Followers

Monday, 16 April 2012

Risiko Uri lekat dan Bayi Pramatang




Saya berusia 31 tahun.Saya pernah mengalami keguguran pada 19 Okt 2009 ketika kandungan berusia 4 bulan. Saya tidak perlu melakukan D & C kerana janin keluar semua semasa keguguran.

Alhamdulillah saya mengandung semula pada Jan 2010 dan selamat melahirkan anak pada 14 Ogos 2010 tetapi bayi saya lahir ketika kandungan berusia 33 minggu (bayi pramatang) kerana mengalami kontraktsi selama seminggu sebelum. Saya telah mengambil suntikan menguatkan rahim ketika awal kehamilan sehingga kandungan berusia 16 minggu atas nasihat doc bagi menguatkan rahim kerana ada sejarah keguguran. Saya juga pernah mengalami perdarahan selepas bersama suami ketika hamil.

Semasa dimasukkan ke wad ketika mengalami kontraksi(kandungan 32 minggu), doc memberi suntikan bagi menguatkan paru-paru bayi sekiranya saya bersalin awal.Selepas seminggu di wad kontraksi semakin kuat dan doc terpaksa memecahkan air ketuban bagi membolehkan saya bersalin. Selepas melahirkan anak.doc mengesahkan yang uri bayi saya melekat dan tidak boleh dikeluarkan secara normal.Justeru itu,doc memasukkan tangan bagi mengeluarkan uri tersebut. Doc mengatakan sekiranya saya mengandung dan melahirkan lagi kemungkinan risiko uri lekat akan berulang.

Anak saya lahir dengan berat 2 kilo dan dimasukkan ke dalam inkubator selama 2 minggu.Sekarang sudah berusia 11 bulan dan sihat.
Adakah uri melekat dan kelahiran pramatang akan berulang lagi?


Yang berharap,
Z , Penang.

 Jawapan kepada soalan puan adalah YA. Puan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami uri lekat dan kelahiran pramatang pada kandongan yang akan datang.
Masalah uri melekat selepas bersalin adalah amat jarang sekali berlaku. Sama ada seluruh atau secebis uri yang melekat,ianya adalah salah satu punca tumpah darah selepas bersalin.Punca utama pertumpahan darah selepas bersalin adalah kegagalan rahim mengecut.
Selepas bersalin kami menunggu 10 hingga 20 minit untuk uri keluar secara semula jadi dengan sedikit bantuan diperlukan. Jika uri masih “tersangkut” maka doctor terpaksa mengeluarkannya dengan tangan. Prosedur ini amat menyakitkan dan perlu dilakukan di dewan bedah dan tidur sepenuhnya. Uri ini melekat dengan kuat pada dinding rahim kerana ’akar’ uri telah jauh masuk kedalam dinding rahim dan dikenali sebagai placenta accreta.Tidaklah diketahui kenapa ‘akar ’ uri masuk terlalu kedalam. Tetapi risiko uri melekat ini meningkat bila rahim pernah dibedah seperti caesarean,pembedahan fibroid dan juga D&C. Mempunyai anak ramai dan umur meningkat juga punca uri melekat.
Didalam kes puan,mungkin uri melekat kuat kerana placenta accreta. Kadangkala bila melahirkan anak pramatang, tali pusat mereka terputus bila prosedur mengeluarkan uri dilakukan.Ini disebabkan tali pusat anak pramatang ini amat kecil.  Bila tali pusat terputus maka uri terpaksa dikeluarkan dengan tangan.
Tidak ada cara pencegahan bagi menghalang dari uri melekat untuk kandongan yang akan datang.
Puan,tidak semestinya yang puan juga akan mengalami bersalin pramatang untuk anak –anak yang akan datang walaupun risikonya tinggi kalau dibandingkan dengan orang yang tidak pernah mengalaminya. Kandongan puan pada usia 4 bulan juga mengalami masalah yang sama. Tapi kerana usia kandongan yang masih kecil,ianya dikategorikan sebagai keguguran trimester ke-dua. Punca-punca keguguran trimester kedua dan kelahiran pramatang adalah hampir sama.
"Cervikal incompetence" adalah salah satu sebab janin dilahir terlalu awal.Pintu rahim sebilangan kecil wanita terbuka dengan sendiri. “Cervical incompetence” terjadi dalam dua jenis iaitu terjadi secara senyap tanpa kontraksi dan yang kedua ianya datang dengan kontraksi dan berserta dengan tanda-tanda bersalin.Adalah tidak diketahui punca kenapa segelintir wanita mempunyai masalah pintu rahim yang tidak dapat menahan kandongan sehingga cukup bulan.Pintu rahim mempunyai pelbagai komposisi komponen-komponen tisu seperti kolagen dan otot.
Kolonisasi bakteria-bakteria pada pintu rahim seperti gonorrhea,group B streptococos dan Chlamydia boleh menyebabkan kontraksi rahim semasa mengandong. Oleh kerana itu eloklah pemeriksaan bacteria-bakteria ini dilakukan pada peringkat awal kandongan dan rawatan perlu diambil sekiranya bakteria ini ada dalam vagina.
Jarang sekali rahim mempunyai septum dalam rongga rahim.Septum merupakan dinding yang membahagikan rongga rahim kepada dua. Ianya juga boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan keguguran.
Apapun punca-punca yang saya bincangkan tadi, sebenarnya sukar untuk dipastikan dengan tepat. Oleh kerana itu kami mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengurang komplikasi-komplikasi anak yang lahir tidak cukup bulan. Contohnya kami menasihatkan ibu-ibu segera datang ke hospital jika kontraksi berlaku.Datang awal dapat membantu doktor-doktor memberi rawatan terbaik seperti suntikan Dexamethasone yang puan dapat,tokolitik bagi memberhentikan kontraksi ini. Dan yang paling  penting adalah mendapatkan  incubator kalau bayi itu keluar pramatang.Sebenarnya pelbagai cara telah dilakukan untk mencegah bersalin pramatang tetapi tidak ada sesuatu pun yang efektif. Buat masa ini,suntikan Dexametasone dan inkubator berserta dengan pakar paedaitrik memainkan peranan penting dalam survival bayi prematang.
Jadi saya cadangkan puan berjumpa doctor pakar secepat mungkin jika puan mendapati puan hamil kerana doctor dapat mengambil langkah proaktif lebih awal lagi.


No comments:

Post a Comment