Sekiranya Puan N ingin Mengandong buat
kali ke empat secara semula jadi adalah tidak boleh kerana saluran fallopian
puan telah di ikat.Agak mustahil sekiranya boleh mengandong secara normal. Oleh
kerana itu hanya dengan bantuan pakar kesuburan,puan mungkin boleh hamil
semula. Sebelum persenyawaan invitro(IVF) diperkenalkan,para doctor akan
mencantumkan semula saluran fallopian yang telah diikat tetapi peluang unutk
mengndong adalah rendah tambahan pula risiko kandongan luar rahim adalah
tinggi. Pada masa kini tiada pakar yang sanggup menyamtumlam semula saluran
fallopian ini kerna kerjanya adalah teramat rumit. Oleh yang pada zaman sekarang persenyawaan
invitro banyak digunakan sekiranya puan ingin mengandong lagi. Cara ini tidak
memerlukan saluran fallopian yang normal kerana persenyawaan akan berlaku di
makmal dan selepas zigot/janin teerbentuk ianya akan dimasukkan kedalam rahim
wanita unutk pembesaran.Kaedah memerlukan kos yang tinggi sekira 15 hingga 20
ribu sekali percubaan.
Apakah risikonya sekira puan hamil pada
usia 40 tahun?
Pertamanya ialah tahap kesuburan puan turun
mendadak kerana kualiti ovum yang terhasil adalah rendah. Oleh yang demikian
sukar sedikit untuk mengahasilkan zigot/janin yang baik.Ini akan menyebabkan
keguguran kerap berlaku pada usia ynag meningkat.
Keduanya sekira puan mengandong,kecacatan
pada baka/gen adalah tinggi seperti sindrom Down. Pada usia 40 tahun risiko
Sindrom Down meningkat pada kadar 1 dalam 80. Hanya menggugurkan kandongan itu
dapat mengelakkan anak sindrom Down dari dilahirkan.
Ketiganya,masalah perubatan seperti darah
tinggi dan kencing manis akan meningkat jika mengandong di usia lewat.
Dikalangan pakar-pakar kesuburan mungkin
mereka tidak menasihatkan untuik mengandong lagi kerana kesukaran mendapat
janin yang baik.
Keempat sekiranya puan mengandong selepas
pembedahan 3 kali. Risiko uri melekar dan uri dibawah adalah tinggi,Ini
mengakibatkan pertumpakan darah yang banyak semasa pembedahan nanti.
Oleh kerana itu saya tidak menggalakan puan
untuk cuba mengadong lagi kerana sebab-sebab tersebut.
No comments:
Post a Comment