Followers

Wednesday 18 April 2012

Bagaimana ujian kencing positif tetapi saya tidak mengandong?



Pada pendapat saya,puan tidak mengandong dan tidak juga mengalami keguguran. Darah yang keluar semasa puan buang air kecil adalah darah haid yang tidak habis lagi.Dari apa yang puan tuliskan, saya berpendapat puan mengalami masalah kitaran haid. Disini puan tidak terangkan sama ada kitaran haid adalah normal iaitu berlaku setiap 28 hari dan turun selama 5 hingga 7 hari. Bilamana seseorang wanita itu mengalami kelewatan haid,mereka percaya mereka mengandong di tambahkan lagi mereka mempunyai simtom-simtom mengandong seperti loya,kadangkala muntah, payudara bengkak dan sakit dan perut membesar. Gejala-gejala seperti diatas selain dari mengandong ianya juga adalah gejala-gejala sindrom pra haid. Ini berpunca dari kenaikan kadar hormone-hormon estrogen dan progesterone. Hormon-hormon ini meningkat disebabkan benih-benih /folikul dalam ovari aktif dan membesar. Oleh kerana puan mengalami  tanda-tanda seperti orang   mengandong.Tidak hairanlah jika ujian air kencing puan adalah negative. Tetapi terdapat segelintir wanita yang mempunyaisimtom mengandong dan ujian kencing positif tetapi tidak mengandong! Ujian kencing tadi semua menunjukkan positif yang lemah. Pada strip ujian itu TEST line nya samar-samar sahaja dan bukannya terang macam betul-betul mengandong.
Ini selalunya terjadi di kalangan wanita yang mempunyai masalah kesuburan. Masalah infertiliti ini mempunyai kaitan dengan meningkatnya hormone Lutenizing(LH) yang mempunyai struktur asas yang seakan sama dengan hormone mengandong iaitu hormone beta hCG. Jadi ujian kencing akan menjadi positif tetapi positifnya adalah lemah.
Berbalik kepada  puan yang enggan melakukan D &C bila mengalami 'keguguran' dulu,puan tidak perlu kuatir kerana puan telah pun mendapat beberapa kali haid jadi tidak mungkin ada lagi bekas-bekas kandongan ini.
Persoalan saya disini, Adakah puan sememangnya mengandong di waktu itu?.Adakah ujian kencing positif? Adakah imbasan ultrasound di lakukan bagi mempastikan betul-betul puan mengandong?Seperti saya katakan tadi bila haid terlewat bukan makna kita mengandong.
Apa yang saya cadangkan puan berjumpalah pakar bagi membantu puan dari segi kitaran haid dan juga untuk mendapatkan zuriat kerana usia perkahwinan telah melebihi setahun

2 comments:

  1. Slm doc. Sy lewat haid 4 hari, dlm 2, 3 hari lpas kluar brown spot, dlm kadar sdikit n smntara. Ia brlaku 2 hari brturut hanya pd wktu pagi. Selepas itu lgsung tiada tnda2 haid kluar. Utk makluman doc, haid sy tratur stiap bln, kbiasaanny awal 2,3 hari brbnding tarikh haid sblumny.. sy ada bwt pregnancy test, kptsnny adalah samar2 (line ke dua x jelas). Adakah sy mngndung? Fyi, sy telah brkhwin genap sthun dan msih blm mmpunyai ank...

    ReplyDelete
  2. salam dr,
    saya nak tanya...sebelum sy ambil pil perncg sy ada buat test upt pg2 tetiba +ve naik 2 line xclear..lepas tu tghari sy pergi jumpa doktor n cek upt lg sekali tp -ve ( doctor sahkan yg sy xngandugla) sy tak puas hati sy cek lg beberpa kali n beberpa hari result tetp sma -ve...sy bukan ape risau jugak bru nak ambk pil noriday takot preggy ke..biasanya kalu mcm tu -ve ke
    +ve ..sy belum dtg period lg tp start sy mkn ubat noriday hari ke 8 period dtg...adakah result +ve walaupn dh period n normal ke dtg period tu sdgkan sy belom dtg period lg semnjak hbs pntg sbb ank bf..

    ReplyDelete