Salam, Doktor.
saya sudah 6 bulan mendirikan rumah
tangga. Tetapi masih belum berjaya hamil.
saya tidak ada msalah dengan haid. Haid saya teratur dalam jangka masa 25-28 hari.
sewaktu hubungan intim juga tidak
berasa sakit pada mana-mana bahagian.
Cuma, air mani suami agak cair. Kami
mencuba makan barli dan brokoli. Hasilnya masih belum dapat dilihat.
Air mani masih juga cair dan selalu
keluar dari vagina selepas hubungan intim.
Mohon pandangan doktor.
Assalamualaikum Puan A,
Kalau hendak dikatakan puan mengalami masalah kesuburan/infertility
adalah terlalu awal. Dari sudut medical,seseorang itu mempunyai masalah
infertili adalah selepas 12 bulan bersama dan melakukan hubungan seksual secara
normal. Apa saya maksudkan disini kekerapan hubungan seksual dalam 2 hingga 3
kali seminggu. Jadi puan masih dianggapkan normal kerana baru 6 bulan berkahwin.
Adalah dianggarkan setelah setahun berkahwin, 80-90 % wanita telah hamil.
Masalah infertili ini adalah dalam anggaran 15-20 % dalam kesemua pasangan yang
berkahwin.
Sememangnya pasangan yang telah
berkahwin menginginkan anak secepat mungkin. Jika ianya tidak berlaku terdapat
tekanan-tekanan kepada pasangan ini terutama pada golongan wanita.
Tekanan-tekanan ini merupakan tekanan dari pihak keluarga,kawan-kawan malah si
suami. Bayangkan manusia mempunyai peluang 12 kali setahun untuk mengandong dan
telur/ova dan sperma hanya mempunyai 2 hingga 3 hari sahaja untuk bersatu setiap bulan.
Bagi saya kitaran haid amat penting
.Kitaran yang normal setiap bulan mempunyai peluang yang cerah untuk
mengandong.Kitaran haid puan tiada mempunyai masalah setakat ini. Puan, terdapat
beberapa factor lain yang penting untuk hamil. Misalannya jumlah dan kualiti
sperma suami dan saluran fallopian mesti lah tidak tersumbat. Jadi siapakah
puncanya?
Dari medical, punca ketidaksuburan
ini berpunca dari kedua-dua pihak iaitu sepertiga dari perempuan, sepertiga
dari lelaki dan sepertiga lagi dikongsi bersama.
Bagi pihak lelaki tentu sekali
sperma adalah penting. Selepasas ejakulasi berlaku didalam vagina, air mani akan
terkumpul dan pintu servik akan dibasahi dengan air mani ini. Pada permulaannya,air
mani akan berkumpul/coagulate dan ini penting untuk menghalang sperma dari
‘lari’ keluar selama 30 hingga 45 minit. Sebenarnya dalam beberapa minit
selepas ejakulasi, sperma telah pun berada dalam saluran fallopian
menunggu telur untuk persenyawaan. Jadi puan tidak perlu gusar tentang air mani
meleleh keluar setelah bersama suami kerana ianya adalah perkara biasa. Kalau
puan ingin menambah peluang untuk mengandong dengan menghalang air mani dari
terkeluar, saya cadangkan letakkan bantal dibawah punggung selepas bersama. Ini
dapat menaikkan punggung keatas.
Satu perkara lagi, waktu subur
seseorang wanita itu adalah dari hari 11 hingga ke 17 setiap bulan. Hari
pertama adalah hari mulanya haid puan. Kalau puan ingin membuat pemeriksaan,
saya syorkan periksa suami dahulu kerana ianya amat mudah. Elok juga puan mula
ambil folik acid dari sekarang.
Seandainya puan masih sukar untuk
hamil selepas setahun berkahwin, berjumpalah dengan doctor pakar.
saya ingin menayakan satu soalan, air mani saya sering keluar sendiri,bila air tu keluar bahagian sulit saya tu akan gatal.. tlong berikan saya penjelasaan terima ksih
ReplyDeleteSya ingin tnya cara nk hamil cepat
ReplyDeleteAssalamualaikum wrt,
ReplyDeleteSaya berkahwin hampir mencecah 1 tahun. Saya telah hamil pada bulan pertama perkahwinan. Tapi mengalami keguguran pada bulan ketiga. Punca keguguran tidak diketahui. Tetapi katika bujang saya telah membuat ujian kesihatan dan telah diberitahu oleh Doktor bahawasanya rahim saya lemah. Namun selepas 6 bulan dari keguguran, saya masih belum hamil. Ini benar-benar membuatkan saya tertekan. Dan saya mengalami fobia terhadap wanita hamil. Apakah punca ketidaksuburan saya kali ini? Mohon penjelasan.
