Saya berusia 29 tahun dan disahkan hamil
9 minggu. Baru-baru ini doktor mengesahkan saya menghidap HPV
selepas Ujian Pap Smear menunjukkan keputihan yang abnormal. Minggu depan
saya dijadualkan untuk menjalani ujian Colposcopy. Saya sangat tertekan kerana
masih belum pasti sama ada ia bersifat kanser atau tidak.
1.Adakaha HPV akan menjejaskan
kandungan seperti risiko keguguran, lahir pramatang dan komplikasi lain.
2.Adakah virus ini akan dipindah
kepada bayi saya.
3.Adakakah benar kelahiran menerusi
pembedahan lebih kurang risikonya berbanding normal
Assalamualaikum Puan,
Ujian Pap smear bertujuan untuk mencari
bukti-bukti awal yang sel-sel dipintu servik mempunyai potensi untuk merubah
kearah sel-sel kanser. Tetapi dari ujian Pap smear ini kadangkala terdapat
tanda-tanda sel-sel ini telah dijangkiti virus HPV. HPV atau Human Papilloma
Virus adalah penyebab utama sel-sel normal menjadi sel-sel kanser. Bagi
mempastikan sama ada seseorang itu dijangkiti virus ini, maka ujian khas yang
dipanggil Ujian DNA HPV boleh dilakukan. Keputusan dari ujian DNA ini dapat
memberi tahu kita ‘sub-type” HPV yang ada pada pintu servik. Sub-type HPV 16
dan 18 adalah paling berisiko tinggi. Terdapat Sub-type yang lain mempunyai
risiko sederhana. Terdapat sub-type HPV 9 dan11 ang menyebabkan ketuwat /genital
warts pada bahagian kemaluan.
Puan, sekiranya puan disahkan mempunyai
HPV,ianya BUKAN bermakna puan pengidap kanser servik!
Seperti jangkitan-jangkitan virus lain seperti
HIV,bukannya orang itu mengidap AIDS. Virus-virus HIV,HPV mahupun Hepatits B
boleh dibawa atau dihidapi oleh semua orang tetapi hanya sebahagian kecil
pengidap virus-virus ini akan progress menjadi penyakit serius. Contohnya
pengidap HIV akan progress kepada AIDS,HPV akan progress kepada kanser servik
dan Hepatitis B kepada kanser hati.
Oleh itu jika ujian DNA HPV ini positif
maka kami akan tekankan kepada pesakit bahawa mereka tidak boleh abaikan Pap
smear mereka. Sebabnya kami tidak tahu bila sel-sel yang dijangkiti HPV akan
progress kepada sel-sel kanser. Pemantauan ini amat penting bagi wanita
pengidap HPV. Ada juga doctor yang
melakukan kolposkopi bagi melihat dengan lebih jelas dan tepat kawasan-kawasan
di pintu servik yang tidak normal. Kawasan ini perlu diambil biopsy sekiranya
perlu. Bagi saya cukup hanya pemantauan dengan Pap smear sudah cukup sehingga
terdapat bukti suatu hari nanti ianya telah menyebabkan sel-sel ini berubah kepada fasa pra-kanser. Lagi pun puan
mengandong mungkin kurang sesuai kalau dilakukan biopsy.Perdarahan boleh berlaku
dan kalau perlu elok dilakukan selepas bersalin
Apa yang puan kuatirkan tentang masalah
yang boleh timbul seperti keguguran dan kelahiran pramatang adalah tidak benar.
Tidak juga HPV ini menyebabkan kecacatan pada bayi. Bayi puan dapat dapat menghasilkan
sendiri antibody untuk melawan HPV ini. Kalau terdapat HPV Subtype 9 dan 11
maka ianya boleh menyebakan ketuat dalam kod vocal si bayi tetapi ini amat
jarang berlaku. Masalahnya kami tidak mempunyai apa-apa rawatan untuk pembawa HPV
kecuali puan mempunyai ketuat genital tadi.
Oleh kerana kebarangkalian bayi ini
dijangkiti HPV adalah terlalu rendah dan kesan sampingan adalah minimal dan
terlalu kecil maka kami membenarkan kelahiran secara normal berlaku.Ini
berlainan dengan jangkitan HIV dimana keberangkalaian pembedahan caesaerean
adalah tinggi bagi mengelakkan HIV menjangkiti bayi. Itupun bergantung kepada
jumlah HIV yang ada dalam pesakit.Jika jimlahnya kecil maka mereka ini boleh
melahirkan secara normal.
Selepas bersalin nanti puan cadang ambil
suntikan pelalian HPV.
Saya harap penjelasan ini tidak
mencelarukan puan dan sukar unutk saya juga tidak memasukkan terma-terma
saintifik bagi menjelaskan keadaan puan. SEcara amnya puan tidak perlu kuatir
apa-apa tentang kandongan puan dan teruskan sahaja kandongan ini.
No comments:
Post a Comment