Saya
aini umur 26 tahun,belum berkahwin ,saya pernah menghidapi penyakit
endometrosis..saya telah menjalani operation laparoscopy pada bulan
7/2011.setelah menjalani operation doktor memberitahu endometrosis saya stage
3. Saya telah menjalani rawatan susulan selama 6 bulan dengan
mengambil suntikan lucrin .Semasa pengambilan lucrin yang ke 6 doktor
telah scan dan mendapati cyst saya ada lagi 2mm. Memandangkan lucrin saya
telah cukup doktor mencadangkan saya mengambil pil perancang jasmin pada
bulan 2 ni. Buat masa ini saya tidak ada perancangan lagi untuk
berkahwin....saya ingin tahu kebaikan dan keburukan pil perancang jasmin
bagi penyakit endometrosis..
Assalamulaikum
Cik Aini,
Sebelum
saya menjawab tentang kebaikan dan keburukan pil perancang seperti Yasmin
sebagai rawatan susulan penyakit endometriosis, saya harap saudari faham akan
komplikasi-komplikasi dari penyakit itu sendiri oleh kerana saudari masih lagi
muda dan belum berkahwin.
Endometriosis
adalah penyakit kronik dimana ianya
boleh didapati pada kes-kes infertiliti(20-30%),senggugut(40-60 %) dan
sakit kronik pada pelvis(15%). Simtom-simtom tipikal endometriosis(selalunya
kombinasi) adalah infertility dan sakit pada bahagian pelvis yang kronik. Sakit
ini boleh menyebabkan senggugut setiap bulan,sakit yang konsisten setiap hari
atau sakit ketika hubungan seksual. Jarang sekali mereka mengalami sakit semasa
kencing atau membuang air besar.
Pada
usia saudari, endometriosis mempunyai risiko berulang/recurrent adalah setinggi 30 peratus. Ini
bermakna jika saudari mengalami senggugut, ianya akan berlaku semula walaupun
rawatan suntikan leucrin dan pil perancang keluarga telah diberikan. Ini
merupakan dilema bagi para doctor kerana kami tahu ianya akan timbul semula dan
rawatan yang diberi hanya untuk memperlahankan pertumbuhan endometrisosis untuk
sementara waktu. Ini termasuklah berulangnya kejadian sista pada ovari.
Endometriosis
sentitif pada hormone estrogen jadi dengan memberhentikan produksi hormone
estrogen dari ovari dapat melengahkan pertumbuhannya. Leucrin yang diberi
menyebabkan saudari berada dalam keadaan ‘menopos’ sementara waktu. Suntikan
leucrin dapatlah mempertahankan haid dari berlaku mungkin untuk beberapa bulan
sahaja sehinggalah ovari-ovari saudari pulih semula. Pil perancang keluarga
yang diberi dapat menghalang ovari-ovari dari berfungsi dengan menghalang
benih-benih telur dari tumbuh setiap bulan. Dengan cara ini endometriosis dapat
dikawal terutamanya jika ianaya dikaitkan dengan senggugut dan kitaran haid
yang tidak menentu. Jadi saya rasa ini pilihan yang terbaik unutk saudari
sehinggalah saudari merancang untuk berkahwin dan mengandong. Pil perancang
pada kes-kes endometriosis baik untuk mengurangkan senggugut,kitaran
haid menjadi tepat,pendek dan sedikit. Selain dari itu pil perancang boleh
menyerikan wajah saudari kerana hormone estrogen dan elok untuk mereka yang
mempunyai masalah jerawat. Keburukannya pula adalah kecil seperti pembekuan
darah pada kaki,risiko kanser payudara dan servik jika diambil dalam masa yang
panjang iaitu lebih dari 5 tahun. Secara amnya pil perancang adalah selamat kerana
ianya telah berada diambil berbilion wanita sebagai pil perancang,
Jadi
saudari tidak perlu melambatkan perkahwinan atau mengandong kerana
endometriosis diketahui boleh merosakkan
saluran peranakan dan menganggu ovulasi.
No comments:
Post a Comment