Salam
Doktor.
Saya
Pn K, berumur 25tahun dan sudah berumah tangga hampir setahun. sehingga
kini masih belum hamil. 20hbJulai,saya ada dapat haid seperti kitaran-kitaran
lepas(kitaran saya tetap antara 27-29 Hari). Tetapi kali ini haid saya hanya
2hari dan kering. esoknya saya tergerak hati untuk membuat ujian air kencing di
rumah dan hasilnya positif. walaupun samar,tapi masih jelas kelihatan. sebelum
ini pernah saya melakukan UPT ini,tetapi memang tidak akan keluar garis samar
itu. saya ada berjumpa doktor utk membuat pemeriksaan dan hasilnya juga
positif. selang 2 hari,ada darah keluar sedikit berterusan selama 5 hari. saya
juga ada terasa sakit di bahagian bawah pusat atas bahagian sulit. saya
berjumpa doktor lain utk membuat pemeriksaan. dan beliau mengatakan saya
kemungkinan gugur di peringkat awal kehamilan. persoalan saya adakah saya akan
mengalami gangguan untuk hamil selepas keguguran ini? sekiranya saya bersama
suami selepas kering darah ini,adakah membahayakan keadaan rahim saya? Doktor tersebut
ada menyatakan darah dan sel sel kehamilan tersebut akan turun sendiri
atau meresap dalam badan. saya terlalu mengharapkan untuk hamil. Harap doktor
dapat memberikan jawapan dan pendapat.
Assalamulaikum
Puan K,
Biarkan
saya terangkan terlebih dahulu masalah ujian kencing untuk tujuan pengesahan
mengandong. Secara amnya ujian air kencing ini amat tepat tetapi terdapat juga ujian ini positif tetapi ianya samar-samar
seperti mana puan dapati tempoh hari. Sekiranya seseorang itu betul-betul
mengandongk, ujian kencing mestilah positif terang. Bila ujian kencing kencing
positif yang samar-samar selalu memberi masalah pada kami untuk memberitahu
pesakit yang mereka mungkin tidak mengandong.
Ada
beberapa sebab kenapa ujian kencing ini “positif’ tetapi tidak
mengandong.
Sebenarnya
ujian kencing kita cuba mengesan hormone ‘human chorionic gonadotrophine(Beta hCG)’yang
terhasil selepas persenyawaan berlaku. Dalam air kencing ianya boleh dikesan
seawal satu minggu selepas kelewatan haid. Tetapi ujian kencing ini kadangkala
mempunyai masalah ‘cross reaction’ dengan hormone Lutenising(LH) yang bukannya
hormone mengandong. Terdapat juga beberapa sebab lain seperti membiarkan ujian
itu begitu lama sebelum dibaca,set ujian kencing berkualiti rendah,kontaminasi dari
protin-protin dalam air kencing. Bagi mempastikan seseorang itu mengandong
dengan lebih tepat adalah dengan mengukur hormone Beta hCG dalam darah kalau ujian
kencing mengelirukan.
Kenapa
saya terangkan perkara ini dahulu adalah untuk memberitahu puan kemungkinan haid yang
terlewat bulan ini.
Terdapat
juga seseorang itu mengandong apa yang di panggil “mengandong secara kimia”.
Maksudnya cuma ujian darah menunjukkan hormon Beta hCG dan mereka mengalami kelewatan haid akan tetapi perdarahan berlaku selepas itu. Kalaulah betul puan mengalami kandongan seperti ini,ianya tidak memberi apa masalah
kalau puan mengandong lagi sekali.Rahim puan akan kembali normal selepas
perdarahan dan hubungan seksual tidak membeir apa kesan pada rahim.
Saya
berpendapat sekiranya puan telah berkahwin lebih dari setahun masih lagi tidak
hamil saya cadangkan puan berjumpa doctor untuk bantuan.
Salam doktor..
ReplyDeleteSy ada soalan yg sy ingin tahu skali jwpnnye.Pd p'tghn bln mei yg lps,sy disahkan hamil anak kedua tp sy tlh keguguran seminggu sblm raya & tlh melakukan d&c pd 14/8/12.P'soalannya,dr tarikh sy lakukan d&c hingga ke hari ini,sy msh lg blm period.Kemudian kdg2 ada rs sakit di bwh prt dan rs b'dnyt di bhgian payudara.Sy stress memikirkn mslh ini..harap doktor dpt beri jwpn utk soalan sy.
Salam doctor,saya baru2 nie telah di tahan d hospital selama 5hri disebabkan demam panas & paru2 d jangkiti kuman..seblum sya d than,doctor tnya sya ada ka sya hamil,sya kta x sbb sya bru saja period awal bulan tu tpi x bnyk skit saja..jdi sya mnjalani test ujian kncing,doctor sahkn sya hamil tpi bila scan x nmpk.slepas kuar dri hospital sya mncuba utk melakukan test upt d rumah,kputusannya negatif.boleh doctor trangkn tentang msalah nie
ReplyDelete