Saya berusia 36 tahun dan ibu kepada
tiga anak berusia 8 hingga 13 tahun. Berat saya pula 49 kilogram dan tinggi 145
sentimeter. Saya mengamalkan pil perancang ‘mercilon’ selama tujuh tahun yang
dibeli di klinik atau farmasi. Masalahnya, sejak saya berhenti dari mengambil
pil perancang tersebut, haid saya sangat sedikit dan juga ada yang tidak datang
haid pada bulan tertentu. Bersama ini juga saya sertakan jadual kitaran haid
saya. Saya amat bimbang dan apa yang harus saya lakukan? Terima kasih.
2010
Assalamulaikum puan,
Bilamana kita mengambil pil perancang
seperti Mercilon,sememangnya haid seseorang wanita akan menjadi sempurna. Ini
bermakna kitarannya tetap setiap 28 hingga 30 hari,sedikit,pendek dan tiada
mempunyai masalah senggugut. Inilah kebaikan pil perancang yang tiada pada
kaedah perancang yang lain seperti IUCD,suntikan atau Implanon.adalah tidak menentu, maka setelah puan
berhenti pil maka kitaran haid kembali kepada asalnya iaitu tidak menentu.Ini bukan perpunca dari
pil ini tetapi memang semula jadi haid puan sebegini. Kitaran haid seseorang
wanita dikawal oleh ransangan dari ovari. Jika ovari mempunyai masalah maka
haid akan menjadi tidak menentu. Puan tidak menjelaskan disini sama ada kitaran haid
adalah normal sebelum ini.
Sekiranya haid puan sebelum ini adalah
normal,mengambilan pil hormone yang berpanjangan boleh menyebabkan ‘gangguan’
pada ovari setelah sekian lama tidak berfungsi kerana pil. Ini kadangkala mengambil masa
yang lama untuk pulih. Kebanyakkan wanita tidak mempunyai masalah dari segi
kitaran haid selepas berhenti mengambilnya dan mereka boleh hamil selepas itu.
Melihat pada carta yang puan beri saya
beranggapan tidaklah teruk sangat. Puan masih mempunyai haid yang ‘tetap’ hanya
sekali sekala sahaja ianya tidak datang dan sekali sahaja datang sampai 2 kali. Masalah ini mungkin menyusahkan puan untuk beribadah tetapi selagi haid ini tidak
memudaratkan seperti keluar dengan banyaknya,berpanjangan sehingga menyebabkan
anemia maka puan tidak perlu panic.
Apakah tujuan puan berhentti pil? Saya rasa
puan ingin hamil lagi. Kalau begitu puan kena sabar,kerana dari segi kitaran
haid ianya agak normal. Kalau puan tidak juga hamil sampai akhir tahun ini puan
berjumpalah dengan doctor pakar unutuk bantuan.
Seperi yang telah saya terangkan tadi,
sekiranya puan inginkan haid yang teratur maka ambil semula pil Mercilon ini
tetapi ianya menyebabkan puan tidak boleh hamil. Puan fikirkan mana yanag
penting bagi puan, haid atau kehamilan.
Terdapat beberapa perkara lain yang
menyukarkan puan unutuk hamil seperti masalah obesity,jangkitan kuman dan
sperma yang kurang bermutu.
Saya berusia 28tahun.dan telah berkahwin pada Mac 2011.sehingga sekarang masih belum ada rezeki buat kami suami isteri.kami dah berjumpa dengan pakar puan.Dr pakar telah memberikan saya pil Estelle 35 Ed dan pil metformin yang dimakan setiap hari. Period saya sebelum ini ada tidak teratur sehingga sekarang.tetapi bermuka dari bulan lepas iaitu bulan Jan 2013, period saya hanya keluar brownish dan sedikit selama 6 hari.normal cycle saya 7 hari dan normal bleeding.tetapi bulan Jan dan Feb 2013, period hanya keluar brownish dan amat sedikit.tempoh brownish hanya 5 hari.untuk pengetahuan, saya dan suami teringin sangat nak ada zuriat.adakah masalah saya ini ada berkaitan dengan pil yang doktor pakar tu beri???harap dapat jawapan dan nasihat.
