Saya surirumah berusia 37 tahun, dan
mempunyai tiga anak dan ketiga-tiga mereka dilahirkan secara normal dan tiada
apa-apa komplikasi. Apa yang menjadi masalah saya sekarang ialah di bahagian
pintu kemaluan saya seperti ada daging yang membesar yang tersumbat seolah
menutupi laluan itu. Untuk pengetahuan doktor saya tiada masalah haid. Haid
saya normal setiap bulan dan tiada masalah senggugut atau sakit. Cuma yang
merungsingkan saya, apabila ingin berhubungan intim bersama suami kerana suami
tidak dapat memasukkan zakar sepenuhnya akibat terhalang oleh daging itu.
Tolonglah saya doktor, apa yang harus saya lakukan.
Sukar bagi saya bagi memberikan yang
tepat tentang masalah puan sekiranya saya tidak dapat melalukan pemeriksaan
keatas puan . Saya mempunyai beberapa diagnosa yang mana saya rasa salah satunya mungkin betul. Oleh
kerana itu puan perlu berjumpa dengan doctor pakar ginekologi untuk pemeriksaan
secara tepat.
Dari pengalaman saya, terdapat wanita yang
mengalami masalah “prolapse” mengadu yang suami mereka sukar melakukan hubungan
seks kerana ada ‘benda’ yamg menghalangnya. “Prolapse” adalah keadaan dimana
system peranakan iaitu rahim dan servik mengalami kejatuhan/turun kedalam
vagina. Ini disebabkan oleh ligamen-ligamen dan tisu-tisu yang menyokong sistem
peranakan ini menjadi lemah akibat dari bersalin yang lalu. Bila sokongan ini
lemah maka rahim berserta dengan servik akan jatuh kebawah. Bukan itu
saja,selalunya pundi kencing didepan dan rectum di belakang akan di heret
bersama dengannya.Mereka akan mengadu tentang terdapat sesuatu didalam vagina
mereka. Sekira mereka meneran semasa di bilik air,terdapat ‘ketulan” merah
terkeluar dari vagina. Kebiasaanya ini adalah pundi kencing yang nampak dahulu
.Pemeriksaan seterusnya menunjukkan terdapatnya “prolapse” peranakan.
Kadangkala terdapoat mereka ini mengalami inkontinen atau ada juga sukar
membuang air kecil. ”Prolapse” ini kebiasaan terjadi kepada wanita yang melahirkan
ramai anak, kerja berat,menopos dan mempunyai keluarga yang mengalami masalah
yang sama.
Keduanya,terdapat ketumbuhan pada
servik. Kebanyakkannya adalah masalah polip servik. Polip jarang sekali menggangu
semasa hubungan seks kerana majority nya bersaiz kecil dan wanita lazimnya akan
mengadu tentang perdarahan berlaku selepas hubungan seks. Terdapat yang mengalami
kesakitan semasa hubungan intim ini. Ada diantara mereka juga mengalami
keputihan yang banyak. Fibroid juga boleh terkeluar melalui pintu servik.
Fibrod boleh mencapai saiz yang besar dan boleh menganggu hubungan
seksual.Biasanya mereka ini mengalami haid yang terlalu banyak dan senggugut.
Diagnosa yang lain adalah sista’
Nabothian ’.Sista adalah merupakan gelombong-gelombong lendir pada permukaan
pintu servik. Sekiranya jumlahnya banyak. servik menjadi besar tetapi tidaklah
sampai menganggu hubungan seksual. Perlu saya ingatkan kanser servik juga membuatkan servik besar tetapi tetapi
ianya mempunyai gejala-gejala yang lain.
Apa yang saya cadangkan pada puan
adalah berjumpa dengan doctor pakar kerana terdapat pelbagai-bagia sebab dan
kami tidak akan tahu sekiranya tidak diperiksa. Kesemuanya memerlukan
pembedahan sebagai rawatanya.
No comments:
Post a Comment