka ianya mungkin ada masalah jangkitan kulat atau kuman.
Sekali lagi dapatkan pandangan doctor dan sedikit pemeriksaan dan ujian perlu
dilakukan.
No comments:
Post a Comment