Assalamualaikum, Dr.
Saya mempunyai anak perempuan berusia 7 tahun dan 4 tahun. Saya dapati kedua-dua anak saya mengalami mengalami lendiran/cecair berwarna kekuning-kuningan di seluar dalam mereka. Ada masa kesan lendiran tersebut agak berbau. Pernah saya membuat pemeriksaan sendiri ke atas anak saya yang sulong, didapati vaginanya mengeluarkan bau agak kuat dan agak kemerah-merahan. Kedua-dua mereka mengadu mengalami kegatalan. Saya pastikan mereka mencuci vagina setiap kali mereka membuang air kecil. Adakah perkara ini normal bagi usia semuda mereka, atau berlakunya jangkitan kuman dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Sila bantu saya kerana ia merupakan aset penting apabila mereka dewasa kelak.Terima kasih.
Miah, Tg Kling, Melaka

Assalamualaikum ,
Masalah discaj ini saya rasa sering
berlaku pada kanak-kanak yang belum balikh tetapi tidak ramai ibubapa yang
membawa anak mereka berjumpa dengan doctor untuk nasihat dan
rawatan.Kebiasaannya discaj ini berwarna kuning disertai dengan kulit dibibir
faraj kemerahan dan gatal.
Terdapat beberapa sebab ianya senang
terjadi pada kanak-kanak ini.Pertama ianya persoalan kebersihan dibahagian
sulit.Ini perlu diajar dari kecil. Selepas ketandas cara yang baik untuk
mencucui dibahagian bawah adalah dengan mencuci dari arah depan kebelakang dan
bukan sebaliknya. Ini bertujuan bagi mengelakkan najis dari dibawa kedepan
dalam vagina dan pundi kencing. Selepas itu dilapkan sehingga kering. Kalau menggunakan pencuci, elakkan dari sabun terutama yang berparfum. Segelintir kanak-kanak
ini boleh mengalami allergi pada bahan kimia tersebut. Pencuci yang baik
antaranya seperti Lactasyd dan Sebamed yang mempunyai pH sama seperti kulit
manusia. Selepas itu dilapkan sehingga
kering. Seluar dalam yang baik kalau mempunyai alahan atau kegatalan dibahagian
bawah adalah jenis kapas/cotton. Elakkan memakai seluar yang ketat kerana boleh
menyebabkan perpeluhan.
Keduanya discaj ini boleh disebabkan
jangkitan kuman. Discaj dari jangkitan kuman selalunya banyak dan berbau.
Contohnya adalah Candida. Candida boleh menyebabkan sesorang mengalami discaj
yang berketul dan gatal. Tetapi bagi kanak ini adalah amat jarang terjadi.
Ininya lebih pada orang dewasa terutama yang mengandong. Kuman –kuman lain boleh
juga menjangkiti vagina dan memerlukan penyiasatan bagi mempastikn punca
sebenar.
Kadangkala cacing kerawit,benda
asing seperti pasir boleh termasuk kedalam vagina dan menimbulkan masalah
discaj ini.
Dari pengalaman saya,terdapat
kes-kes kanak-kanak yang dibawa oleh ibu mereka kerana discaj pada seluar
dalam. Ujian bacteria kebanyakkannya negative. Discaj yang bukan berpunca dari
jangkitan kuman adalah disebabkan oleh kekurangan hormone estrogen pada kanak-kanak ini.
Terdapat dua peringkat umur dimana seseorang itu akan mengalami kekurangan hormone
estrogen iaitu semasa zaman kanak-kanak dan menopos. Akibatnya vagina akan
menjadi kering. Lapisan dinding vagina menjadi nipis dan sedikit jangkitan
kuman akan menyebabkan discaj kuning dan kadangkala perdarahan.Tambahan lagi
perlindongan semula jadi vagina iaitu asid amat berkurangan. Ini mengakibatkan
mudah vagina dijangkiti. Jika kekurangan estrogen adalah puncanya rawatan yang
kami beri adalah sedikit krim estrogen untuk disapukan dan bukannya antibiotic.
Puan
tidak perlu kuatir tentang masalah ini kerana ianya bersifat sementara .
No comments:
Post a Comment