Followers

Monday, 16 April 2012

Darah haid banyak dan panjang.Punca?


Dr, saya sudah lima tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Bagaimanapun period saya adalah regular dan tidak pernah lambat. Masalah saya sekarang ialah saya mengalami, pada mulanya turun darah yang di sangka haid, tapi, hingga sekarang masih belum berhenti. Darah turun dalam kuantiti yang agak banyak dan berterusan. Kini telah memasuki minggu ke tiga. Apakah sebenarnya masalah saya dan apakah saranan doktor?
Terima kasih
Zie

Assalamualaikun Puan Zie,
Apakah sebenarnya masalah saya?
Sukar untuk menjawap soalan ini! OK,peredaran haid yang normal memerlukan interaksi kelenjar pituitary dalam otak,ovari-ovari dan juga rahim.Kebanyakkannya adalah berpunca dari ovari. Sebab-sebab tertentu yang sukar diketahui puncanya,ovari-ovari ini mengalami gangguan pada kitaran pertumbuhan folikel-folikel.  Disini saya maksudkan jika  kegagalan pertumbuhan benih-benih telur ini berlaku maka terjadinya kegagalan ovulasi. Bila ini terjadi dinding-dinding rahim mengalami ketebalan yang luar biasa dan akibatnya haid akan turun dengan banyak dan berpanjangan. Kadangakala di susuli dengan sengugut.
Terdapat beberapa factor yang boleh menganggu ovari dari berfungsi secara normal misalannya obesity dan ubatan seperti hormone. Ovari juga boleh mengalami masalahnya tersendiri seperti sindrom polisistik dimana terdapat telur-telur yang tumbuh gagal berkembang dan tersangkut dalam ovari merupai sista-sista kecil dalam ovari. Sindrom Polisistik ini banyak berlaku dan selalunya mereka ini mengalami obesity,haid tidak normal, sukar mengandong dan masalah hirsutisma.
Dari segi rahim pula, rahim amat jarang memberi masalah kepada kitaran haid. Walaupun fibroid contohnya yang kerap terjadi pada wanita tetapi ianya amat jarang sekali menganggu haid . Kalau terjadipun mungkin sudah terlalu besar. Fibroid yang tumbuh didalam rongga rahim. Fibroid dalam rongga rahim menyebabkan perdarahan yang banyak. 
Apakah saranan saya?
Soalan ini senang uttuk dijawab! Berjumpalah dengan doctor pakar ginekologi.Ada beberapa sebab kenapa puan perlu berjumpa doctor pakar.
Pertama darah haid yang berpanjangan dan banyak ini perlu di berhentikan dengan segera kalau tidak puan akan mengalami  anemia.Kekurangan hemoglobin dalam darah akan menyebabkan stress pada jantong dan jantong terpaksa bekerja keras unutuk menghantar oksigen keanggota badan. Kalau anemia ini kronik boleh menyebabkan lemah jantong. Anemia menyebabkan puan berasa amat letih,lesu kurang bermaya. Puan akan kelihatan pucat dan letih. Doktor akan melakukan ujian darah bagi menyesahkan anemia ini. Kalau anemia ini serius,puan kan di beri darah bagi mempercepatkan hemoglobin ini naik. Pil-pil zat besi lambat untuk mengambalikan hemoglobin keparas yang normal

4 comments:

  1. salam saya ada kmusykilan ttang period...knape sjak dr bulan jan,feb & mac sya dtg period byk sgt darah keluar...spt org keguguran ...tp tempoh period selama 7/8hari stiap bulan...

    ReplyDelete
  2. salam saya ada kemusykilan pasal period saya yang berpanjangan. nak masuk 2 bulan dah.... period saya ke sebulan ada sikit2 lepas tu lebih 40 hari mari banyak period. saya ingat period datang balik..... memang saya ada pegi jupe doktor bagi ubat jenis norethisterone 5mg tapi tak berenti2 pun darah.....

    ReplyDelete
  3. Saya pon sudah lama mgalami msalah period yang lama. mgin juga bpunca dari msalah obesiti . Cuma rasa senggugut pada setiap hati myebabkan sya murung. Period yang berlanjutan sehingga menggangu prestasi kerja dan khidupan sya. dan msalah besar adalah bila hormon sya tidak stabil amat sukar bagi sya utk menurunkn berat wlupon telah mencuba diet yg seimbang. Apa yg terjadi skrg adalah hari ini adalah Hari ke-35 saya period.. dan doktor mencadangkn sya utk mengambil ubat hormon bg mengawal . Malangyna ianya tidak berkesan.

    ReplyDelete
  4. Saya pun mengalami masalah period yg lama dr bln 9shingga skrg...dok dh bg ubt tp tdk bkesan,darah saya ttp kluar jgak....bagaimana saya nk menyelesaikn masalah saya ini

    ReplyDelete