Followers

Monday 16 April 2012

Suntikan Depoprovera menyebabkan haid tidak betul.Bagaimana mengatasinya?



Assalamualaikum..saya Puan H,mempunyai 1org anak umur 1tahun. saya mengamalkan perancang jenis suntikan(3bulan 1x).pada bulan ptama selepas suntikan haid tidak datang.pada bulan yang kedua hingga ke bulan keempat saya mgalami haid 20hari dlm 1bulan (dalam kadar yg tidak menentu sikit & banyaknya.selepas itu saya ambil keputusan bhenti suntikan.bermula dr itu haid saya datang tidak kira masa,dalam 1bulan saya hanya suci 2,3 hari sahaja..kadang2 keluar darah dan kadang2 hanya lendiran bwarna coklat gelap.dalam 1hari hanya keluar pada waktu pagi sahaja dan ianya akan keluar semula pd keesokan pagi ny pula.*(dah 3bulan saya mengalaminya)..tolong saya..terima kasih..
 Perlu bantuan,
Puan H

Assalamulaikum Puan H,
Suntikan Depoprovera yang perlu diambil setiap 3 bulan mempunyai kesan pada kitaran haid puan. Disini saya kurang pasti samada Puan H mempunyai kitaran yang normal sebelum mengambil suntikan itu atau tidak. Kalau kitaran haid puan tidak menentu,maka suntikan hormone menyebabkan haid menjadi lebih teruk. Kalau haid puan adalah normal sebelum suntikan sudah pastilah suntikan ini adalah punca haid puan tidak elok.
Jika puan membuat penyelidikan mengenai suntikan Depoprovera ini, kebanyakkan masalah yang timbul dari suntikan ini adalah mengenai haid. Kadangkala sedikit dan pendek  kadangkala banyak dan berekor beberapa minggu. Kalau lagi lama suntikan telah diambil, haid puan boleh terhenti. Ini adalah masalah –masalah yang biasa kami temui. Kalau puan boleh terima masalah seperti ini ,puan boleh teruskan suntikan ini setiap 3 bulan. Dari segi mencegah kehamilan suntikan amat berkesan dan selepas puan hentikan suntikan, haid puan akan beransur pulih sepereti biasa. Suntikan ini juga boleh menyebabkan wanita akan mengalami kegemukan,selera makan bertambah dan muka mudah ditumbuhi jerawat.
Jika puan amat prihatin tentang masalah haid ini,saya cadangkan puan hentikan suntikan ini dan alih kepada pil perancang dos rendah seperti Yasmin,Yaz,Mercilon, Marvilon,Loette dan sebagainya. Adapun kelebihan pil hormone dos rendah ini ialah ia menjadikan haid datang tepat setiap bulan dengan jumlah darah ynag sedikit dan pendek. Disamping itu dapat mengurangkan senggugut jika ada. Dalam jangka masa panjang pengambilan pil-pil ini dapat membantu mencegah kanser ovari dan rahim. Tetapi mempunyai risiko sedikit terhadap kanser pintu rahim dan payu dara itupun kalau mengambilnya dalam masa terlalu panjang.
Saya takut kalau puan termengandong kerana pil-pil ini memerlukan disiplin yang ketat tentang cara pengambilannya.Kalau kerap terlupa ubat atau mengambil cara ynag tidak betul,puan boleh termengandong. Masalah disiplin makan ubat dengan kebaikan dari segi haid perlu dipertimbangkan.
Jika puan takut termengandong tetapi mahu menggunakan pil-pil ini, kombinasi dengan alat dalam rahim(IUCD) dengan pil saya kira baik untuk puan. Kalau terlupa pil pun,IUCD telah ada tersedia untuk mencegah kehamilan dari berlaku.Kemudian setelah haid pulih puan boleh berhentikan pil itu dan teruskan dengan penggunaan IUCD.
Kaedah-kaedah lain seperti Implanon akan memberi masalah yang serupa pada puan.
Saya cadangkan puan berjumpa dengan doctor puan unutk perbincangan dan mendapatkan alterantif yang terbaik.

13 comments:

  1. Assalammualaikum..sy mahu bertanya. Sy mengambil suntikan depo provera setiap 3 bulan. Haid masih ada cuma tak menentu. Adakah darah haid yg tidak keluar itu mmg darah kotor dan membahayakan kesihatan sy? Dan, jika tarikh appointment utk suntikan seterusnya semakin dekat, keberkesanan suntikan sebelum tu tinggi atau rendah? Mohon penjelasan drpd doktor. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Sy mengunakan suntikan 3bulan tp bulan kedua terdpt darah perang keluar tp sedikit tak tau apa sbbnya.nasihat suami berehat mungkin sy banyak bergerak. Mungkin sy akan tetap meneruskn penggunaan kaedah ni.harap tidak memudaratkan

    ReplyDelete
  3. Yg sy tau suntikn tidak menyebabkn dtg bulan. Ia merehatkn rahim

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum,saya mahu b'tanya.saya juga mengambil perancang jnis ini,setelah saya b'henti mengambil perancang ini bulan 3 yg lalu,saya tidak di datangi haid lagi.blh saya tahu apa masalah saya?

    ReplyDelete
  5. Assalam...saya ingin bertanya...saya juga mengunakan perancang jenis suntikan selama 3 bulan...saya bermula bulan lalu selepas datang bulan...dan 4/8/18 ne saya masih datang bulan seperti biasa....x seoerti sebelum ne .selepas saya buat suntikan saya x datang haid,tp kali ini saya masih datang bulan...ada ka ini normal ataupun efect suntikan ne..mohon penjelasan.....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..
    Sy mengambil perancang depo nie..
    Normal ke period slme sbulan..sblm nie period Sy memang tiada masalah.. Lps bersalin ank kedua n ambik perancang depo period trus x menentu..nie suntikan kedua period sbulan..mse first suntikkan Sy period 2mgu..tpi darah haid kuar x cm biase.. Sikit2.. Kdng xde n kdng dh kuar cm keputihan..after that de blk darah.. Cmne 2..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, Sy ingin bertanya ttg suntikan depo selps mengambil suntikan ini period keluar tetapi dlm nisbah sikit² .... suntikan ini dh 2x sy ambik, jd smp bila period ini boleh kembali normal ? Bila tanya dengan staff kkia jwpan nya perkara biasa, berapa lama perkara biasa ini berlarutan ...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,doc

    Wife sy ambik suntikan depo dh 2x so makna nya dh 6bln sepjg itu tempoh itu wife sy mengalami haid kuar sikit iaitu tompokan darah setiap hari selama 6bln pd 18/12/2018 wife akan ke kkia utk 3rd injection, so bila sebenarnya tompokan darah haid ini akan berhenti?

    ReplyDelete
  9. Sya lin enjet depo selama 1tahun5bulan..sepanjang tempoh enjet,piod xkuar langsung..misi ckp normal..slps 8bulan stop enjet,bru kuar piod,tp ting tong,still problem..on off piod..setiap 2mggu piod..untill now..sedih,xtau bile dpt pretty lg..

    ReplyDelete
  10. Normal ke enjet depo sebulan 2kali period

    ReplyDelete
  11. Sy pun mengamalkan suntikan ini..selepas melahirkan ank ketiga..sebelom ini period sy normal je..Lepas ambik suntikan ini untuk Kali period saya terus tak kluar

    ReplyDelete
  12. Saya nak Tanya..saya telah stop injection depo lebih kurang 2bln tapi masih belum period.adakah berkemungkinan saya mengandung

    ReplyDelete
  13. Hi saya baru lahir anak 2 bulan... Saya ambik injection pada 8/10/20 lepas amik inject ini 16/10/20 datang haid...sudah 1 bulan still haid tidak berhenti...any solution pls

    ReplyDelete