Followers

Monday, 16 April 2012

Bercelaru,apakah pundi kencing dibuang?




Assalammualaikum / Salam Sejahtera,
Tuan / Puan,
Untuk pengetahuan Tuan / Puan, ibu saya berumur 50 tahun. Ibu saya mempunyai fibroid dan telah selamat menjalani pembedahan sebanyak 2 kali iaitu dalam bulan November 2010 dan kali ke dua pada Februari 2011. Doktor ada memberitahu, "sel aktif" untuk ibu saya.
    Selepas menjalani pembedahan kali kedua itu, doktor menasihatkan ibu saya untuk " buang pundi kencing " kerana pundi kencing ibu saya telah rosak dan khuatir dijangkiti kuman. Walaubagaimanapun, sebelum membuat pembedahan kali kedua, ibu saya ada memberitahu doktor untuk buang rahim kerana tidak mahu fibroid itu tumbuh lagi, tetapi doktor tidak bersetuju... doktor hanya mahu buang ketumbuhan sahaja..
    Sekarang, persoalan nya :
            i)    Buang rahim tidak seerti dengan buang pundi kencing kah ?
            ii)   Kesan jika setuju buat pembedahan "buang pundi kencing" ?
            iii)  Kesan jika tidak setuju buat pembedahan "buang pundi kencing" ?
            iv)  Pandangan dan nasihat yang terbaik diharapkan..

Sekian, terima kasih

Puan N

Jawapan

Salam sejahtera Puan N,

Soalan kali ini paling sukar untuk saya jawab kerana ianya ‘tidak masuk akal’ untuk buang pundi kencing disebabkan oleh fibroid sahaja. Hanya satu sebab dalam bidang onkologi/kanser yang pundi kencing perlu dibuang dan saluran kencing di pindah ketempat lain iaitu kanser yang telah merebak kepundi kencing! Tidak kira kanser wanita apapun kalau telah menular ke pundi kencing ,salah satu pilihan adalah ‘pelvic exanteration’. Ini bermakna bukan sahaja sistem reproduksi wanita itu dibuang tetapi mana organ yang terlibat dalam pelvis seperti pundi kencing dan juga rektum juga dibuang.Ini bermakna setakat fibroib sahaja .kami tidak melakukan pembuangan pundi kencing.Pundi kencing amat penting . Amat jarang sekali fibroid boleh menjadi kanser yang dipanggil fibrosarcoma.Fibrosarcoma amat merbahaya kerana ia cepat merebak.
 Saya amat bersetuju dengan pendapat ibu puan untuk membuang rahim berserta ovary sekali untuk pembedahan kali kedua. Ini dapat mencegah fibroid terjadi,mencegah kanser rahim dan ovary pada masa depan.Pada pendapat saya mungkin pembedahan pertama ibu puan pada bulan Oktober 2010 mempunyai komplikasi yang serius dan mungkin pundi kencing ibu puan pada masa itu telah melekat pada rahim akibat pempedahan pertama. Jadi kali kedua ini doctor berpendapat terlalu sujar untuk melakukan pembuangan rahim atau histerektomi. Dimana pembuangan fibroid sahaja sudah memadai. Ini hanya pendapat saya dan puan perlu mendapat penjelasan sebenar dari doctor ibu puan.Mereka lebih arif dari saya.
Seperti yang telah saya cakapkan tadi amat sukar bagi saya memberi nasihat sebenar kerana fakta-fakta yang bercelaru dan tidak seperti yang kami lakukan.Saya cadangkan puan berjumpa semula doctor itu dan Tanya perihal sebenar atau dapatkan pandangan kedua dari pakar lain.tetapi rekod lama diperlukan bagi penilaian.

No comments:

Post a Comment