ReplyDeleteSaya berusia 26 tahun dan telah berkhwin n mempunyai 3 org ank..msalah saya skrg,sya mngambil pil perancang REGIVIDON..baru2 ni sya trlewat n terlupa makan pil trsebut dalam 3 hari jgk y spatutnya saya mkn tiap2 mlm..So,sya truskn jgk mkan pil2 y trtinggal 2..bla da smpai msa hbis pil trsbut y ptut sya mkn,sya mnunggu lbih kurang 5,6 hri jgk period,tpi x dtang2...risau n tkut jgk rasanya sbb ank sya skrg ni y bngsu twin,bru brusia 1 thun...tkut2 trmengandung jerr...hrap dapat jwpan n nshat..
ReplyDeletemacam mana care untuk bertukar dari perancang jenis suntikan kepada perancang jenis pil, nak kena tunggu haid dulu atau terus je makan pil?
ReplyDeletemasalah saye ialah haid tidak datang selepas berenti dari mengambil suntikan, saya mengambil perancang jenis pil GIANE 35 tetapi selepas habis 21 biji pil saya masih tidak datng haid lagi, saya telah membuat ujian urine -ve
hye slmat pagi....saya nak bertanya satu soalan ni.....slpas anak k-2 saya lahir saya trus makan pil noriday...slama saya makan pil tu saya x penah dtang haid....tba2 je masa umo anak saye stahun 8 bln sya ada dtang haid slma 3 hari je...slpas smggu lbih tu sya da dtang haid...adakah ia normal atau brmasalah...sya takut pula nnti jdi lainnye...hrap beri jwapan dan nasihat..tq
ReplyDeletehye slmat pagi....saya nak bertanya satu soalan ni.....slpas anak k-2 saya lahir saya trus makan pil noriday...slama saya makan pil tu saya x penah dtang haid....tba2 je masa umo anak saye stahun 8 bln sya ada dtang haid slma 3 hari je...slpas smggu lbih tu sya da dtang haid...adakah ia normal atau brmasalah...sya takut pula nnti jdi lainnye...hrap beri jwapan dan nasihat..tq
ReplyDeleteHAI SAYA NAK TANYA, SYA MENGAMBIL PILL MERCILON 21 HARI, SELEPAS MAKAN PILL 21 HARI ITU SEPATUTNYA PERIOD DATANG SELEPAS 3 HARI BERHENTI MINUM PILL TERSEBUT , MASALAH SYA SKRANG DAH 5 HARI PERIODXTAK DATANG LAGI
ReplyDeleteAssalamualaikum...sy nak tanya.sy bru saja habis pantang lahirkn ank kedua sy sebulan yg lalu.selepas itu sy mengambil suntikan perancang.beberapa minggu lps tu sy alami dtg bulan yg prtama.apa yg merisaukn,haid sy tidak seperti biasa.biasa mengambil masa seminggu.tp yg ini selepas seminggu,kering.dah tak ada keluar darah.tp brapa hari lps tu keluar lagi darahnya.adakah itu normal?,sy dan suami amat khuatir jika ada trkena jangkitan atau gejala lain
ReplyDeleteAssalamualaikum...sy nak tanya.sy bru saja habis pantang lahirkn ank kedua sy sebulan yg lalu.selepas itu sy mengambil suntikan perancang.beberapa minggu lps tu sy alami dtg bulan yg prtama.apa yg merisaukn,haid sy tidak seperti biasa.biasa mengambil masa seminggu.tp yg ini selepas seminggu,kering.dah tak ada keluar darah.tp brapa hari lps tu keluar lagi darahnya.adakah itu normal?,sy dan suami amat khuatir jika ada trkena jangkitan atau gejala lain
ReplyDeleteKLU mkn ubat Abih da 21butir ni ari keenam xuzur LG macam mana
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletesaya ada ambil pil perancang, utk hentikan period sementara, sebab saya nk menunaikan umrah, selepas seminggu saya mkn ubat tu... ada discharge setiap kali saya kencing.. x byk sgt.. warna kadang2 coklat kadang2 merah.. perlu ke saya stop ubat tu .. atau teruskan... saya risau sebab saya akan ke tanah suci pada 19 januari 2020 ..