Followers

Tuesday, 17 April 2012

Bagaimana hendak menangguhkan haid?


SAYA BERUMUR 40 TAHUN. SAYA AKAN MENGERJAKAN UMRAH BERMULA 24 MAC 2012 SEHINGGA 7 APRIL 2012. MASA HAID SAYA ADALAH TERATUR DI MANA SELALUNYA BERMULA PADA 26HB SEHINGGA 2 HB SETIAP BULAN. JIKA KITARAN HAID SAYA BERLAKU PADA BULAN MAC, SAYA AKAN BERADA DI DALAM HADAS BESAR SEWAKTU MENGERJAKAN UMRAH DAN INI MENYEBABKAN BANYAK IBADAH YANG SAYA TIDAK DAPAT LAKSANAKAN. SOALAN SAYA, ADAKAH TERDAPAT UBAT YANG BOLEH SAYA AMBIL UNTUK MEMBUATKAN HAID SAYA AWAL DATANG DAN KERING SEBELUM SAYA KE MEKAH PADA 26 HB MAC. ATAU PUN ADA APA-APA NASIHAT DARI DOKTOR UNTUK SAYA MENGATASI PERSOALAN SAYA INI. SEKIAN TERIMA KASIH.

DARI PUAN N

Assalamulaikum Puan N
Terdapat 2 cara bagaimana kita boleh melambatkan haid turun tetapi kedua dua kaedah ini menggunakan hormone.
Kitaran haid yang normal, terdapat 2 jenis hormone iaitu estrogen dan progesterone yang memainkan peranan penting . Progesteron adalah hormone yang terhasil selepas ovulasi berlaku pada hari ke 14 kitaran haid.Paras  progesterone akan memuncak tinggi dan terus bertahan pada tahap tersebut sekiranya berlaku persenyawaan dan implantasi embrio dalam rahim.Sekiranya kehamilan tidak terjadi, maka paras progestoron yang menurun dan dinding rahim akan luruh sebagai haid. Oleh itu berpandukan fakta diatas,kita boleh cuba mengawal atau melambatkan haid turun.
Sekiranya puan mengamalkan pil perancang keluarga sebagai langkah mencegah kehamilan,puan boleh mengambil pil ini secara” back-to back”. Apa yang saya maksudkan disini adalah selepas habis pil 21 biji itu puan perlu teruskan dengan paket 21 biji yang baru tanpa mengambil “cuti rihat selama 7 hari”.Sesiapa yang mengambil perancang tahu mereka perlu mengambil pil satu biji sehari selama 21 hari( Satu paket mengadongi 21 biji). Selepas itu mereka  perlu tunggu  haid datang selalunya beberapa hari kemudian dan memulakan paket yang baru selepas hari terakhir haid tersebut.Mengambil pil back-to back ini boleh dilakukan berterusan selama 3 paket berturut-turut.Memandangkan puan akan berada di Mekah lebih kurang dua minggu, saya cadangkan ambil 2 paket sahaja.
Bagi sesiapa yang menginginkan kaedah pil perancang sebagai cara melewatkan haid saya syorkan gunakannya lebih awal beberapa bulan sebelum pergi Umrah atau Haji kerana ianya lebih berkesan.Semasa mengambil ini, didinding rahim akan terus menebal tetapi ovulasi tidak akan berlaku.Terdapat beberapa kesan sampingan ketika mengambilnya seperti “break through bleeding”,sakit perut dan “bloating”.
Jika puan tidak menggunakan pil perancang ,kaedah lain adalah menggunakan hormone noretisterone contohnya Primolut-N. Noretisterone adalah hormone progesterone. Banyak terdapat hormone-hormon progesteron yang lain dipasaran. Noretisterone ini perlu diambil 3 hari sebelum haid dijangka keluar. Ianya boleh iambil selama 2 minggu sebelum “break through bleeding"berlaku. Saya rasa ini cukup untuk puan mengejakan umrah di Mekah. Pil ini boleh diambil sebiji 3 kali sehari atau 3 biji sekali sehari dan berterusan selama 2 minggu  maksimum.Setelah berhenti mengambil pil noretisterone ini, haid akan datang dalam masa 2 hingga 3 hari. Perlu saya ingatkan disini bahawa haid bila turun selepas ditahan untuk beberapa minggu akan banyak,berketul-ketul dan sakit.Pengambilan progesterone ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan,’depression’.pening,demam,sakit kepala, fluid retention dan gangguan pada paras glukosa dalam darah.
Saya syorkan puan berjumpa dengan doctor tentang masalah untuk melewatkan turun haid puan. Mengambil hormone-hormon tersebut bukannya 100 peratus haid akan dapat ditangguhkan sehingga puan kembali ke Malaysia kerana masalah “break through bleeding” agak sukar dibendung kerana dinding rahim yang terlalu tebal tetap akan luruh. Tambahan kalau puan selalu terlupa atau tidak mengikut waktu mengambilnya maka perdarahan boleh terjadi.
Semuga puan selamat mengerjakan umrah dan kembali ke Malaysia dalam keadaan sihat.




1 comment: