Assalamualaikum doktor. Saya baru
membuat pembedahan fibriod pada bulan Julai yang lalu. selama 40 hari saya
tidak didatangi haid, kemudian haid datang semula. Masalah di sini haid
itu berpanjangan sehingga berbelas-belas hari lamanya. Saya merujuk
kepada doktor di hospital kerajaan, doktor mengatakan sampel fibriod
tersebut telah dikaji dan menunjukkan ianya bukan lah bersifat kanser.
Dia memberikan saya ubat ponstans dan transxemanic acid untuk memberhentikan
haid. Kini haid telah berhenti tapi saya gusar adakah haid yang
berpanjangan itu menunjukkan masih ada lagi fibriod atau perubahan
hormon mungkin?
Mohon
bantuan dan nasihat ...
Puan L
|
Puan L,saya berdapat berlakunya
perubahan hormone selepas pembedahan fibroid. Kerap juga berlaku selepas
pembedahan besar, haid lewat datang, Ini berpunca dari stress semasa dan
selepas pembedahan. Haid yang datang lewat ini selalunya banyak daripada biasa
dan kadangkala berketul dan panjang. Apa yang telah puan lakukan berjumpa
dengan doctor adalah wajar dan masalah puan dapat diatasi dengan postan
dan Transxenamic acid. Perdarahan seperti bukannya berpunca dari fibroid.
Fibroid kebanyakkannya tidak memberi apa-apa masalah. Bagi bulan-bulan yang
berikutnya berkemungkinan besar ia akan kembali seperti biasa dan mungkin juga
berpanjangan. Apa yang saya cadangkan pada puan ialah menyimpan sedikit ubat
Ponstan dan Transxenamic acid ini untuk sebulan dua, Jika perdarahan ini
berlaku kembali,ambilah ubat-ubat ini selama 4 hingga 5 hari. Sekira perdarahan
ini berlaku banyak bulan dan tidak dapat dikawal dengan ubat-ubat tadi, puan
berjumpa semula doktor puan dan saya selalunya akan memberi 3 bulan hormone
seperti pil perancang bagi membetulkan semula haid ini. Puan tidak perlu
kuatir tentang perkara ini.
No comments:
Post a Comment