Untuk pengetahuan puan, di awal perkahwinan berat saya ideal, tetapi berat mulai naik ketika kandungan masuk 3 bulan dan berterusan sehingga kini. Adakah berat badan menjadi punca ketidaksuburan? Terima kasih.
Askum puan ? Saya sudah 1 tahun lebih berkhawin , namun sampai sekarang saya masih belum mengandung , dan sebelum saya berkhawin dahulu , saya pernah mengugurkan dan tergugurkan kandungan saya , sebanyak 3 kali , kali pertama sebab saya masih sekolah , kali kedua sebab saya takut dan cemas dan kali ketiga saya mengulam dan makan benda yg tajam dan masa itu saya langsung tidak tahu bahawa saya sedang hamil .. puan? Saya ingin bertanya,adakah saya akan mandul sebab2 ini atau masih ada peluang dan mungkin ada masalah di bahagian follopian saya? Mohon di balas dan dijawab soalan ini..
ReplyDeleteMaaf ada yang tertinggal ..selama saya berkhawin dan kalau kami ada bersetuh , air mani suami saya pasti akan keluar semula dari kemaluan saya.. adakah follopian saya tersumbat atau ada sebab2 yang lain.. mohon di jawab soalan nya puan..
ReplyDeleteJawapan ni ad di jwb dlm atrikel tu pn
DeleteMaaf ada yg tertinggal di ayat saya tadi .. puan? Kalau saya dan suami saya bersetubuh , air mani suami saya pasti akan keluar semula dari kemaluan saya..saya mahu tanya adakah follopian saya tersumbat atau ada lain2 sebab..?
ReplyDeletesalam .. puan sy nk tnya .. saya baru 4 bulan berkahwin .. sekama sy berkhawin dn klu bersetubuh air mani suami sy keluar balik.. apakahpunyaa ye puan ?
ReplyDeleteuntuk pengetahuan anda.peekara pertama yg perlu untuk mudah hamil ialah....
ReplyDeleteuntuk pengetahuan anda.peekara pertama yg perlu untuk mudah hamil ialah....
ReplyDeleteBetul ke kerap onani akan jadi mandul?
ReplyDeleteBetul ke kerap onani akan jadi mandul?
ReplyDeleteSaya sudah setahun kahwin, tapi belum mengandong lagi.puas saya mencuba macam2 cara...jamu dan berurut pun pernah.. bagaimana untuk memastikan saya subur.. baru2 ni haid sy pun datang tidak menentu.. kadang2 awal,
ReplyDeletekadang2 lewat
pernah cek hormone tak..boleh pergi ke klinik itk cek kesuburan ye puan
DeletePuan boleh cuba produk buah zuriat dgn air zamzam dri mekkah ramai yg telah berjaya alhamdulillah boleh ke fb saya Rosidah Shidah atau whatsapp sya di 0134802329 sya sedia membantu puan dn dptkan tip mudah hamil serta bimbingan utk mudah hamil terima kasih puan
DeleteHai. Sye nk tanyer, ketika sye hendak berjima dgn istri , tiba2 keluar cecair dkat kelamin sye.. Adakah ia air mani atau ap.. ????
ReplyDeleteitu bukan air mani
DeleteItu mazi la saudara.
DeleteAssalamu'alaikum sy baru berkahwin 2bulan .. suami sy pesakit yg setiap hari perlu makan ubat.. adakah ubat2 tu boleh mengganggu untuk sy mengandung.? Atau mengganggu kesuburan sperma.
ReplyDeletesalam.... sy da dua tahun kawin.. setahun kawin sy pena beranak tp anak meninggal sebb tak cukup bulan.. saya beranak masa kandungan 6 bulan. dia dpt hidup 6 ari ja.. dan sampai sekarang saya x hamil lagi.. setiap kali bersama mesti air mani meleleh kuar.. tapi da letak bantal.. so normal ka?
ReplyDelete
ReplyDeleteSalam doc sy nk tye..sy mgalami keputihan..agak2 menghalang sy untk hamil.ke..rase x selesa bila keputihan byk..lpas tue sy bru setahun kahwin tp masih xde anak..