Followers

Monday, 16 April 2012

Senggugut dan Herba


Assalamualaikum WBT..
Saya berumur 21 tahun dan belum berkahwin..Sejak hari pertama datang haid ketika berumur 12 tahun, kitaran haid saya teratur di mana saya akan 'bercuti' setiap bulan. Tetapi, pada bulan Dis lepas, saya mengambil produk kesihatan yang berasaskan herba Pueraria Mirifica. Umum mengetahui bahawa herba tersebut baik untuk kesihatan wanita di mana ianya mengandungi phyto-estrogen yang membantu melancarkan kitaran haid.
Namun sebaliknya yang berlaku. Saya mengalami senggugut namun darah haid langsung tidak keluar. Malah, kitaran haid saya telah lewat 10 hari dari tarikh yang sepatutnya. Untuk pengetahuan Dr, pada Dis lepas, saya turut mengambil beberapa biji pil tahan sakit seperti Naproxen NA 550mg, HURIX'S capsule dan beberapa biji Panadol Menstrual kerana mengalami sakit gigi dan senggugut.
Adakah ini kesan sampingan daripada pengambilan produk tersebut atau pun kesan ubat-ubatan yang telah saya ambil?
Harap Dr boleh membantu..

Sekian..

Iz, KL

Assalamualaikum Cik Iz, sukar bagi saya memberitahu punca sebenar masalah senggugut dan haid saudari. Apa pun produk kesihatan yang berasaskan herba atau akarkayu,mempunyai sedikit sebanyak phyto estrogen. Phyto estrogen adalah hormone estrogen yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Adakah phyto-estrogen dengan jumlah yang kecil dapat memberi apa-apa kebaikan atau keburukan kepada pengambilnya adalah tidak diketahui. Produk kesihatan tidak tertakluk kepada piawaian yang ketat sebagaimana  ubat-ubat dihospital. Ubatan ini terpaksa menjalani pelbagai ujian dari segi farmakologi,kesan sampingan dan kebersanan sebelum di luluskan untuk kegunaan orang ramai. Bagi saya herba Pueraria Mirifica kalau dalam bentuk aslinya tidak mungkin mexmberi apa-apa kesan pada saudari. Saudari kena semak dengan pengeluarnya. Dari segi perubatan kami juga mempunyai phyto-estrogen sebagai bahan asas hormone. Hormon jenis ini di gunakan untuk kes-kes menopos. Phyto-estrogen yang kami gunakan adalah dalam konsentrasi yang tinggi untuk memberi faedah dan kami kami dapati kesannya kepada wanita adalah perlahan berbanding dengan hormone yang berasal  haiwan. Saya juga berpendapat tidak juga berpunca dari Naproxen dan Paracetamol yang saudari gunakan semasa sakit senggugut dan sakit gigi. Perkara ini terjadi mungkin secara kebetulan sahaja. Tapi saya nasihatkan saudari cuba berhentikan dahulu herba tersebut kalau-kalau haid akan normal semula.
Jadi apakah puncanya? 
Terbanyak sebab ianya boleh terjadi dan paling penting bagi saya adalah kerana Body Mass indek(BMI). BMI yang tinggi memang sekali boleh mempengarohi kitaran haid saudari. Mereka yang mempunyai BMI tinggi selalunya mempunyai masalah haid yang tidak menentu dan bolen kadangkala terhenti.Cuba kira BMI saudarai dan kalau ianya tinggi cuba kurangkan berat badan keasal berat badan semasa haid normal dahulu.
Stres juga dikaitkan dengan haid yang tidak teratur. Biasanya terjadi kepada pelajar-pelajar sebelum peperiksaan dan pulih selepas stress tiada lagi. Kesemua ini bersangkutan dengan masalah pada ovary.
Masalah senggugut pula, kalau haid datang dengan jumlah yang banyak sehinggakan terjadi banyak  ketulan-ketulan darah maka ini boleh menyebabkan senggugut, Jika tidak saya cadangkan saudari lakukan ujian ultrasound untuk menentukan ada terdapatnya sista endometriosis.  Banyak gadis remaja adan wanita diperingkat awal umur mereka mempunyai masalah senggugut  yang diketahui puncanya. Ini dipanggil senggugut primer.
Rawatanya pula bergantong kepada saudari. Bagi mendapatkan semula haid setiap bulan dengan tepat dan tanpa senggugut saya cadang pil perancang keluarga. Kalau saudari kurang bersetuju dengan kaedah ini ,saudari perlu ambil ubat tahan sakit sahaja bila haid dan saudari perlu terima keadaan haid sebegini sehinggalah ianya pulih sendiri.


No comments:

Post a Comment