Followers

Wednesday, 18 April 2012

Darah tinggi dan pil perancang.Adakah boleh diambil?



Saya berusia 35 tahun dan ada 4 anak. Saya bercadang mengambil pil perancang kerana bilangan anak sudah cukup tetapi masih menyusukan anak yg berusia 1 thn dan ada tekanan darah tinggi yg bacaannya disekitar 150/80.Setiap kali mengandung dari anak pertama hingga ke4 saya memang ada darah tinggi tetapi terkawal,bersalin normal dan darah tinggi akan hilang tetapi tidak hilang untuk anak yg ke4.Saya ingin bertanya pil perancang apakah yg sesuai dengan keadaan saya sekarang dan perlukah saya mengambil ubat darah tinggi dan ubat darah tinggi apakah yg sesuai untuk saya?Saya juga tidak datang haid seperti biasa selagi saya menyusukan anak seperti anak ke3dahulu 2 tahun saya tidak datang haid adakah ia normal?
       
Lisa
Bangi


Puan Lisa,
Pada pendapat saya,cara merancang yang paling bagi puan merancang adalah tanpa menggunakan sebarang hormone kerana hormon-hormon yang diambil  boleh meningkatkan tekanan darah puan.Maknanya seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil hormone tidak kira untuk merancang keluarga ataupun selepas menopos. Ini bukan bermakna puan tidak boleh lansung mengambil pil perancang tetapi kalau ada alternative lain yang tidak menggunakan hormone adalah digalakkan. Terdapat beberapa cara yang tidak menggunakan hormone iaitu alat dalam rahim/IUCD,ikat saluran peranakan dan kondom. Diantara tiga ini saya syorkan puan ikat saluran peranakan kerana puan adalah pesakit darah tinggi dan sudah mempuyai 4 orang anak. Saya rasa mungkin puan dan suami rasa ianya telah mencukupi. Kaedah ini kekal buat selamanya.Pilihan lain adalah menggunakan alat dalam rahim. Ianya boleh digunakam selama 3 tahum sebelum diganti baru. Ini bermakna puan memerlukan 4 hingga 5 gantian sebelum puan disahkan tidak boleh mengandong lagi. Kaedah ini bersifat sementara dan boleh dibuang bila-bila masa jika seseorang itu ingin mengandong lagi. Saya tidak menggalakkan puan untuk mengnadong lagi kerana masalah tekana darah tinggi puan.Masalah darah darah tinggi semasa mengandong boleh membahayakan nyawa ibu dan juga bayi yang dikandong.Darah tinggi yang serius boleh membawa kepada eklampsia.
Sekiranya puan terpaksa mengambil hormone sebagai kaedah mengelakkan kehamilan,maka puan perlu mengambil ubat darah tinggi sekali. Cara ini dapat mengurangkan tekanan darah.Saya nasihatkan puan berjumpa dengan doctor untuk rawatan darah tinggi puan dan disamping itu bincang tentang kaedah cegah kehamilan.Terdapat pelbagai ubat darah tinggi dan doctor perlu dapatkan ubat yang tidak memberi masalah pada bayi puan yang tengah menyusu.
Darah haid akan terhenti jika puan memberi susu badan sepenuhnya. Ini bergantong berapa kerap dan lama bayi puan menyusu. Sekira nya puan telah memberi bayi puan susu botol atau makanan,haid akan cepat datang kerana bayi puan akan kurang menyusu. Kesannya sekira haid tidak datang dalam masa yang panjang adalah osteoporosis.Ini adalah sementara dan selepas haid datang semula ,osteoporosis akan pulih. Selain itu kulit akan selelu kekeringan terutama bila bersama suami.

Soalan 2

2 comments:

  1. Salam Puan,.sy.wanita berumur 40 thn Dan telah mempunyai 3 orang anak.masalah yg sy hadapi.ialah..di lubang vaginal sy terdapat benjolan spt daging yg semakin membesar Dan Ada Kalanya mengeras Dan adakalanya menjadi lembut Tetapi.tidak sakit. Sy telah pernah rujuk ke pakai sakit Puan Dan setelah di scan tdk Ada tanda2 ktumbuhan.begitu juga apabila sy membuat pemeriksaan pap smear semuanya Normal.apa yg membimbangkan saya, benjolan itu membesar Dan semakin merebak ke Dalam lubang vagina sy apabila sy Cuba masukkan Jari telunjuk ke Dalam. Apakah itu Satu ktumbuhan /benjolan biasa? Dan bagaimana Cara untuk merawatnya.sy hampir hilang kepercayaan utk merawatnya kerana jawapan yg Sama sy terima setiap masa.utk pengetahuan Puan..ini sy sedari sejak mempunyai anak pertama lagi. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..saya berusia 41 tahun...saya mempunyai 3 orang anak hasil dari suami pertam dan kedua...sebelum ni saya ada ambil pil perancang regividon tapi saya dah berhenti tahun 2020...masalah saya sekarang ni doktor...sekarang saya dah bernikah lagi suami yang ke3 kali tetapi saya ada mengalami tekanan darah tinggi...bole ker saya mengambil pil perancang lagi untuk mengelakkan kehamilan d saat saya makan ubat darah tinggi.

    ReplyDelete