Doktor,
Saya berumur 38 tahun dan obes akan menjalani pembedahan
membuang fibroid dan cyst pada 20.12.2011.Masalah saya adalah pada tarikh
tersebut biasanya saya datang haid.Adakah pembedahan boleh dilakukan ketika
saya datang haid dan apakah kesan sampingan akibat pembedahan tersebut? Saya
amat risau memikirkan perkara ini. Harap doktor dapat memberi jawapan sebelum
saya menjalani pembedahan.
Yang benar,
ZZ
Assalamulaikum Puan ZZ,
Secara amnya pembedahan semasa haid tidak
membawa apa-apa kesan sampingan yang lebih daripada pembedahan yang dilakukan
selepas haid. Bagi kebanyakkan wanita merasa kurang selesa jika pembedahan
dilakukan semasa haid kerana mereka beranggapan darah haid adalah darah kotor.
Jadi mereka merasakan tidak sesuai melakukan perkara yang berhubung dengan
rahim. Dari segi perubatan, darah haid adalah “bersih”. Maksudnya ianya adalah
lelehan dinding rahim yang steril yang berbentuk darah.
Kebiasaanya kami doctor akan menunggu
sehingga haid habis kecuali pembedahan itu amat kritikal dimana jika
ditangguhkan boleh membawa kemudaratan kepada pesakit. Ini disebabkan pesakit
bersa kurang selesa diwaktu itu dan kami juga berasa kurang sesuai terutama
pembedahan-pembedahan atau
prosedur-prosedur yang melibatkan vagina,servik dan rongga rahim . Contohnya
ujian pap smear,histeroskopi,kolposkopi dan sistoskopi. Semasa haid keputusan
ujian mungkin tidak tepat.
Puan tidak jelaskan sama ada puan akan
menjalani pembedahan pembuangan fibroid dan cyst secara laparaskopi atau
laparatomi. Kaedah secara laparaskopi selalunya memerlukan satu peralatan yang
dipanggil “ uterine manipulator” untuk membantu kami dalam pembedahan.
“Manipulator” ini perlu dimasukkan kedalam rahim bagi mengangkat atau mengubah
posisi rahim semasa pembedahan. Jadi sekiranya puan sedang haid amat kurang
sesuai melakukan laparaskopi. Laparaskopi adalah satu kaedah pembedahan yang
menggunakan satu set kamera kecil dan
beberapa peralatan pembedahan dan dilakukan melalui lubang-lubang kecil
diatas perut.
Pembedahan secara laparatomi adalah kaedah
biasa dimana fibroid dan cyst dikeluarkan melalui pembedahan diatas perut
seperti pembedahan caesarean. Kaedah ini tidak memerlukan apa-apa peralatan
unutk masukkan kedalam rongga rahim atau vagina. Selalunya pada pengalaman saya
pembedahan semasa haid akan mengalami perdarahan yang lebih sedikit kerana pada
masa ini saluran darah akan timbul dan bengkak kerana reaksi dari
hormone-hormon. Tetapi tidaklah membawa perkara yang burok kerana doctor dapat
mengawalnya semasa pembedahan. Salah satu risiko tentang pembuangan fibroid
adalah perdarahan yang berlaku. Kami tahu yang pembedahan fibroid akan
menyebabkan perdarahan yang lebih kadangkala membimbangkan. Salah satu cara
kami lakukan sekiranya fibroid ini terlalu besar atau banyak, kami akan memberi
satu suntikan gonadotropin untuk satu atau dua bulan
sebelum pembedahan. Ini dapat mengecutkan fibroid-fibroid tadi dan
menyebabkan saluran darah dikeliling fbroid mengecil. Kaedah dapat mengurangkan
perdarahan.\
Kesimpulannya saya berpendapat puan
berbincangkan dengan doctor puan sekiranya haid berlaku pada 20 Disember ini.
Kes puan bukanya kritikal . Jika puan berasa kurang selesa dan kuatir kalau ada
perkara yang kurang baik berlaku, maka puan boleh minta doctor tangguhkan
selepas haid ini.
No comments:
Post a Comment